Showing posts with label ibu ayah maafkan angah. Show all posts
Showing posts with label ibu ayah maafkan angah. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Warkah buat ibu~

Salam and greetings.

They say; "We can't choose our parents as they are gifts from God."

Dalam hidup kita, kita hanya dibekalkan dengan seorang ibu dan seorang ayah untuk kita kenal nasab keturunan kita, asal usul kita, membawa kepada kenalnya kita kepada Pencipta kita.

Lahirnya aku ke dunia, dengan rahmat Allah, Dia hadiahkan aku seorang ibu yang amat penyayang. Amat kasihkan anak melebihi kasihnya kepada segala di dunia.

Kerana kasihnya yang membawa ke syurga itu, adakalanya aku tersilap menilai. Memandang dia dengan satu pandangan bahawa dia memilih kasih -- melebihkan kasihnya kepada adik beradik lain berbanding aku. Aku tidak dikasihi sebagaimana dia mengasihi adik beradikku yang lain.

Tapi aku terlupa.

Bila aku sakit, yang pertama datang adalah dia.

Aku lupa.

Bila aku sedih, yang pertama tahu adalah dia.

Aku lupa.

Jantung aku pernah berada paling dekat dengan jantung dia.

Aku lupa.

Aku pernah dikandung 9 bulan lebih dalam rahim dia.

Aku lupa.

Dia tak sedikit pun membezakan kasih dan sayang dia.

Banyak benda rupanya yang aku lupa.

Yang aku ingat,

"Ibu sayang Along lebih."

Yang aku ingat,

"Ibu suka sangat bezakan Angah dengan yang lain."

Yang aku ingat,

"Ibu tak sayang Angah."

Yang aku ingat,

"Kalau Along, semua boleh."

Yang aku ingat,

"Apa Angah buat, semua salah."

Sedikit sebanyak apa yang aku ingat meracun hati aku, memamah jiwa aku. Lantas, aku memasang niat untuk menjarakkan diri. Supaya ibu tahu erti rindu bila aku tiada di sisi. Walaupun pada asalnya untuk membawa diri, agar hati tidak lagi dilukai.

Aku mungkin bukan seperti anak-anak yang lain. Yang sentiasa dekat di sisi ibu. Yang sentiasa tahu apa yang berlaku pada ibu. Hatta, bila ibu masuk hospital pun aku taktau. Jauh dalam setiap doa aku, aku sentiasa meminta Allah menjaga dan merahmati kedua orang tuaku.

Semenjak kecil, aku tak pernah bermesra dengan ibu. Silap aku juga. Membesar bukan sebagai anak yang baik, menjadikan wujud jurang antara ibu dan aku. Bukan silap ibu, tapi silap aku. Ibu pun tak pernah melayan aku sebagai seorang rakan -- ajak berbicara, bincang soal hati, bertanya apa yang aku mahu - tak pernah. Bila ibu cuba layan aku sebagai seorang rakan bila usia aku dah menginjak dewasa, perasaan kekok menjalar dalam diri. Seringkali aku bertelingkah dengan ibu kerana ibu tak faham apa yang aku maksudkan dan mahukan, begitu juga aku -- seringkali menyalah tafsir niat dan maksud ibu. Mungkin saje kerana kita tak pernah berhubungan sebagai seorang rakan selayaknya.

Tapi percayalah, dalam hati aku tak kurang sedikit pun tempat untuk ibu. Walau seribu orang ibu datang cuba menggantikan tempat ibu, takkan ada seorang pun yang mampu menggantikan tempat tersebut. 

Dan bila aku mula menulis di alam maya, ibu jugalah silent reader aku yang paling setia. Berapa banyak kali aku tukar url dan bukak tutup blog semata-mata tak mahu ibu membacanya. Tapi ternyata aku silap. Aku fikir aku boleh lari jauh di saat tindakan aku sudah pun berada dalam genggamannya.

Dan buat ibu, untuk kesekian kalinya, maafkanlah anakmu yang tak pernah sempurna ini. Benarlah kasih sayang Angah untuk ibu hanyalah lafaz yang tersimpan.

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan



p/s: This may be the last one. Warkah buat ibu, I love you.

Tuesday, March 5, 2013

What a day~

Cause you had a bad day. You're taking one down. You sing a sad song just to turn it around. You say you don't know. You tell me don't lie. You work at a smile and you go for a ride. You had a bad day. The camera don't lie. You're coming back down and you really don't mind. You had a bad day. You had a bad day.

Salam and greetings.

Lirik lagu kat atas tu memang sesuai sangat dah dengan keadaan aku harini. Seawal pagi keluar rumah sampai balik rumah, banyak betei benda yang malang berlaku pada aku. Aku serba salah sbnanye nak guna istilah 'malang' tu sebab setiap apa yang berlaku Allah telah pun aturkan untuk aku. Untuk aku rasa. Untuk aku fikir guna akal. Bukan guna emosi semata.

Tapi aku terpaksa guna sebab taktau nak ganti dengan istilah apa yang lebih sesuai untuk menggambarkan keadaan aku harini. -..-

Bila tengah praktikum ni, memang masa untuk jadi zombi dan panda tak bertauliah la kan. Nak tidur pun kena curik-curik masa. Semalam, nak dijadikan cerita, aku tidur awal - lepas isyak dan bangun pukul 2 pagi. Pastu buat keje sampailah pukul 7 lebih - sebelum pergi sekolah. Haaaa mana tak zombi jadinya aku sepanjang harini.

Masa bergegas nak pergi sekolah pagi tu, entah macam mana entah aku boleh tak perasan bontot kete aku dah cium tembok pagar. Allahhh... Mujur tak teruk tapi pecah jugaklah lampu belakang tu sikit. Jadi, bergegas pergi ke sekolah - sebab dah lambat dalam keadaan hati yang resah gelisah. Baru je nak masuk pagar sekolah, ada budak aku jerit "Cikgu, nak hadiah!"

ALLAHHH!

Hadiah!

Aku dah janji nak bagi hadiah kat diorang based on sistem stiker (sistem token) yang aku jalankan untuk menggalakkan pembelajaran yang berdaya saing, bersemangat dan menyeronokkan.

Aku terus cakap kat partner aku; "Kau turun dulu, tolong tuliskan nama aku. Aku nak balik kejap amek barang."

Mujur. Mujur rumah sewa memang sekangkang kera je dari sekolah. Sbnanye dua minggu pertama kitorang pergi balik sekolah jalan kaki kot. Gigih tak gigih di situ. Pastu bila dah lelama, banyak barang memang tak larat ah nak jalan walaupun sekangkang kera. Hiks.

So, nak dipendekkan cerita, aku ingatkan aku tertinggal hadiah tu je. Rupa-rupanya ada hikmah aku patah balik rumah. Gila tak gila bila barang yang aku nak guna untuk mengajar harini pun boleh tertinggal. Cuma, worksheet je tak sempat nak diselamatkan. Wuwuwu.

Sbnanye aku target nak mintak guru pembimbing masuk observe aku harini, tapi bila lagi 5 minit kelas nak start baru aku perasan yang aku tertinggal worksheet, memang aku tak jadilah nak suruh dia observe. Mujur jugak Allah tak gerakkan hati pensyarah pembimbing aku untuk datang observe secara mengejut harini. Syukurnya Ya Allah. Sungguhlah, Allah jualah pemegang dan pemilik hati.

Pastu sebab bebudak aku kemaen eksaited nak buat aktiviti berkumpulan, kawalan kelas aku pun hancur. Itu pun dah siap bawak wisel dalam kelas, tapi still diorang bising and too hyperactive! Memang extra penat harini. Dengan tak cukup tidurnya, dengan penggunaan tenaga yang melebihi paras normalnya lagi sebab ada kokurikulum pulak petangnya. Pehhhh!

Tapi Allah hadiahkan aku kepuasan bila budak aku dapat faham apa yang aku ajar dan dapat buat semua latihan. 

Alhamdulillah.

Okay dah habis cerita pasal sekolah.

Sekarang kita masuk cerita pasal kete pulak. Sebab aku risau ayah marah dan terkejut tengok aku tak pakai kete dia dengan berhemah, maka aku gigihkan diri pergi cari bengkel nak repair. Takde rosak teruk pun. Cuma bumper tepi belakang tu terkeluar sikit, scratch sikit, sarang lampu belah bawah pecah sikit. Haaa tu jela kot. Jadi berbekalkan maklumat daripada kakak kat sekolah aku pasal bengkel melayu kat area Jasin ni, aku pun balik-balik sekolah je terus pergi. Gigih tak gigih la di situ kan.

Bila aku dah sampai bengkel tu, aku jadi cuak kot. Dahlah tak pernah berurusan pasal kete, ni tup-tup nak kena repair pulak. Sekali Allah gerakkan pakcik mekanik tu untuk tengok masalah kete aku dan dia cuba nak tenangkan aku. Allah... Memang Allah dah hantar sorang pakcik yang sangat baik hati. Serius.

Memula dia masukkan bumper yang terkeluar sikit tu, pastu dia polish hilangkan kesan-kesan scratch tu pastu bila aku tanya dia berapa cas, dia cakap kat aku "Dah, pergi balik." Allah... Yang buat aku lebih terharu tu, memula dia dok tengok keadaan kete aku dia tanya, "Ni kete mak ke ayah?" KAHKAHKAH! Memang nampak sangat ke aku bawak kete pinjam? -..-

Jadi, mungkin sebab dia rasa kesian kat aku sebab terkenangkan anak dia ke macam mana ke, jadi dia beria nak tolong aku cari sarang lampu tu dan betulkan kete aku for free.

Tapi pada hakikatnya, pertolongan tu datang daripada sape kalau bukan Allah?

Pastu bila sampai je rumah, aku terus solat Asar dan mintak pada Allah supaya lembutkan hati ayah - jangan marah bila aku gtau pasal kete tu. Habis je solat aku terus call ayah. Bila aku cerita kat ayah pasal kete tu, ayah cakap; "Takpelah. Biar je."

Alhamdulillah, Allah perkenankan doa aku!

Dan yang terakhir harini. Balik dari bengkel tadi aku terus pergi pasar malam. Nak dijadikan cerita, tengah aku sedap dok reverse cari parking kat satu lorong ni, tetiba ada sorang pakcik ni macam marah aku. Aku tak faham dia maksudkan apa. Jadi, aku tak jadilah parking kat tempat yang aku memula nak parking tu dan dok kedepankan je kete aku tu. Sekali pakcik tu cakap "Tu ada lubang tu. Sikit lagi masuk pulak tayar dalam tu."

Allah...

Nampak tak pertolongan Allah?

Entah dari mana pakcik tu datang, yang sbnanye Allah la yang gerakkan hati dia untuk lalu kat situ masa aku tengah reverse untuk mengelakkan aku mengalami kecelakaan lagi. Sayangnya Allah pada kita kan. Dalam setiap perkara yang berlaku, kalau kita letakkan sandaran kita pada Allah, insyaAllah kita akan timbang perkara tersebut menggunakan akal dan bukan emosi.

Memang ada rasa nak nangis sebab melalui hari yang sangat memenatkan harini tapi aku tahu nikmat Allah dah bagi kat aku lebih banyak tak terhitung gamaknya.

JADI, TERUSKAN SENYUM DAN BERSANGKA BAIK PADA ALLAH. *senyum sampai berlubang pipi*

Wallahualam. Semoga Allah redha.


p/s: Sekali kita sayang pada Allah, berkali-kali Allah balas sayang kita. Ini baru true love!

Sunday, November 25, 2012

Tanggungjawab~


Salam and greetings.

Semenjak dua menjak kebelakangan ni, banyak masalah yang menjengah hidup sa-orang manusia bernama aku. Kalau dah nama masalah, ingat boleh hilang begitu sahaja tanpa diselesaikan? Mimpi!

Takkan mungkin masalah tersebut selesai sebaik aku bangun tidur dengan tekak yang berpasir kerana malamnya terlelap dalam sendu. Dan ada satu perkara yang bila difikir-fikirkan akan mendatangkan dua perasaan yang saling bertingkah antara satu sama lain, cuba mendominasi kotak perasaan.

Dua perasaan yang dimaksudkan adalah birah (dibaca: bighah) dan sedih. Dan perkara yang dimaksudkan adalah soal perkahwinan sa-orang aku.

Kata ayah, anak-anak yang dianugerahkan oleh Allah kepada ibu dan ayah adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu ayah pikul, perlu ayah tanggung sebagai seorang ayah.

Kalau bukan kerana anak itu adalah amanah Allah, seorang ayah takkan sanggup bersusah-payah berkorban demi melunaskan tanggungjawab yang tergalas di pundak.

Kata ayah lagi, kalau nak harap pada simpati dan kasih sayang, tak ke mana. Tapi jika difikirkan setiap apa yang dilakukan adalah kerana Allah semata, kita akan sanggup untuk tempuh apa saja. Kerana kita fikirkan itu adalah tanggungjawab, maka segelen duri akan ditelan persis ia adalah sirap bandung soda yang cukup rasanya.

Bila berbicara soal tanggungjawab, aku jadi takut. Takut pada setiap apa yang dipertanggungjawabkan tak terlunas dengan baik, lalu apa yang ingin dijawabkan di hadapan Allah kelak?

Saat itu, tidak lagi lidah ini mampu menipu. Menolak segala tingkah cemerkap dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Dan memegang title sebagai satu-satunya anak perempuan ayah, mungkin ayah fikir sudah sampai masanya untuk dia mencarikan lelaki yang soleh dan boleh diharap untuk ganti-galas tanggungjawabnya terhadap aku.

Masih ingat lagi dengan perangai bighah aku bila berbicara soal kawen-jodoh ni?

Ya, aku mengaku. Aku juga seperti perempuan lain. Punya satu perasaan bighah bila melibatkan soal kawen-jodoh ni.

Yang sbnanye bighah tu datang bila dengan diri sendiri dan kawan-kawan atau sepupu terdekat je. Bila ibu dengan ayah mula terlibat sama, tak semena-mena bighah tu mula pudar. Yang datang selepas itu adalah perasaan sedih.

Pada fikiran aku;

"Ibu dengan ayah ni macam tak sabau nau nak lepaskan aku."

Kata kawan aku;

"Semua ayah punya kerisauan yang sama. Dia nak lepaskan anak perempuan dia pada lelaki yang boleh jaga anak dia sebaik apa yang dia lakukan."

Bila ibu mula berbincang secara serius soal 'lelaki-manalah-yang-jadi-suami-anak-aku-nanti', jaaaaaaaauuuuuuhhhhhhhhhhh di sudut hati aku tercebis satu rasa yang sukar ditafsirkan. Ya, ini adalah satu fasa. Dan aku tahu, aku kena tempuh fasa ni walau apa pun alasan yang aku campakkan.

Keterujaan ibu sudah aku imunkan. Dan aku tak pernah dengar walaupun sekali ayah bersuara tentang hal ni. Pada fikiran aku, ayah mungkin rasa aku masih muda dan belum boleh dilepaskan daripada tanggungannya. Fikiran akulah.

Tapi bila ayah yang tanya kat ibu pasal pencarian jodoh untuk aku, lalu hati aku jadi galau. Mungkin dengan bebanan masalah yang ayah tanggung membuatkan dia rasa sudah sampai masanya untuk dia pass-kan tanggungjawabnya terhadap aku pada seorang lelaki bergelar suami.

Dan jika ditanya pada aku, aku akan jawab;

"Angah tak kisah siapa pun pilihan ibu dengan ayah kalau itu yang boleh membahagiakan ibu dan ayah. Meskipun lelaki itu bukanlah pilihan Angah tapi insyaAllah Angah redha. Angah sayang ibu dan ayah, selamanya."

Dan ya, aku menulis dengan ditemani cucuran air mata di pipi.


Sunday, May 13, 2012

Khas untuk insan bergelar IBU~

"Angah, ibu garang tak dulu?"
"Garang."
"Eh yeke? Ibu tak ingatlah."
"Ibu memang..."


***


Masa ibu garang dulu, selalu je menyumpah dalam hati. Konon tak bersetuju dengan tindakan ibu; menarik rambut, mencubit, melempang, membebel. Tindakan tersebut tak sepatutnya dilakukan ke atas aku, anak yang derhaka. Dah derhaka tu, cuba bagitahu sikit part mana yang TAK SEPATUTNYA tu?

Makin diri dipanjat usia, melihat kedutan di wajah ibu menyedarkan diri ini, "O'oh. Ibu bukannya makin muda. Apa yang kau dah buat untuk ibu ha? Tak cukup duit pun, still mintak duit ibu. Sakit sikit pun dah merengek kat ibu. Patutnya masa ni kau dah mula bagi duit kat ibu, bukan mintak. Masa ni kau dah mula menghadap keluh kesah ibu pasal kesihatan dia, bukan kau yang merengek." Hati aku bergolak kasar. Aku sendiri bingung. Nak bagi duit saban bulan, rasa macam belum mampu. Nak bagi kebahagiaan dapat 4flat, belajar pun takde la cemerlang mana. Nak bagi cucu, menikah belum lagi. Eh?

Pesan ibu pun selalu je gagal dituruti. Kalau ibu pesan jangan lupa mengaji, aku memberontak konon dilayan macam budak kecik dipesan itu ini. Lalu ibu pun jawab; "Memang Angah tu kecik lagi. Angah kan anak ibu yang ibu sayang." Hailaaa ibu... Begitu besar ya kasih sayang yang Allah limpahkan dalam kolam hati seorang ibu? Menerima baik buruk anak dengan berlapang dada. Sentiasa memaafkan kesilapan anaknya. Agak-agak tinggi sikit suara tu, "Angah, ingat... Redha ibu ni redha Allah."

Angah tak tahu macam mana sakit yang ibu rasa untuk memberi Angah peluang melihat dunia. Angah jugak tak tahu macam mana penderitaan yang ibu tanggung untuk membesarkan seorang anak yang degil macam Angah. Yang Angah tahu, kasih sayang ibu tiada setara dengan apa pun di dunia ni. Walau apa pun dosa Angah pada ibu, Angah sentiasa berharap yang ibu sedia mengampunkan Angah.
Andaikata ibu tak garang, Angah tak rasa Angah akan jadi macam sekarang.
Andaikata ibu tak garang, mungkin jalan hidup Angah dah menyimpang.
Andaikata ibu tak garang, kini hati ibu pasti takkan pernah tenang.
Andaikata ibu tak garang, hidup Angah pasti diruntun walang bukan kepalang.
Angah hanya ada seorang ibu dalam dunia ni, ibu yang angah sayang.
Sape lagi, ibu lah! 

orang kata nak tengok muka kita masa tua, tengok muka ibu kita. ekhem! cantik bukan ibu saya? jadi, awak mesti tahu dah masa tua saya macam mana. kahkahkah.




I may not be the best daughter for you, but you are the best mother for me! 
사랑해요 엄마! ❤ ❤ 

Sunday, January 8, 2012

For you who called 'anak' to read~


Sungguh, aku manusia biasa. Bila ibu dengan ayah marah aku, aku marah jugak. Dalam hati. Aku mencarut dalam hati. Aku maki dalam hati. Darah muda, KONON. Sedangkan yang aku kotorkan adalah hati aku, sendiri. Bukan hati orang lain yang hitam, tapi hati aku yang legam. Setan beratur sakan amek turn nak hasut aku, terus memaki dan mencaci ibu sendiri, ayah sendiri. Allah... Derhakanya aku! Kalau diletakkan antara aku dengan Si Tenggang, aku lebih hina gamaknya. Allah... T____T

Sebab tu, aku rase aku perlu untuk jadi anak yang solehah dulu, sebelum aku dapat menjadi isteri yang solehah kepada seorang lelaki yang bernama suami, dan ibu untuk anak-anak yang soleh dan solehah. Dalam percubaan aku, aku akui aku seringkali tersungkur, seringkali tewas dalam hasutan setan untuk melawan kata-kata ibu dan ayah. Sedangkan aku perlu tahu bahawa redha ibu dan ayah tu redha Allah. Sungguhlah... Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu, seorang ayah, tak sanggup untuk melihat anaknya hanyut ke neraka, hingga sanggup menahan segala perasaan benci seorang anak dan terus mengajak ke arah kebaikan.


p/s: lagu yang mendayu dalam video menambah efek sebak seorang anak yang keji.


Aku patut takut bila redha Allah tak bersama aku,
Untuk aku patut takut bila ibu & ayah tidak lagi meredhai aku. :(

Monday, December 26, 2011

Kasih sampai syurga 1~

"Ingat ni kakak. Redha ibu dengan ayah ni adalah redha Allah. Jangan jadi anak derhaka." 

Matanya masih menekur lantai. Tak sanggup rasanya untuk bertentang mata dengan empunya sepasang mata yang sedang galak dicabuli dengan linangan air mata yang mencurah-curah. Terasa tujuh lapisan langit menghempap dan memberat di pundak. Maafkan kakak, ibu. Kakak tahu kakak salah. Tapi kakak ego, susah nak mengaku tu salah kakak. Hatinya diruntun pilu. Melihat satu-satunya ibu yang melahirkannya mengalirkan air mata. Dan yang lebih menyedihkan apabila dia merupakan penyebab kepada air mata tersebut. Dan air mata itu bukanlah air mata kegembiraan.

"Ibu tak tahu la. Kakak pandai-pandailah fikir. Dah besar kan." Kaku. Hanya kedengaran tapak kaki ibu meninggalkannya yang masih dipaut rasa bersalah setinggi Everest.

'Maafkan kakak, ayah. Kakak tahu kakak tak sepatutnya buat macam tu. Ayah balik la, makan kat rumah.' Butang send ditekan. Terasa agak berdebar menanti balasan daripada ayah. Sudi ke ayah nak balas mesej aku? Tak marah ke ayah kat aku? Ayah dah makan ke belum? 1001 persoalan menerjah fikirannya.

Bunyi lagu menandakan ada mesej yang masuk. 'Ayah dah makan.' Balasan yang ringkas membuatkan hatinya dipagut rasa bersalah yang berganda. Dengan air mata yang berlinangan, satu persatu butang keypad ditekan. 'Ayah maafkan la kakak. Kakak betul-betul mintak ampun. Ayah balik la makan. Kalau tak sudi makan kakak masak, ibu kate dia nak masak. Ayah balik la.' Air mata dikesat dengan hujung baju. Butang send ditekan, menanti balasan.

'Ayah maafkan. Sebab neraka tu amat dahsyat. Ayah dah makan. Simpan petang je.' Luruh jantungnya, pilu hatinya membaca balasan mesej daripada seorang ayah. Begitu kasih seorang ayah sehingga sanggup merendahkan ego, menolak rasa marah - sudi memaafkan puteri kesayangan dengan alasan dia tak sanggup melihat anaknya diseksa di neraka.

"Kalau ayah accident masa keluar tadi, kakak nak tanggung dosa sepanjang hidup sebab tak sempat mintak maaf kat ayah?" Suara ibu terngiang-ngiang di telinga. Memang itulah yang difikirkan semenjak saat ayah keluar dari rumah, membawa hati yang rawan kerana seorang anak - dan anak tersebut adalah dia.

***

Aku harap aku maseh diberi ruang dan peluang untuk memohon ampun atas segala dosa aku kat ibu dan ayah. Sampai satu ketika aku rase biarlah aku yang mati dulu, supaya ibu dengan ayah maseh boleh memaafkan aku sebab dorang maseh hidup. Berbanding kalau dorang mati dulu dan aku tak sempat nak mohon ampun, mane letaknya tempat aku kelak? Neraka? Nauzubillah~

Aku mungkin susah untuk ungkapkan rasa sayang, penghargaan, terima kasih dan maaf. Mungkin kerana ego yang tinggi melangit. Mungkin kerana ketidakbiasaan. Tapi ketahuilah, jauh di lubuk hati aku, aku sentiasa mengharapkan kalian sentiasa memaafkan salah aku, tidak meletakkan aku sebagai anak derhaka, mendoakan kehidupan aku dirahmati dan diberkati, dan aku serius sangatlah menyanyangi kalian. Cuma, adalah sangat sukar untuk menuturkan kesemua itu. T___T



Melihat kelemahan yang ada sebagai seorang anak,
Menjadikan aku takut untuk punya anak sendiri.
Perlu menjadi anak yang solehah,
Untuk menjadi isteri yang solehah,
Dan ibu kepada anak-anak yang soleh dan solehah. :')