Monday, December 26, 2011

Kasih sampai syurga 1~

"Ingat ni kakak. Redha ibu dengan ayah ni adalah redha Allah. Jangan jadi anak derhaka." 

Matanya masih menekur lantai. Tak sanggup rasanya untuk bertentang mata dengan empunya sepasang mata yang sedang galak dicabuli dengan linangan air mata yang mencurah-curah. Terasa tujuh lapisan langit menghempap dan memberat di pundak. Maafkan kakak, ibu. Kakak tahu kakak salah. Tapi kakak ego, susah nak mengaku tu salah kakak. Hatinya diruntun pilu. Melihat satu-satunya ibu yang melahirkannya mengalirkan air mata. Dan yang lebih menyedihkan apabila dia merupakan penyebab kepada air mata tersebut. Dan air mata itu bukanlah air mata kegembiraan.

"Ibu tak tahu la. Kakak pandai-pandailah fikir. Dah besar kan." Kaku. Hanya kedengaran tapak kaki ibu meninggalkannya yang masih dipaut rasa bersalah setinggi Everest.

'Maafkan kakak, ayah. Kakak tahu kakak tak sepatutnya buat macam tu. Ayah balik la, makan kat rumah.' Butang send ditekan. Terasa agak berdebar menanti balasan daripada ayah. Sudi ke ayah nak balas mesej aku? Tak marah ke ayah kat aku? Ayah dah makan ke belum? 1001 persoalan menerjah fikirannya.

Bunyi lagu menandakan ada mesej yang masuk. 'Ayah dah makan.' Balasan yang ringkas membuatkan hatinya dipagut rasa bersalah yang berganda. Dengan air mata yang berlinangan, satu persatu butang keypad ditekan. 'Ayah maafkan la kakak. Kakak betul-betul mintak ampun. Ayah balik la makan. Kalau tak sudi makan kakak masak, ibu kate dia nak masak. Ayah balik la.' Air mata dikesat dengan hujung baju. Butang send ditekan, menanti balasan.

'Ayah maafkan. Sebab neraka tu amat dahsyat. Ayah dah makan. Simpan petang je.' Luruh jantungnya, pilu hatinya membaca balasan mesej daripada seorang ayah. Begitu kasih seorang ayah sehingga sanggup merendahkan ego, menolak rasa marah - sudi memaafkan puteri kesayangan dengan alasan dia tak sanggup melihat anaknya diseksa di neraka.

"Kalau ayah accident masa keluar tadi, kakak nak tanggung dosa sepanjang hidup sebab tak sempat mintak maaf kat ayah?" Suara ibu terngiang-ngiang di telinga. Memang itulah yang difikirkan semenjak saat ayah keluar dari rumah, membawa hati yang rawan kerana seorang anak - dan anak tersebut adalah dia.

***

Aku harap aku maseh diberi ruang dan peluang untuk memohon ampun atas segala dosa aku kat ibu dan ayah. Sampai satu ketika aku rase biarlah aku yang mati dulu, supaya ibu dengan ayah maseh boleh memaafkan aku sebab dorang maseh hidup. Berbanding kalau dorang mati dulu dan aku tak sempat nak mohon ampun, mane letaknya tempat aku kelak? Neraka? Nauzubillah~

Aku mungkin susah untuk ungkapkan rasa sayang, penghargaan, terima kasih dan maaf. Mungkin kerana ego yang tinggi melangit. Mungkin kerana ketidakbiasaan. Tapi ketahuilah, jauh di lubuk hati aku, aku sentiasa mengharapkan kalian sentiasa memaafkan salah aku, tidak meletakkan aku sebagai anak derhaka, mendoakan kehidupan aku dirahmati dan diberkati, dan aku serius sangatlah menyanyangi kalian. Cuma, adalah sangat sukar untuk menuturkan kesemua itu. T___T



Melihat kelemahan yang ada sebagai seorang anak,
Menjadikan aku takut untuk punya anak sendiri.
Perlu menjadi anak yang solehah,
Untuk menjadi isteri yang solehah,
Dan ibu kepada anak-anak yang soleh dan solehah. :')

2 comments:

platipus said...

apa sedih sgt ni oi...ah..mata dh masuk habuk..

bukan penggoda said...

platipus: haha. sape suro ko dok kt tmpt yg byk habuk.