Tuesday, March 5, 2013

What a day~

Cause you had a bad day. You're taking one down. You sing a sad song just to turn it around. You say you don't know. You tell me don't lie. You work at a smile and you go for a ride. You had a bad day. The camera don't lie. You're coming back down and you really don't mind. You had a bad day. You had a bad day.

Salam and greetings.

Lirik lagu kat atas tu memang sesuai sangat dah dengan keadaan aku harini. Seawal pagi keluar rumah sampai balik rumah, banyak betei benda yang malang berlaku pada aku. Aku serba salah sbnanye nak guna istilah 'malang' tu sebab setiap apa yang berlaku Allah telah pun aturkan untuk aku. Untuk aku rasa. Untuk aku fikir guna akal. Bukan guna emosi semata.

Tapi aku terpaksa guna sebab taktau nak ganti dengan istilah apa yang lebih sesuai untuk menggambarkan keadaan aku harini. -..-

Bila tengah praktikum ni, memang masa untuk jadi zombi dan panda tak bertauliah la kan. Nak tidur pun kena curik-curik masa. Semalam, nak dijadikan cerita, aku tidur awal - lepas isyak dan bangun pukul 2 pagi. Pastu buat keje sampailah pukul 7 lebih - sebelum pergi sekolah. Haaaa mana tak zombi jadinya aku sepanjang harini.

Masa bergegas nak pergi sekolah pagi tu, entah macam mana entah aku boleh tak perasan bontot kete aku dah cium tembok pagar. Allahhh... Mujur tak teruk tapi pecah jugaklah lampu belakang tu sikit. Jadi, bergegas pergi ke sekolah - sebab dah lambat dalam keadaan hati yang resah gelisah. Baru je nak masuk pagar sekolah, ada budak aku jerit "Cikgu, nak hadiah!"

ALLAHHH!

Hadiah!

Aku dah janji nak bagi hadiah kat diorang based on sistem stiker (sistem token) yang aku jalankan untuk menggalakkan pembelajaran yang berdaya saing, bersemangat dan menyeronokkan.

Aku terus cakap kat partner aku; "Kau turun dulu, tolong tuliskan nama aku. Aku nak balik kejap amek barang."

Mujur. Mujur rumah sewa memang sekangkang kera je dari sekolah. Sbnanye dua minggu pertama kitorang pergi balik sekolah jalan kaki kot. Gigih tak gigih di situ. Pastu bila dah lelama, banyak barang memang tak larat ah nak jalan walaupun sekangkang kera. Hiks.

So, nak dipendekkan cerita, aku ingatkan aku tertinggal hadiah tu je. Rupa-rupanya ada hikmah aku patah balik rumah. Gila tak gila bila barang yang aku nak guna untuk mengajar harini pun boleh tertinggal. Cuma, worksheet je tak sempat nak diselamatkan. Wuwuwu.

Sbnanye aku target nak mintak guru pembimbing masuk observe aku harini, tapi bila lagi 5 minit kelas nak start baru aku perasan yang aku tertinggal worksheet, memang aku tak jadilah nak suruh dia observe. Mujur jugak Allah tak gerakkan hati pensyarah pembimbing aku untuk datang observe secara mengejut harini. Syukurnya Ya Allah. Sungguhlah, Allah jualah pemegang dan pemilik hati.

Pastu sebab bebudak aku kemaen eksaited nak buat aktiviti berkumpulan, kawalan kelas aku pun hancur. Itu pun dah siap bawak wisel dalam kelas, tapi still diorang bising and too hyperactive! Memang extra penat harini. Dengan tak cukup tidurnya, dengan penggunaan tenaga yang melebihi paras normalnya lagi sebab ada kokurikulum pulak petangnya. Pehhhh!

Tapi Allah hadiahkan aku kepuasan bila budak aku dapat faham apa yang aku ajar dan dapat buat semua latihan. 

Alhamdulillah.

Okay dah habis cerita pasal sekolah.

Sekarang kita masuk cerita pasal kete pulak. Sebab aku risau ayah marah dan terkejut tengok aku tak pakai kete dia dengan berhemah, maka aku gigihkan diri pergi cari bengkel nak repair. Takde rosak teruk pun. Cuma bumper tepi belakang tu terkeluar sikit, scratch sikit, sarang lampu belah bawah pecah sikit. Haaa tu jela kot. Jadi berbekalkan maklumat daripada kakak kat sekolah aku pasal bengkel melayu kat area Jasin ni, aku pun balik-balik sekolah je terus pergi. Gigih tak gigih la di situ kan.

Bila aku dah sampai bengkel tu, aku jadi cuak kot. Dahlah tak pernah berurusan pasal kete, ni tup-tup nak kena repair pulak. Sekali Allah gerakkan pakcik mekanik tu untuk tengok masalah kete aku dan dia cuba nak tenangkan aku. Allah... Memang Allah dah hantar sorang pakcik yang sangat baik hati. Serius.

Memula dia masukkan bumper yang terkeluar sikit tu, pastu dia polish hilangkan kesan-kesan scratch tu pastu bila aku tanya dia berapa cas, dia cakap kat aku "Dah, pergi balik." Allah... Yang buat aku lebih terharu tu, memula dia dok tengok keadaan kete aku dia tanya, "Ni kete mak ke ayah?" KAHKAHKAH! Memang nampak sangat ke aku bawak kete pinjam? -..-

Jadi, mungkin sebab dia rasa kesian kat aku sebab terkenangkan anak dia ke macam mana ke, jadi dia beria nak tolong aku cari sarang lampu tu dan betulkan kete aku for free.

Tapi pada hakikatnya, pertolongan tu datang daripada sape kalau bukan Allah?

Pastu bila sampai je rumah, aku terus solat Asar dan mintak pada Allah supaya lembutkan hati ayah - jangan marah bila aku gtau pasal kete tu. Habis je solat aku terus call ayah. Bila aku cerita kat ayah pasal kete tu, ayah cakap; "Takpelah. Biar je."

Alhamdulillah, Allah perkenankan doa aku!

Dan yang terakhir harini. Balik dari bengkel tadi aku terus pergi pasar malam. Nak dijadikan cerita, tengah aku sedap dok reverse cari parking kat satu lorong ni, tetiba ada sorang pakcik ni macam marah aku. Aku tak faham dia maksudkan apa. Jadi, aku tak jadilah parking kat tempat yang aku memula nak parking tu dan dok kedepankan je kete aku tu. Sekali pakcik tu cakap "Tu ada lubang tu. Sikit lagi masuk pulak tayar dalam tu."

Allah...

Nampak tak pertolongan Allah?

Entah dari mana pakcik tu datang, yang sbnanye Allah la yang gerakkan hati dia untuk lalu kat situ masa aku tengah reverse untuk mengelakkan aku mengalami kecelakaan lagi. Sayangnya Allah pada kita kan. Dalam setiap perkara yang berlaku, kalau kita letakkan sandaran kita pada Allah, insyaAllah kita akan timbang perkara tersebut menggunakan akal dan bukan emosi.

Memang ada rasa nak nangis sebab melalui hari yang sangat memenatkan harini tapi aku tahu nikmat Allah dah bagi kat aku lebih banyak tak terhitung gamaknya.

JADI, TERUSKAN SENYUM DAN BERSANGKA BAIK PADA ALLAH. *senyum sampai berlubang pipi*

Wallahualam. Semoga Allah redha.


p/s: Sekali kita sayang pada Allah, berkali-kali Allah balas sayang kita. Ini baru true love!

No comments: