Sunday, November 25, 2012

Tanggungjawab~


Salam and greetings.

Semenjak dua menjak kebelakangan ni, banyak masalah yang menjengah hidup sa-orang manusia bernama aku. Kalau dah nama masalah, ingat boleh hilang begitu sahaja tanpa diselesaikan? Mimpi!

Takkan mungkin masalah tersebut selesai sebaik aku bangun tidur dengan tekak yang berpasir kerana malamnya terlelap dalam sendu. Dan ada satu perkara yang bila difikir-fikirkan akan mendatangkan dua perasaan yang saling bertingkah antara satu sama lain, cuba mendominasi kotak perasaan.

Dua perasaan yang dimaksudkan adalah birah (dibaca: bighah) dan sedih. Dan perkara yang dimaksudkan adalah soal perkahwinan sa-orang aku.

Kata ayah, anak-anak yang dianugerahkan oleh Allah kepada ibu dan ayah adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu ayah pikul, perlu ayah tanggung sebagai seorang ayah.

Kalau bukan kerana anak itu adalah amanah Allah, seorang ayah takkan sanggup bersusah-payah berkorban demi melunaskan tanggungjawab yang tergalas di pundak.

Kata ayah lagi, kalau nak harap pada simpati dan kasih sayang, tak ke mana. Tapi jika difikirkan setiap apa yang dilakukan adalah kerana Allah semata, kita akan sanggup untuk tempuh apa saja. Kerana kita fikirkan itu adalah tanggungjawab, maka segelen duri akan ditelan persis ia adalah sirap bandung soda yang cukup rasanya.

Bila berbicara soal tanggungjawab, aku jadi takut. Takut pada setiap apa yang dipertanggungjawabkan tak terlunas dengan baik, lalu apa yang ingin dijawabkan di hadapan Allah kelak?

Saat itu, tidak lagi lidah ini mampu menipu. Menolak segala tingkah cemerkap dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Dan memegang title sebagai satu-satunya anak perempuan ayah, mungkin ayah fikir sudah sampai masanya untuk dia mencarikan lelaki yang soleh dan boleh diharap untuk ganti-galas tanggungjawabnya terhadap aku.

Masih ingat lagi dengan perangai bighah aku bila berbicara soal kawen-jodoh ni?

Ya, aku mengaku. Aku juga seperti perempuan lain. Punya satu perasaan bighah bila melibatkan soal kawen-jodoh ni.

Yang sbnanye bighah tu datang bila dengan diri sendiri dan kawan-kawan atau sepupu terdekat je. Bila ibu dengan ayah mula terlibat sama, tak semena-mena bighah tu mula pudar. Yang datang selepas itu adalah perasaan sedih.

Pada fikiran aku;

"Ibu dengan ayah ni macam tak sabau nau nak lepaskan aku."

Kata kawan aku;

"Semua ayah punya kerisauan yang sama. Dia nak lepaskan anak perempuan dia pada lelaki yang boleh jaga anak dia sebaik apa yang dia lakukan."

Bila ibu mula berbincang secara serius soal 'lelaki-manalah-yang-jadi-suami-anak-aku-nanti', jaaaaaaaauuuuuuhhhhhhhhhhh di sudut hati aku tercebis satu rasa yang sukar ditafsirkan. Ya, ini adalah satu fasa. Dan aku tahu, aku kena tempuh fasa ni walau apa pun alasan yang aku campakkan.

Keterujaan ibu sudah aku imunkan. Dan aku tak pernah dengar walaupun sekali ayah bersuara tentang hal ni. Pada fikiran aku, ayah mungkin rasa aku masih muda dan belum boleh dilepaskan daripada tanggungannya. Fikiran akulah.

Tapi bila ayah yang tanya kat ibu pasal pencarian jodoh untuk aku, lalu hati aku jadi galau. Mungkin dengan bebanan masalah yang ayah tanggung membuatkan dia rasa sudah sampai masanya untuk dia pass-kan tanggungjawabnya terhadap aku pada seorang lelaki bergelar suami.

Dan jika ditanya pada aku, aku akan jawab;

"Angah tak kisah siapa pun pilihan ibu dengan ayah kalau itu yang boleh membahagiakan ibu dan ayah. Meskipun lelaki itu bukanlah pilihan Angah tapi insyaAllah Angah redha. Angah sayang ibu dan ayah, selamanya."

Dan ya, aku menulis dengan ditemani cucuran air mata di pipi.


1 comment:

faezah zahid said...

bukan senangkan jadi anak tunggal perempuan ni. btw, umur berapa?