Showing posts with label jodoh. Show all posts
Showing posts with label jodoh. Show all posts

Friday, March 8, 2013

Kawan dan kawen~

Salam and greetings.

Masa kekecik dulu, aku banyak kawan dengan budak lelaki. Kawan dengan budak lelaki ni senang dan menghiburkan. Sebab tu aku reti main baling selipar, ceper, lumba basikal dan tak pernah reti nak main barbie doll, masak-masak semua tu (tapi aku reti masak occay).

Aku ingat lagi, aku siap pernah ada fikiran yang kawan dengan budak laki ni senang. Takdelah bila kena usik sikit, menangis, merajuk. Kalau kawan dengan budak perempuan, cakap pun nak kena lembut. Salah cakap kang, merajuk. Alahaiiii.... -..-

Almaklum sajelah adik beradik aku pun semua laki, jadi dah terbiasa tak terlibat dengan perempuan saje, kecuali sepupu sepapat. Tapi sungguhlah Allah tu Maha Kaya. Dia dah jadikan aku anak tunggal, pastu dia bagi aku hadiah masuk SBP yang semua perempuan.


NAISSSS!

Dah habis sekolah, masuk IPG (maktab - keluar jadi cikgu) pun yang semua perempuan.

DABEL NAISSSS! *tepuk tangan*


Bila mula kawan dengan semua perempuan, masa memula jumpa kawan lelaki yang lama-lama dulu macam tak biasa. Cewah, poyo di situ. Bila masuk maktab semua perempuan pulak, laaaagilah bertambah poyo bila sawan melihat lelaki kacak. Okay, tu dulu. Sekarang sawan tengok laki yang pergi surau untuk solat berjemaah. Ekhem! *batuk kecil*

Jadi, kalau difikir-fikirkan secara keduniaan, mesti akan ada yang cakap "Tak bestlah kau tak dapat cuci mata tengok mamat-mamat hensem pegi kelas macam kitorang."

Tak pun;

"Rugilah kau tak dapat belajar sekelas dengan budak laki yang sengal. Best wooooo."

Tak pun;

"Habislah kau kawen lambat. Kan maktab kau takde laki."

ERK!

Memang penentu jodoh tu ikut tempat belajar ke macam mana? -..-

Pada hakikatnya, agenda yang Allah sembunyikan untuk aku fikir hikmah di sebaliknya adalah;

"Zulaikha, ni Aku letak hang kat tempat semua perempuan agar batas pergaulan hang terjaga. Pandangan mata hang terjaga, zina hati dapat dielak. Takdelah hang asek nak fikir jantan sana jantan sini ja. Hang jangan risau, soal jodoh hang serah ja kat aku. Biar Aku yang tentukan."

Okay memang ayat tu rekaan aku sendiri tapi itu adalah hikmah yang aku dapat fikirkan. Ikut akulah nak terjemah lagu mana pun kan. Hiks.

So, sepanjang pengalaman aku hidup dikelilingi perempuan-perempuan cantik, yang paling obvious adalah ibu dengan ayah jarang risau kalau aku kabo "Nak keluar dengan kawan jap." Sebab kalau diorang tanya pun sape kawan aku tu, laki ke perempuan, memang diorang sendiri tahu jawapan aku "Memang ada laki pun kat tempat Angah tu. Perempuan la."

Tapi kekadang ada jugak keluar dengan kawan lelaki, bertemanlah tapi. Soal cintan cintun monyet dedulu kala zaman jahiliyah tolong jangan sebut kat sini okay. Anda tiada hak untuk mengimbau perkara buruk yang saya sendiri taknak ingat. Sekian.

Kalau orang kabo dengan jaga pandangan, dengan jaga ikhtilat, dengan jaga aurat, takde laki yang nak, it's fine by me. Sebab cinta yang paling hakiki bukan cinta manusia tapi cinta Ilahi. Aku tak nafikan banyak manusia yang hanya akan sedar cinta Ilahi bila dah tersungkur dengan cinta insani. Tapi ain't it better late than never?

Kalau takde laki yang nak perempuan bertudung labuh, berpakaian longgar sampai nampak gemuk, menundukkan pandangan dan hanya bercakap bila perlu, cukuplah Allah padaku.

Cintailah manusia itu kerana adanya cinta pada Allah. Cintailah manusia yang menambahkan rasa cinta kita kepada Allah. Jangan kerana terlalu kejarkan cinta manusia sehingga kita lupakan cinta Sang Pencipta manusia.

SO...

Apa kaitan kawan lelaki, kawan perempuan, tempat belajar semua perempuan dan jodoh?

Kaitannya, hmmmmmmmmm...

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

Walaupun aku ada ramai kawan lelaki (dulu) tapi aku masih lagi belum berpunya (sekarang).

Kawan perempuan ramai pulak yang dah kawen walaupun tempat belajar semua perempuan.

DAN...

Bukan awak yang tentukan saya ada jodoh atau tidak, so please stop demotivating me. :)


p/s: Sorang-sorang kawan aku kawen. Tiba turn aku nanti, korang semua tolong basuh periuk occay. Hikhok.

p/s/s: Takpe kan post pasal kawen, lagi? Errrr...


Sunday, November 25, 2012

Tanggungjawab~


Salam and greetings.

Semenjak dua menjak kebelakangan ni, banyak masalah yang menjengah hidup sa-orang manusia bernama aku. Kalau dah nama masalah, ingat boleh hilang begitu sahaja tanpa diselesaikan? Mimpi!

Takkan mungkin masalah tersebut selesai sebaik aku bangun tidur dengan tekak yang berpasir kerana malamnya terlelap dalam sendu. Dan ada satu perkara yang bila difikir-fikirkan akan mendatangkan dua perasaan yang saling bertingkah antara satu sama lain, cuba mendominasi kotak perasaan.

Dua perasaan yang dimaksudkan adalah birah (dibaca: bighah) dan sedih. Dan perkara yang dimaksudkan adalah soal perkahwinan sa-orang aku.

Kata ayah, anak-anak yang dianugerahkan oleh Allah kepada ibu dan ayah adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu ayah pikul, perlu ayah tanggung sebagai seorang ayah.

Kalau bukan kerana anak itu adalah amanah Allah, seorang ayah takkan sanggup bersusah-payah berkorban demi melunaskan tanggungjawab yang tergalas di pundak.

Kata ayah lagi, kalau nak harap pada simpati dan kasih sayang, tak ke mana. Tapi jika difikirkan setiap apa yang dilakukan adalah kerana Allah semata, kita akan sanggup untuk tempuh apa saja. Kerana kita fikirkan itu adalah tanggungjawab, maka segelen duri akan ditelan persis ia adalah sirap bandung soda yang cukup rasanya.

Bila berbicara soal tanggungjawab, aku jadi takut. Takut pada setiap apa yang dipertanggungjawabkan tak terlunas dengan baik, lalu apa yang ingin dijawabkan di hadapan Allah kelak?

Saat itu, tidak lagi lidah ini mampu menipu. Menolak segala tingkah cemerkap dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Dan memegang title sebagai satu-satunya anak perempuan ayah, mungkin ayah fikir sudah sampai masanya untuk dia mencarikan lelaki yang soleh dan boleh diharap untuk ganti-galas tanggungjawabnya terhadap aku.

Masih ingat lagi dengan perangai bighah aku bila berbicara soal kawen-jodoh ni?

Ya, aku mengaku. Aku juga seperti perempuan lain. Punya satu perasaan bighah bila melibatkan soal kawen-jodoh ni.

Yang sbnanye bighah tu datang bila dengan diri sendiri dan kawan-kawan atau sepupu terdekat je. Bila ibu dengan ayah mula terlibat sama, tak semena-mena bighah tu mula pudar. Yang datang selepas itu adalah perasaan sedih.

Pada fikiran aku;

"Ibu dengan ayah ni macam tak sabau nau nak lepaskan aku."

Kata kawan aku;

"Semua ayah punya kerisauan yang sama. Dia nak lepaskan anak perempuan dia pada lelaki yang boleh jaga anak dia sebaik apa yang dia lakukan."

Bila ibu mula berbincang secara serius soal 'lelaki-manalah-yang-jadi-suami-anak-aku-nanti', jaaaaaaaauuuuuuhhhhhhhhhhh di sudut hati aku tercebis satu rasa yang sukar ditafsirkan. Ya, ini adalah satu fasa. Dan aku tahu, aku kena tempuh fasa ni walau apa pun alasan yang aku campakkan.

Keterujaan ibu sudah aku imunkan. Dan aku tak pernah dengar walaupun sekali ayah bersuara tentang hal ni. Pada fikiran aku, ayah mungkin rasa aku masih muda dan belum boleh dilepaskan daripada tanggungannya. Fikiran akulah.

Tapi bila ayah yang tanya kat ibu pasal pencarian jodoh untuk aku, lalu hati aku jadi galau. Mungkin dengan bebanan masalah yang ayah tanggung membuatkan dia rasa sudah sampai masanya untuk dia pass-kan tanggungjawabnya terhadap aku pada seorang lelaki bergelar suami.

Dan jika ditanya pada aku, aku akan jawab;

"Angah tak kisah siapa pun pilihan ibu dengan ayah kalau itu yang boleh membahagiakan ibu dan ayah. Meskipun lelaki itu bukanlah pilihan Angah tapi insyaAllah Angah redha. Angah sayang ibu dan ayah, selamanya."

Dan ya, aku menulis dengan ditemani cucuran air mata di pipi.


Tuesday, July 17, 2012

Better late than never~

"Awak tahu apa yang paling susah kita nak buat?"

Tangannya masih ralit menekan keypad henpon Blackberry kepunyaannya. Tidak menoleh sedikit pun pada Adiya yang bertanya.

"Gee, dengar tak saya tanya ni?" Adiya terasa diabaikan. Dan dah mula nak lancarkan sesi karang-aku-merajuk-kau-kena-pujuk-padan-muka.

"Dengarlah, Adiya sayang..." Matanya diangkat dan menghala tepat ke arah kawan baiknya, Adiya. "Errr, apa awak tanya tadi?"

"Tengok tuuuuu!"

Hinggap satu cubitan ketam di lengannya. Kebas. Takpelah. Better than kena pujuk. Hiks. Gee pamer sengih kerang, salah satu cara dia mintak maaf. Biasalah, orang ego mana boleh mintak maaf dengan senang lenang. Pfft.

"Okay, okay. Awak tanya apa tadi Adiya?"

"Saya tanya, awak tahu tak benda apa yang paling susah kita nak buat?"

"Hmmm..." Ibu jari dan jari telunjuknya diletakkan di dagu dan diusap perlahan. Matanya ditalakan ke langit. Mulutnya berkeriut. Amboi, macam dasat nau berfikir gamaknya. "Beranak?"

"Eeeeeee memain tau!"

Nah! Hamekkaw satu lagi cubitan ketam di tempat yang sama.

"Awwwww! Sakitlah. Improved betei skill cubit ketam awak yek." Gee masih tarik sengih kerang di bibir. Terserlah kedua lesung pipitnya.

"Yelah yelah saya surrender. Taktau apa jawapan dia."

Adiya tarik senyum lebar. Nampak ikhlas. Cantik. Alahai, orang kulit putih. Tak cantik pun nampak cantik. Eh, tapi Adiya memang cantik pun. "Jawapan dia..." Kepalanya dipusingkan 90 darjah, memandang tepat ke arah anak mata Gee. "Istiqomah."

"Istiqomah?"

Adiya angguk sekali.

"Kalau kita buat something, perasan tak kita buat bermusim? Bila kita rasa nak pergi surau, kita pergi. Bila kita rasa malas, kita tak pergi. Bila tiba hari jumaat, kita taknak cakap tipu, taknak mencarut sebab kononnya menghormati hari jumaat. Sedangkan hari lain pun sama je imbalan dosa yang kita dapat. Bila kita sedih, kita nanges-nanges bila solat. Sedangkan hari lain, solat pun ekspress rakyat."

Gee terangguk-angguk, mengiyakan kata-kata Adiya.

Adiya menyambung, "Kenapa bila kita buat kebaikan, kita jarang buat dengan istiqomah? Kenapa bila kita taknak buat kejahatan, kita tak boleh istiqomah tinggalkan kejahatan tu?" Matanya ditalakan pada sepasang mata redup Gee.

"Sebab...errr setan? Nafsu?"

Pecah tawa Adiya. Gee bingung. Salah kebende apa yang aku jawab tadi? Dia garu kepalanya dengan Blackberry. Eh?

"Itu betul jugak, Gee. Tapi, kita sebenarnya kenalah kuat lawan setan dan nafsu tu. Istiqomah dalam melawan. Bukan melawan bila kita rasa nak je. Ada banyak benda dalam dunia ni kalau nak diikutkan, kita kena kuat lawan. Kita lawan perasaan malas, kita lawan perasaan hasad, kita lawan perasaan bersangka buruk. Banyak benda kita kena lawan."

Sepi.

"Kadang-kadang, ada benda yang kita kena paksa untuk buat. Biar rasa tak ikhlas pada awalnya sebab bukan tugas manusia untuk tentukan ikhlas atau tidak. Meskipun tak ikhlas, bila dah terbiasa, insyaAllah akan hilang rasa keterpaksaan tu."

Dia menala pandangan ke langit. Mengagumi ciptaan Ilahi.

"Diya..." Perlahan Gee panggil nama Adiya. Pandangannya bertukar imej. Daripada langit ke wajah kawan baiknya.

"Saya sebenarnya malu. Malu dengan Tuhan saya. Saya banyak buat dosa. Bila saya taubat, saya janji nak berubah. Tapi, lepas tu saya buat balik dosa yang sama. Saya malu. Tapi saya tak kuat nak lawan." Berkaca matanya. "Tapi, saya memang nak berubah... Saya nak berubah kerana Allah. Tapi..." Suaranya tersekat-sekat menahan empangan airmatanya daripada pecah menghambur selautan tangis.

Adiya memaut bahunya dan memeluknya. Cuba menenangkannya. "Shhh... Allah tahu apa ada dalam hati awak, Gee. Usaha nak berubah that matters. Yang lain-lain biar Allah yang nilai." Adiya mengesat airmata yang jatuh dari pelupuk mata kawan baiknya yang jarang-jarang sekali dapat dilihat scene tersebut daripada seorang yang dia kenal sangat ceria.

"Takpe kan kalau saya baru nak berubah sekarang? Tak terlambat kan?" Gee mendongakkan mukanya, mencari anak mata Adiya, menagih jawapan.

"Gee... Selagi kita bernafas, tiada istilah terlambat. Better late than never kan. So, apa masalahnya kalau lambat pun daripada kita tak buat langsung kan?" Adiya menarik senyuman nipis. Luhur.

Gee pantas meleraikan pelukan Adiya dan duduk tegak. Airmatanya dikesat kasar. "Ah awak ni. Apa la. Kan saya dah nanges. Hilang kemachoan saya tahu." Ketawanya dibuat-buat.

"Entah awak ni pun. Dah jom. Kita siap pergi surau."

"Okay. Nanti belanja saya aiskrim tau."


"Eeeee tak padan dengan gigi baru tampal. Ada hati nak makan aiskrim."

"Tak kiraaaaa!" Gee jelir lidah. Tuala disambar dan mencicit dia berlari ke bilik air sebelum dicubit ketam lagi. Perit woooo.


*****

"Kau bila nak kawen?"

Senyum.


"Bila jodoh turun dari langit."

"Ayah pin ler jawabnya."


"Maksud aku, bila Allah sudi kirimkan aku sang suami yang mampu bawa aku ke jalan-Nya."

Senyum. Ikhlaskan hati.

Wednesday, May 23, 2012

Soal jodoh, doa dan usaha~

Salam and greetings.

*serious mode activated*

Orang selalu cakap, tak payah susah-susah nak cari jodoh. Jodoh kan dah ditetapkan. Buat rilek sudahlah. Ya, ada betulnya. Namun, apa yang kita terlepas pandang tentang soal jodoh ini adalah konsep sebenar yang merujuk kepada persamaan dengan konsep rezeki. Orang kata, rezeki ada kat memana. Allah kata, bumi Dia luas, ceruk mana pun ada rezeki, celah mana pun Dia boleh turunkan rezeki. Betul. Soalan aku sekarang, ada tak Allah suruh kita duduk goyang kaki tak payah berusaha lalu dengan ajaibnya rezeki akan datang bergolek-golek kepada kita? Ada? Yang aku faham (betulkan kalau aku salah); adalah rezeki milik Allah, tapi usaha untuk dapatkan rezeki itu datang daripada diri kita.

Aku pernah baca - Kenapa jodoh yang ditetapkan jugak yang sibuk-sibuk kita cari, sedangkan hidayah yang patut kita cari takde pulak kita sibuk-sibuk cari? Itulah masalah orang kita sbnanye. Agama Islam adalah agama yang menyeluruh. Agama kita tak menyuruh kita melakukan satu kebaikan, lalu meninggalkan kebaikan yang lain. Bukankah agama kita menyeru kepada kebaikan? Jadi, tiada apa yang salah kalau kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, jodoh dan juga hidayah. Semuanya datang dalam satu perkataan - USAHA. Lucunya orang kita sekarang ni, bila diseru ke arah kebaikan, pasti akan ditohmah dan dikeji. 

Mana lagi baik - Bercinta tanpa ikatan yang sah atau bernikah pada usia muda? 

Anda sendiri pasti akan jawab yang lebih halal itu pastilah yang lebih indah. Jangan menolak fitrah dan fikrah kita sebagai manusia. Walaupun anda cuba untuk menidakkan hakikat, namun hakikat adalah hakikat. Sesuatu yang nyata. Bukan apa yang terluah dari kotak fikiran ikut akal logik semata.

"Ala weh. Kau doa jela dapat jodoh nanti. Ada jodoh, ada la."

Doa? Je? Usaha mana?

Aku bagi contoh -- Kalau kau cakap kita sibuk-sibuk doa untuk dapatkan jodoh tapi bukan hidayah, dua-dua perkara kau buat dengan doa. 

Kau doa siang malam untuk dikurniakan hidayah, tapi pada masa yang sama kehidupan kau diselubungi maksiat. Maka, soal aku sekarang - Adakah cukup sekadar berdoa, tanpa berusaha? 

"Harap-harap Allah bagi hidayah kat aku untuk terus mendekati-Nya."

Doa? Betul. Jadi, apa langkah seterusnya? Berusaha untuk terus mendekati-Nya. Bukan hanya terhenti pada sepotong doa. Kalau kita nak Allah sentiasa bagi hidayah kat kita, selain kita mintak (doa), kita sendiri kena berusaha mendekati-Nya. Maka, soal aku sekarang - Adakah cukup sekadar berdoa, tanpa berusaha?

"Mintak-mintaklah aku lulus with flying colors exam kali ni. Aminnnnn."

Doa? Amboi. Kemaen panjang aminnnn dia. Usaha ada tak? Kau doa siang malam mintak Allah bagi kau lulus exam, tapi buku langsung kau tak pernah sentuh, nota lagilah memang tak pernah wujud. Maka, soal aku sekarang - Adakah cukup sekadar berdoa, tanpa berusaha?

Stigma dan mentaliti sebegini yang melemahkan umat Islam sbnanye. Doa adalah senjata orang mukmin - apa yang ustazah aku pernah ajar masa aku berusia 8 tahun dulu. Sampai sekarang aku percaya. Tapi, apa maksud di sebaliknya adalah kuasa doa itu - kuasa Tuhan kita, yakni Allah. Untuk menentukan dan menetapkan adalah kerja Dia. Kerja kita? Ya. Berusaha.

Bila sampai satu tahap usia, kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa kita hendaklah menempuhi fasa tersebut - whether you like it or not. Maka, pada usia aku kini, fasa yang harus ditempuhi adalah soal jodoh. Orang bilang pada aku, tak payah sibuk mencari sebab nanti akan datang jodoh itu dengan sendiri. Aku bukanlah bighah sangat dok mencari jodoh je keje aku (most of the time aku bergurau bila cakap nak cari jodoh). Tapi selain doa, sbnanye aku percaya aku kena letakkan jugak usaha aku - kalau tak banyak, sedikit pun jadilah. Aku cuma nak pesan kat diri sendiri dan awak awak yang tengah baca ni, usaha tu boleh datang dari banyak aspek. What matters now is - either 'that' effort exists or not.


Analoginya begini; Makanan adalah rezeki. Tangan yang menyuapkan makanan ke dalam mulut adalah usaha. Adakah makanan tersebut boleh dengan sendirinya masuk ke dalam perut lalu mengenyangkan tuan empunya perut? Anda jawab.