Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Tentang nasihat dan ibu ketam~

Salam and greetings.

Korang pernah tak dengar dengan kata-kata 'Lihat pada apa yang dikata, bukan pada siapa yang berkata'? Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin juga ada yang tak pernah dengar and this is your first time reading the sentence, it's okay. At least you got something new. :)

Okay back to the main topic. Kenapa dengan ayat tu sbnanye? Well, aku sbnanye bersetuju dengan ayat tu sampailah ada kejadian lain yang membuatkan aku tanpa sedar tak praktikkan pun ayat tu bila aku berada dalam situasi tersebut.

Macam ni... 

Contohnya kalau kita dapat nasihat daripada orang yang selalu minum arak, dia melarang kita untuk minum arak, atau pergi ke kelab malam, atau buat mende-mende maksiat yang dia buat je semua tu sbnanye, apa benda pertama yang akan kita fikir? 

Jujur jelah...

Mesti kita akan terfikir macam "Hekeleh dia ni nak nasihatkan aku, dia pun sama je, buat jugak benda yang dia halang. So, nasihat dia memang tak boleh pakai. Baik cermin diri sendiri dululah!"

Betul tak biasanya kita akan fikir macam ni? Betul tak?

Kenapa aku kata biasanya? Sebab ada je orang yang akan praktikkan ayat 'Lihat pada apa yang dikata, bukan pada siapa yang berkata' ni pada situasi tersebut dan terima nasihat tersebut dengan berlapang dada.

Tapi tak semua. Aku ulang, TAK SEMUA. Sebab BIASANYA rata-rata orang akan lebih tuntut orang-orang macam ni untuk cermin diri diorang dulu sebelum berani-berani nak bagi nasihat kat orang lain.

Okay, dalam kes macam ni, aku taknak kata sesapa salah. Sebab aku tulis ni bukan nak point salah sesapa tapi nak kita bukak minda, untuk berfikir.

1) Kenapa orang yang masih buat benda yang tak elok masih punya hati nak bagi nasihat benda yang elok pada orang lain?

2) Kenapa kita tak boleh/kurang boleh terima apa yang dikata tanpa mempedulikan siapa yang berkata?

3) Kenapa kita tak tunjukkan contoh yang baik dulu sebelum nak orang lain turut berbuat perkara yang baik?

Korang mesti selalu dah dengar peribahasa 'Bagai ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus' kan? Apa maksud peribahasa ni sbnanye? Okay aku sendiri tanya, aku sendiri yang akan jawab. Maksud peribahasa ni sbnanye merujuk kepada perlakuan ibu ketam yang jalan senget cuba mengajar anak-anaknya berjalan lurus which is dia sendiri tak berjaya buat. Dah dia pun tak boleh tunjukkan contoh yang baik, dia expect anak-anak dia boleh ikut apa yang dikehendaki? Memang tak lah.

Jadi apa kaitannya?

Macam ni, pada aku semua orang yang dilahirkan pada fitrahnya adalah baik. Ya, aku tahu maksud baik tu sendiri luas. Ada orang berbakti pada ibu bapa tapi tak pernah solat - baik. Ada orang solat tak pernah tinggal tapi hubungan dengan ibu bapa failed - baik. Tapi kedua-dua contoh ni jatuh pada kategori baik yang berbeza. Cuma baik seperti yang dituntut dalam Islam adalah yang menjaga kedua-dua hubungan - baik dengan Allah, mahupun sesama manusia. Ini baru betul-betul true baik. Dah betul, true pulak. -.-'

Bila semua orang pada fitrahnya adalah baik, itu juga bermaksud dalam hati kita ni ada ruang yang masih tersisa, yang pada hakikatnya masih mencintai kebaikan. Mungkin kapasiti kecintaan tu saje yang berbeza-beza. Jadi walaupun kita buat banyak benda jahat, kita masih ada rasa nak menasihati ke arah kebaikan. Cuma, sebelum menasihati tu kita kena timbangkan beberapa perkara supaya orang yang dinasihati tidak mempertikaikan apa yang dinasihatkan.

Betul, kalau nak tunggu semua orang jadi sempurna baik baru nak nasihatkan orang lain memang sampai sudahlah takkan ada yang layak untuk menasihati. Tapi kita kena ingat ada ke aku kata nak tunggu jadi sempurna baik baru boleh nasihat? 

Tak kan? 

Cuba berbalik tengok pada persoalan kedua. Agak-agak kalau perempuan yang bajunya tak pernah cukup kain cakap pasal agama, apa persepsi korang? Paling tak pun, korang akan rasa tak sesuai kan? 

See? 

At least, sebelum nak cakap lelebih pasal aurat, make sure aurat kita sempurna dijaga terlebih dahulu. Takdelah orang kabo nanti "Awok tu pun sama kain selalu tak cukup, ada hati nak suruh orang pakai tutup-tutup."

Dan kalau korang cuba kaitkan dengan contoh terbaik sepanjang zaman - Nabi Muhammad (S.A.W), jika difikirkan nabi tunjukkan perlakuan yang diingini kalau bukan melalui lisan, mesti melalui perlakuan. Nabi mungkin tak cakap direct, tapi kita boleh nampak cara nabi dan terus rasa nak ikut. Sebab apa? Sebab contoh pada baginda sangat jelas untuk diteladani. Nabi memang ada keluarkan hadis, tapi dalam pada masa yang sama nabi jugak terjemahkan melalui adab dan akhlak yang sangat terpuji.

Mungkin korang boleh cakap "Tu nabi, bolehlah. Nabi maksum. Aku ni manusia biasa."

Kalau korang fikir macam tu, percayalah tu sbnanye hanyalah satu escapism korang semata. Sungguh, nabi memang maksum dan kita memang manusia biasa, tak maksum macam nabi. Tapi kenapa yang indah, yang baik, yang mampu diikuti pun kita biarkan? 

Kenapa?

Baca, cerna dan hadam. Cuma, tolong jangan laburkan dalam sebuah mangkuk tandas. Tapi laburkanlah dalam terjemahan fikiran yang berintelek.

Wallahualam. Semoga Allah redha.


p/s: Terpanjang sikit. Almaklum, lama kumpul idea nak tulis (konon).

Wednesday, January 25, 2012

Zon selesa~

Salam and greetings. :)

Malam sabtu lepas adalah malam aku bertolak dari Melaka ke Terengganu. Malam yang aku kira agak mencuak dan mendebarkan. Budak-budak tempat aku blaja ramai yang dah balik petang Jumaat tu lagi. Sebab tiket dah abes, jadi aku terpaksa menggagah dan memberanikan diri untuk naik bas jauh-jauh sorang-sorang. 

Aku dah maklumkan kat ayah seminggu sebelum aku berlepas. Hanya melalui mesej 'Angah balik lambat sikit raya cina ni sebab angah nak pegi terengganu, kawan kawen.' Simple bukan? Sebab terlalu simple, maka tiada balasan daripada ayah. Yes, expected. Benda-benda yang ayah macam tak berapa nak berkenan, biasanya ayah takkan balas. Menjadi anak tunggal perempuan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak benda yang kena fikir dua tiga kali sebelum nak buat. Maken besau ni, maken pandai pulak nak mintak izin ape bagai. Dulu-dulu, jangan harap. Nak buat benda yang agak-agak takkan diizinkan, kompom akan buat senyap-senyap. Okay, tu zaman jahiliah. *lap airmata*
aku memang suka merajuk dengan ayah. >.<

Ayah memang diam tak membalas mesej, tetiba pap dapat satu mesej daripada ibu tanya perlu ke nak pegi tu. Aku pon jawab la perlu. Dan mesej tu berhenti di situ. Aku diam. Dorang pon diam. Hubungan aku dengan ibu ayah tak macam orang lain. Aku ada sorang kawan, kalau sehari tak call parents dia, mesti bukan dia. Tapi, aku kalau call hari-hari, memang bukan aku lettew. Dalam seminggu tu, nak dapat sekali pon payah. Teruk kan? Taktau la. Tapi dah terbiasa kot macam ni. Dulu kalau tak contact pon, ibu boleh baca blog aku, and then tetiba dia bagi la mesej encourage aku yang konon-konon dalam proses merawat-hati-yang-rawan. Kejadah. Pfffttttsss.

Okay enuf pasal perangai aku yang teruk sebagai seorang anak. I am improving myself. Takot jugak kalau hilang redha Allah nanti. :(

Back on track. On that night, aku keluar ke MC (sape dok Melaka mesti tahu tempat apakah ini) dengan beberapa orang kawan yang nak pegi ke tempat yang sama tapi dengan tiket pukul 9, mine was at 10. Masa sejam yang membezakan telah menemukan aku dengan satu situasi yang bagi aku, is unsangkarable. Sedang aku melepak tunggu bas sengsorang, tetiba aku terdengar makcik cleaner yang nak bersihkan tempat tu borak dengan kawan dia yang nak naik bas. Ape yang memeranjatkan aku adalah makcik tersebut adalah seorang guru yang buat part time job as a cleaner. Aku taktau cemane nak gambarkan perasaan aku masa tu. Dalam kepala aku macam-macam benda berputar pada masa yang sama, pada paksi yang sama ke tak aku tak dapat pastikan. Tapi ape yang pasti, otak aku terus hantar satu mesej ni, 'NEVER BE JUDGEMENTAL, YOU'D NEVER KNOW WHAT THEY'VE GONE THROUGH'. 

Seriously. Aku buat macam-macam assumption. Kenapa makcik tu perlu buat part time jadi cleaner sedangkan dia adalah seorang guru? Bukan aku nak cakap keje cleaner tu tak bagus atau ape. Ya, aku tahu keje cleaner pon keje halal, so what's the fuss kan. Bukan itu isunya, isunya apa yang menyebabkan sampai dia sanggup bekerja sebagai cleaner? Dia tak takot ke anak murid dia nampak dia nanti? Ape persepsi murid-murid dia nanti? Entahlah. Mungkin aku yang terlampau banyak berfikir. Dan mungkin jugak, keje sebagai seorang guru, meskipon mulia, namun bayaran yang diterima mungkin tak setimpal sehingga makcik tersebut terpaksa mencari keje lain untuk menyara hidup.

Mungkin jugak, Allah saje je nak temukan aku dengan situasi tersebut agar aku tak berasa terlampau selesa dengan ape yang aku ada skang. Tiada ape yang kekal, aku tahu. Every single thing dalam kehidupan kita sbnanye berubah, termasuk hati kita sendiri. Aku sayu bila aku tengok makcik tu menyapu, ya aku tau dia bukannya harapkan simpati aku. Tapi, aku tak dapat tahan perasaan aku. Macam mane kalau yang menyapu tu ibu aku sendiri? Macam mane kalau yang menyapu tu diri aku sendiri? Macam mane? Cukup bersediakah untuk aku terima kenyataan hidup yang perit dan pahit bagi seorang yang dah terbiasa hidup dalam zon selesa macam aku ni?

***
mode merajuk lagi. kahkahkah!

On that very saturday, my mom texted me asking every single details about the trip to Terengganu. After I managed to clear all her doubts, she said then, 'Okay la, ibu izinkan angah pegi. Jaga akhlak, jaga solat, jaga diri kat rumah orang.' She might not know this, but deep inside, I always long for their blessings for theirs is Allah's. And they might not know this as well, but deep, deeper inside, I always love them, for they're the greatest gift that He ever gave me. :')

Friday, January 6, 2012

Entri yang super boring~

Salam and greetings.

Mungkin entri aku kali ni akan sedikit bosan, ahh bukan sedikit tapi sememangnya bosan, so aku tak paksa untuk korang baca. Aku paham la sebab benda yang serius dan tak ber-genre humor tak ramai yang gemar. Cuma, aku tetap nak kongsikan walaupon korang rase meluat lalu blah. Ya, sape la aku untuk halang korang... =.=

Ada tak dalam kehidupan mana-mana manusia yang dia tak penah gagal? Hatta perkataan gagal pon dia tak penah dengar, apatah lagi untuk mengalaminya. Tiada istilah gagal dalam kamus hidupnya. Yang berlaku dalam hidupnya adalah kejayaan yang berturut. Selepas satu, satu, dan begitulah kejayaan akan berlaku dalam hidupnya setiap hari, setiap masa. Ada ke? Aku taktau la kalau manusia macam ni memang wujud tapi bagi aku, kehidupan yang dia sedang lalui adalah sangat mendatar, tak mencabar dan membosankan. Graf kehidupannya takde turun naik - sebaliknya mendatar semata.

(sumber: gugel)

Baiklah, dari perspektif aku sebagai seorang manusia yang dilahirkan sebagai seorang Islam, aku punya kepercayaan - Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa. In case ada yang taktau Esa tu merujuk kepada ape, so aku boleh terjemahkan dalam perkataan yang lebih mudah - The One and Only. Errr, ke macam lebih komplikated? Hukhuk. T____T

Aku sedih tengok manusia skang ni (termasuklah diri aku) yang dengan mudah meletakkan dunia di hadapan, lalu meninggalkan apa yang lebih abadi di mana aku pon taktau. Macam aku penah mention sebelum ni, aku serius tak alim, tak bertudung labuh, selalu huha huha, hampeh dan pape jela sifat-sifat yang sewaktu dengannya. Rasenye dengan sifat yang ada kat aku tu tak menjadikan aku layak untuk menasihati orang lain ke arah kebaikan. Sepatutnya, aku melakukan perubahan pada diri aku dulu, baru la orang kalau nak dengar cakap aku pon, bila tengok diri aku yang hampir sempurna, ada rase nak ikot kan. 

Tapi, kalau nak tunggu sampai macam tu, memang sampai sudah la takkan ada orang yang layak berpesan-pesan, mengingatkan, menegur, menasihati, sebab takde sape yang sempurna dan takde sape yang AKAN sempurna. Setiap daripada kita melakukan kesilapan, kesalahan, dosa dan maksiat. Takde sorang pon yang penah terlepas. Atas dasar itu jugaklah Allah sentiasa bukakan ruang untuk kita bertaubat. Sepanjang masa, setiap masa, bila-bila masa. Jadi, perkara yang baik ni adalah lebih baik kita dengar pada apa yang dikata, bukan pada siapa yang berkata.

Ada pulak yang baca entri aku ni nanti ingat aku dah buang tebiat, ekstrim, sebanistas dan banyak lagi. Masalah kan dunia skang? Bila berpesan pada kebaikan, akan  dipandang serong. Bila mengajak pada kejahatan, akan diangkat dan dipuja bagai nak gila. HAHA. Sangat pelik. Dan aku bertambah-tambah pelik dengan pesen manusia yang sentiasa mempertikaikan dan tak penah lekang pertanyaan 'KENAPA' atas tiap-tiap sesuatu yang Allah nyatakan.

Contohnya, bila Allah larang kita minum arak atau pape yang boleh membawa erti yang sama, mesti ada sesuatu yang mungkin tidak kita ketahui. Tak boleh ke kita berpegang teguh dengan kalamullah? Perlu ke kita persoalkan setiap perkara? Adakah kita lebih bijak dan lebih mengetahui daripada Allah yang Maha Mengetahui?

Korang mungkin tak sedar tapi bila kita sentiasa fikir apa yang melebihi batas pemikiran kita, kita boleh terpesong akidah. Aku bukan suka-suka nak kate korang kapir laknat ke ape, tapi inilah hakikatnya. Akidah kita boleh terpesong tanpa kita sedari disebabkan terlampau banyak yang kita persoalkan. Sedangkan soal agama bukan soal logik akal - ia soal iman, kepercayaan. Ada perkara yang boleh kita kaitkan dengan pemikiran yang logik tapi ada jugak perkara yang kita perlu dengar dan taat kerana ia adalah perintah/larangan daripada yang Maha Kuasa. Siapa kita untuk membangkang? Siapa kita? Kalau Allah tarik satu saat je oksigen daripada kita, akan terkulai la jasad kaku seorang kufur. Takkan ada yang mustahil bagi Dia. Itu pon kita rase kita lagi power daripada Allah, maseh nak persoal itu ini.

Aku takot. Serius aku takot. Aku takot bila aku tak tules macam ni, nanti Allah akan persoalkan satu persatu amalan aku kat dunia ni, dan blogging pasti tak terlepas. Aku takot bila aku tahu medium ni aku boleh gunakan untuk tarik orang ke arah kebaikan, aku salah gunakan dan menolak orang ke lembah yang lebih hina. Dan aku paling takot tengok orang yang menggunakan kecanggihan teknologi untuk membuat lebih banyak dosa halus - memfitnah, menjaja aib, memesongkan akidah dsbnya. Dan kebanyakan yang buat tu bukannya orang kafir, tapi orang yang pada kad pengenalannya tertera agama : ISLAM.

Aku lebih suka gunakan pendekatan - Takde guna berdebat dengan orang jahil sebab diorang berdebat bukan untuk mencari kebenaran tapi adalah untuk menang semata-mata. Pesen orang macam ni, kau lawan la macam mana pon, ada je alasan demi alasan dia akan bagi sebab yang dia nak adalah kemenangan dalam perdebatan tersebut dan bukannya mencari apakah kebenaran di sebalik sesuatu. Ya, hidayah itu milik Allah. Tapi kalau tak usaha untuk tu, ingat Allah senang-senang nak bagi? Dah memang lumrahnya, kita usaha - insyaAllah Dia bagi. Maka mana satu antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?

Maaf, aku hanya tak sanggup lihat orang yang aku sayang hanyut dalam bisikan syaitan. Aku tau aku tak layak nak tules macam ni, jadi aku mohon maaf sekali lagi. Tapi tiada sape yang lebih layak untuk menggerakkan aku tules macam ni melainkan Allah. Sebab aku tak penah sempurna dan tak akan penah sempurna, maka atas dasar ketidaksempurnaan inilah aku terus-terusan menjadi hamba-Nya yang kerdil lagi hina.

(sumber: gugel) 

Biar dicemuh manusia kerana mereka hanya manusia, sama seperti kita.
Tapi kalau dicemuh Pencipta manusia tu, nerakalah tempat kita.
Wallahualam~

Monday, January 2, 2012

Abang Gentleman~

Salam and greetings.

Disebabkan esok aku akan pulang ke pangkuan kampus tercinta, maka hari ni aku dengan gigihnya telah pegi ke Alamanda konon-kononnya untuk membeli barang sebelum balik asrama. Kenapa aku cakap konon-konon? Sebab bila sampai Alamanda, aku pon taktau aku nak kena beli ape. Kahkahkah! Ya, aku tau aku sengal. =.=

Mula-mula aku plan nak pegi sengsorang, tak berteman, lone ranger - pathetic being alone. Bak kate sepupu aku, "Aku tak boleh jalan sengsorang. Aku rase kesian kat diri aku sebab takde teman nak keluar." Haha. Tapi, sebab konon-konon taknak roger jiran terdekat yang merupakan one of my besties sebab takot menyusahkan dia bila ajak teman, so I've decided to go by myself. Tapi, sebab ma momma won't allow me to go by myself, then I asked her (my jiran) to come with me. Ohh, lupa nak gtau yang ibu aku dah tahu blog aku. Haih. Ni mesti sebab dia guna laptop aku dan well, korang patot tahu capability dia. Ish, kang tak bagi pinjam laptop, macam kedekut sangat pulak. Dilema seorang anak. Kuikuikui.

Aku masuk-masuk Alamanda, merayau-rayau sambil memikir apa barang yang aku patot beli dan bawak balik asrama (dah macam budak skola nak masuk asrama pon ada), pastu masuk dari satu kedai ke kedai yang lain. Dalam keadaan yang maseh pikir aku patot beli ape, aku lepak-lepak dulu makan ABC kat food court, belek-belek baju kat merata kedai yang konon ada sale tapi sume harga takde yang aku mampu beli. Maksud sale dorang tu maseh bukan sale pada aku. T___T Ya, aku tak mampu nak beli barang-barang mahal centu. Pastu, aku pon decide nak masuk Carrefour. Tetiba tengah belek-belek barang toiletries, tetiba aku rase macam mahal gila kot barang kat situ. Mydin lagi murah. So, ape lagi? Keluar la dari Carrefour dan menuju ke Mydin.

Nak dijadikan cerita aku hari ni lebih dramatis dan tragis, remote kete aku buat hal. Mwahahahahah. Dah la depan kete aku parking tu, ada sebuah kete X-Trail dan seorang ayah kepada dua orang budak kecik pompuan. Mungkin tengah tunggu isteri dia bayar tiket parking sambil dok menengok aksi aku dengan kawan aku. Sebab takleh tekan remote tu, aku pon bukak la pintu kete tu secara manual. Memang tak berbunyi, aku tau. Tapi, alarm tu mesti berbunyi jugak masa aku start engine, tu pon aku tau. Dalam hati aku, "Mampos la. Ada pulak nanti dia ingat aku curik kete ni." Muka aku serius cool blog. Dah habis try dah tu - buat muka cool blog. Yang kawan aku lagi sedap. Boleh pulak kan kitorang masuk je dalam kete (alarm maseh membingit), dia siap pakai bedak. Punyalah nak menunjukkan yang that car belongs to us! Kahkahkah! Epik tak epik la.

Pastu, aku tengok muka abang tu macam kurius gila nak tau apesal kete kitorang tu berbunyi. Ya, dia turun kot. Padahal puas aku berdoa dalam hati janganlah dia turun, tolonglah dia buat-buat tak nampak dan tak dengar je. Tolonglah dia blah cepat. Malu gila kot! Hahaha. Tapi, serius dia sungguh gentleman. Dia turun dan tanya apa masalah kete aku tu. Aku pon dalam sengih-sengih macam kerang busuk cakap "Entah la. Ni bukan kete saya. Ni kete abang saya." Dia pon beria la check itu ini, siap bukak bonet depan kot. Nak tengok kat mane dia boleh bukak alarm tu. Sampai kotor jugaklah tangan dia. Dan t-shirt putih dia pon turut tercemar. Nampak tak kesungguhan dia nak tolong kitorang? Aku tengok isteri dia dah masuk dalam kete dah. Yang anak-anak dia tak abes-abes menyaksikan free show tersebut. Aku takyah cakap la. Sengih je, taktau dah nak react macam mane. Hukhuk.

Dalam keadaan dia sebok-sebok tengok apa masalah kete tu, tetiba boleh pulak the pakcik and family yang parking sebelah aku datang at the very same time! Hadoi, perlu ke? Aku rase dia memula nak buat bodoh je dan blah, tapi mungkin sebab dia tengok kitorang pompuan, mungkin tak sampai hati. Siap cakap bateri lemah, dan siap nak offer jumper lagi. Gila lah. Serius Allah jumpakan aku dengan orang-orang yang baik ni. Bak kate kawan aku, 'Seronok jumpa orang-orang baik dalam kehidupan. Membuatkan kita rasa dunia ni taklah sekejam mana.' Comel bukan?

Sambil aku tengok Abang Gentleman tu betul-betulkan, aku pon dok ketuk la remote kete tu dan try tekan banyak kali, tetiba bunyi elok je. Memang saje je tau, nak buat malu aku. =.= Mujur jumpa orang yang gentleman dan charming. Lepas dah elok je, Abang Gentleman pesan suro balik cepat-cepat. Haha. Serius gentleman kot. Haih, laki orang la pulak. Dah kurang lagi sorang laki baik kat dunia ni. *kof kof*

Menurut pemerhatian kawan aku, dia mungkin seorang yang kaya. Dari segi kete, pakaian, kasut etc. Haish, dah la kaya, gentleman pulak tu. Untung betei isteri dia. Eh, kalau-kalau Abang Gentleman terbaca entri saya ni, saya nak ucapkan terima kasih bebanyak ye. Jasa Abang Gentleman hanya Allah yang mampu balas. Kalau nak harap saya balas, silalah masuk meminang saya. Tapi, rasenye saya tak tergamak kot nak memadukan diri saya sendiri dan menghancurkan kebahagiaan seorang wanita. Uhuk uhuk.


p/s: Dalam kete, aku ada cakap kat kawan aku yang serius aku akan up entri pasal kebaikan dan ke-gentleman-an Abang Gentleman tu. Ohh, dan juga Pakcik Jumper. Hikhik.
p/s/s: Satu perkara yang dipersetujui bersama antara aku dengan kawan aku adalah, 'Looks not that important compared to actions, behaviours and gentleman-ness.'

Tuesday, December 20, 2011

Of magical words~

Salam and greetings.

Penah tak korang janji untuk jumpa dengan kawan korang, pastu kawan korang tu datang lambat atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (nama lain bagi alasan), then bila dia sampai-sampai je dia tak cakap pon sorry atau pape ayat yang membawa maksud yang sama. Penah tak? Penah tak? Ke korang adalah kawan yang dimaksudkan? Terasa? Takpe. It's never too late until it's too late. Tak paham? Aku pon. =.='

Sbnanye kan, aku ni takde la pandai nak meletak sesuka suki aku pape hadis atau pon dalil untuk menerangkan tentang sesuatu. Tapi, aku yakin even bende ni nampak kecik, tapi sbnanye sume bende yang berlaku kat dunia ni, Allah dah pon cerita dalam Al-Quran. Jadi, sebagai manusia yang telah pon dikurniakan akal dan fikiran, tak salah rasenye untuk kita berfikir. Untuk apa Allah bagi akal kalau setakat hidup ni nak ikut nafsu semata kan?

Aku paham, manusia ni memang ada egonya yang tersendiri. Manusia mana yang takde ego kan? Manusia mana yang takde perasaan kan? Kalau orang cakap kau bodoh, takdak akai, akai letak kat lutut, sape pon akan panas punggung kan. Kepala dia kate aku takdak akai, letak kat lutut kejadah, dah tu yang memberat kat tengkorak aku ni pekebendenye. Kan kan kan? Kita cepat panas hati kalau orang keji kita macam-macam, tapi kita sendiri yang membuatkan orang tu keji kita dalam keadaan yang tidak kita sedari. T________T

Jadi, dalam hidup yang sangat dasat pancarobanya, ada beberapa perkara yang walaupon nampak kecik, tapi kita takleh pandang lekeh. Antaranya adalah some magical words atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami ramai adalah perkataan keramat. Perkataan ni, bukanlah bila kau sebut kau akan sampai kat Taman Keramat nu. Tidaklah perkara tersebut akan berlaku ya kawan-kawan. Tapi, perkataan ni kalau kena cara, memang dapat menenangkan hati yang sedang panas, meredakan perasaan yang sedang membuak, menggagalkan proses pencarutan dan banyak lagi. Haa, nampak tak kesan perkataan keramat ni?

Dok bebel pasal perkataan keramat lah ape lah, apekebende perkataan keramat tu pon hang tak habaq mai lagi. Errr okay okay. Nak habaq la ni. 

Antara perkataan keramat tersebut adalah SORRY (ittew mintak maap yewww), THANKS (ime aceh udi olong ittew) & PLEASE (tolong amek kan ittew beg tu, pwishhhh). 

Erk. Macam harem pon ada jugak dok tules menggedik cenggitu.

Justeru, adalah molek kiranya kita dapat mempraktikkan these magical words in our lives. Seriously it won't harm anybody, especially ourselves. Salah ke kalau cakap terima kasih kat waiter yang tolong bawak makanan dan minuman kita? Salah ke cakap sorry bila terlanggar bahu orang masa berjalan kat shopping mall atau pasar malam? Salah ke cakap please bila mintak tolong seseorang to do us favors? Salah ke? Salah atau tak, anda sendiri jawab.


Adalah sangat cool kalau dapat senyum depan orang,
Walaupon dalam hati hancur bagai diserang ombak tsunami
Bukan untuk menjadi hipokrit tapi...
Well, you'd never know who'll fall in love with your smile.

Thursday, December 15, 2011

Pengorbanan~

Salam and greetings.

Aku ada something untuk dikongsikan bersama. Aku taktau sejauh mana perkongsian aku ni boleh mendatangkan manfaat pada manusia sejagat. Tapi, aku akan cuba yang terbaik. Kahkahkah. Ayat skema tak tahan. =.='

Aku ni nak kate baik, memanglah...tak. Ada ke orang yang nak ngaku diri dia baik? Bende-bende macam baik, ikhlas, dan yang sekutu dengannya bukanlah diri kita sendiri yang tentukan, sebaliknya daripada penilaian orang lain. Pun begitu, penilaian manusia tak sepenting penilaian yang bagi kita hidup kat dunia ni, Allah yang Maha Esa. Jadi, eloklah kiranya aku nak share satu kata-kata hikmat; Jangalah kita lihat pada siapa yang berkata, tapi lihatlah pada apa yang dikata. Maka, aku memang ngaku yang aku ni takdelah baik mane, tapi aku just nak share something yang insyaAllah ada manfaatnya.

Hari ni aku pegi surau untuk dengar kuliah maghrib. Aku ni, bukan jenis yang alim pon. Pegi surau pon sebab ibu paksa (mula-mula), tapi lama-lama aku dah biasa. Everytime balik umah, aku mesti akan pegi surau bila masuk maghrib. Mane tak pegi kalau dah ibu dengan ayah ajak. Nak taknak, kena pegi jugak lah kan. Lagipon, naik kete, takpe. Tapi kat kampus je susah nak praktiskan lagi. Ya, aku memang akan gunakan alasan surau tu jauh, dan aku malas nak jalan. Aku yang jahat sbnanye. T______T

So, kuliah hari ni sangatlah membuatkan aku berfikir. Aku bukan setakat berfikir, tapi mendengarkan ustaz tu punya ceramah pasal pengorbanan nabi kita, nabi Muhammad (s.a.w) sampai aku tak segan untuk mengalirkan airmata. Serius. Padahal ustaz tu citer dalam mode lawak je, tapi isi cerita dia yang sedih, menusuk kalbu. Betapa sayangnya nabi kita pada umat baginda, pada kita. Ya, kitalah umat yang sangat baginda cintai. Dan betapa sayangnya Allah pada kekasih-Nya. Aku terasa sangat kerdil saat itu jugak. Taktau cemane nak gambarkan perasaan tu.

Antara apa yang ustaz tu cakap;
"Abu Lahab tu, pak sedara nabi yang sembelih 10 ekor unta masa nabi lahir. Orang pertama yang sambut maulud nabi. Orang lain tak sambut lagi, dia dah sambut. Punyalah sayang kat nabi. Tapi, dia jugalah orang pertama yang menolak ajaran nabi. Dialah orang yang menentang perjuangan nabi. Dan Allah turunkan ayat yang memaki Abu Lahab, sebab Abu Lahab memaki nabi, kekasih-Nya. Dalam Islam, ada masanya yang kita boleh maki. Tapi untuk pendekatan dakwah, digalakkan untuk memaafkan."

Part yang buat aku nanges adalah bila ustaz tu citer masa nabi kita pegi berhijrah ke Thaif dengan anak angkat baginda, Zaid bin Harithah, baginda dibaling batu dan disekat daripada masuk ke dalam negeri Thaif. Betapa dalam keadaan cedera, baginda berdoa pada Allah dan Allah turunkan malaikat untuk berjumpa dengan nabi. Masa tu, malaikat offer untuk musnahkan negeri tersebut tapi nabi kata jangan. Sebab apa? Sebab nabi kita seorang yang futuristik. Baginda boleh nampak yang maseh ada generasi muda yang boleh terima ajaran yang baginda bawak. Kalau yang tua taknak terima, takpelah. Tapi, baginda yakin maseh ada generasi akan datang yang boleh terima dan lebih bersemangat.

Punyalah mulia nabi kita. Pemaaf, tak mudah berputus asa, berfikiran jauh. Aku penah terfikir, kenapalah Allah pilih Rasulullah dalam kalangan manusia dan kenapalah Allah sayang sangat kat Rasulullah ni? Tapi, itu mungkin pemikiran yang disogok oleh syaitan. Astaghfirullahalazim... Serius nabi Muhammad (s.a.w) semaksum-maksum umat. Tapi, kita je yang buta. Bukan buta mata, tapi buta hati! Kita tak mampu untuk jadi sebaik baginda, dan kita sendiri taknak berusaha untuk jadi sebaik itu. Ya, termasuklah aku. :(

Pehh, kalau ibu aku baca ni, mahu dia tak tido sebab tak percaya aku tules macam ni. Huhu. Bukan ape. Nak jugak tunjuk something yang bermanfaat bila aku ada anak-anak nanti. Takkan nak tunjuk yang aku ni kuat melagho. :'( So, kita sesama la fikir-fikirkan. Hidup ini adalah mimpi. Mati nanti baru realiti. Aku harap bila aku melagho dengan dasatnye bebila nanti, ada yang maseh sudi menarik aku kembali ke pangkal jalan. Dan tolong ingatkan aku yang aku penah tules macam ni. Agar aku reti rase malu, kerana malu itu sebahagian daripada iman. :)


Bukan kuasa manusia untuk mengetuk pintu hati manusia.
Sebab pemegang hati hanya satu, Dia.

Thursday, December 1, 2011

Tidak lagi merindui ombak~

Salam and greetings.

Aku rase dalam kehidupan ni, kita sbnanye serius kena sentiasa bersederhana. Tak kesahlah dalam hal ape sekali pon. Sebab sederhana ni merupakan satu tahap yang duduk dia adalah di antara lebih dan kurang. Jadi, kalau kita gagal untuk bersederhana, kita akan cenderung untuk berada pada tahap lebih atau tahap kurang.

Ceritanya, sebab expectation aku terlebih untuk filem Ombak Rindu, maka bila aku pegi tengok filem tu dan ia gagal mencapai tahap expectation aku, aku jadi kecewa. Padahal takde sorang pon pelakon dalam filem tu yang aku suka. Serius. Takde sorang pon. Walaupon berderet pompuan cakap Aaron Aziz tu charming, sorry not for me. Walaupon sejuta laki cakap Lisa Surihani tu comel, sorry not for me. And Maya Karin? Lagilah aku tak suka. Langsung tak pandai berlakon. Huh. Buat sepoil novel tu je. =.='

Manusia sbnanye memang suka mengharap, pastu bila ape yang diharapkan tu tak capai pada satu tahap yang dikehendaki, yang akan dirasa akhirnya adalah kecewa. Ya, itulah yang aku sedang rasekan skang. Dannn... Serius ianya tak seronok langsung. Okbai.



Aku tahu taste aku pelik.
Tapi, bukan ke sume orang punya taste memasing?
Sebab Allah tu kan Maha Bijak. :)