Showing posts with label pengorbanan. Show all posts
Showing posts with label pengorbanan. Show all posts

Friday, May 15, 2015

Misi pencarian botol susu Salsabeela.

Assalamualaikum.

Just like my previous entry as I mentioned about usaha ibu selama seminggu nak membotol susukan anak aku dan akhirnya hantar ke rumah pengasuh. Aku takkan hantar ke rumah pengasuh selagi Salsabeela taknak nyusu guna botol. Well, here goes the story.

Day 1
Sumorang nervous and anxious dengan apa yang akan berlaku selama setengah hari sampai aku balik kerja. Sebelum aku pegi keje, aku nyusukan dulu siap-siap, bagi dia kenyang. Sebab first day kan, so aku pun bawak Salsabeela pegi sekolah (hantar je pun :p). Mengikut report nekbu dia, balik je hantar aku sekolah, dia ngaruk nak tido. So, tidokan la dia. Aku yang kat sekolah pulak tak tenteram. Padahal dia kat rumah rilek je tido. Ahahaha! So, dalam pukul 10 macam tu, aku cakap kat suami aku kalau baby bangun nak susu, bawak dia datang sekolah. And yes, he did it. So nyusu sekejap. Balik rumah, tido. Bila aku balik je sekolah, aku dengar dia nanges dari luar rumah. Ah dah sudah. Aku dengan gelabahnya terus nak masuk rumah cecepat. Sekali belum sempat aku masuk, aku dengar suami aku cakap "Alhamdulillah, pandai pun anak ayah." Dan beliau tidak izinkan aku masuk. Sobs. Sebab anak baru je nak nyusu botol sikit. Habislah dalam 2oz setengah gitu. Kira not bad la as the start kan.

Day 2
Harini aku dah nekad untuk tidak memanggil anakku ke sekolah. Haha. So, aku set rutin baru dia. Bangun pagi - nyusu dengan aku kejap - mandi - tido - bangun nyusu botol - tido. Haaa begitulah plannya supaya dia biasa dengan botol. Tetiba masa kat sekolah, ibu aku wasap kata Salsabeela nak minum susu botol (pakej dengan amukan ya). Salsabeela ni pe'el dia, bila nak nyusu botol dia akan angkat lidah dia dan ngamuk sakan. Nak tido pun nak ngamuk dulu. Nak mandi pun nanges beria macam kena pukul. Mungkin inilah akibatnya aku dok ngamuk dalam kelas ngajor budak masa ngandungkan dia dulu. Huaaaa TT__TT

Day 3
Ibu cadangkan untuk tinggalkan Salsabeela kat rumah pengasuh kejap dan beliau akan ajar pengasuh macam mana nak bagi susu botol kat Salsabeela ni. Selepas menuntut dengan nekbu Salsabeela, akhirnya pengasuh dia (mama Eton) pun berjaya susukan Salsabeela guna botol! Habislah satu plastik bekalan dia - dalam 5oz gitu. Syukur... Well, ngamuk masa nak nyusu tu mesti ada la kan. Hmmm.

Day 4
Hantar rumah pengasuh macam biasa, berpagi-pagian. Bila wasap mama Eton, dia kata Salsabeela okay menyusu semua, now tengah tido, katanya. So, bila aku balik sekolah pegi amek dia, mama dia cakap harini nyusu okay, takde ngamuk-ngamuk. Wahhh syukur sangat-sangat. Nampaknya Salsabeela dah pandai adapt dengan situasi bila aku takde, dia terpaksa minum susu botol untuk survive. Hihi.

So, begitulah ceritanya bagaimana usaha seminggu ibu aku membuahkan hasil. Kami usaha je, Allah jua yang izinkan.

Berikut adalah antara botol-botol yang pernah dicuba pakai.

Botol pertama: (Wideneck Bottle Tollyjoy)

Masa Salsabeela belum lahir, aku dengan suami takde langsung ilmu pasal penyusuan ni. Baik penyusuan ibu mahupun penggunaan botol. So, kami main redah je beli botol Tollyjoy yang wideneck dan fast flow. Wakakaka! Tapi last-last tak guna pun sebab puting dia agak besar dan baby asek tersedak je bila minum guna botol ni.

Inilah botolnya. Sekarang, buat botol pam susu je. Haha.

Botol kedua:  (Standard Bottle NUK for newborn)

Lepas Salsabeela lahir, bila nak bagi botol susu Tollyjoy tu kat dia, tak muat pulak mulut dia nak masuk. Hahahaha. Mulut baby kan kecik je. So, suami aku dengan fast and furiousnya terus pegi kedai beli botol lain. Dia balik dengan seketul botol NUK di tangan. Kecik je botol tu. Puting dia okay la sebab dia ada bentuk macam nipple sikit. So, dia mesra masuk dalam mulut baby. Puting dia pun lembut jugak.

Botolnya dah jadi botol storage, so just boleh tunjuk puting dia je bersama botol storage sebenar. Hahaha.

Botol ketiga: (Wideneck Bottle NUK)

Masa umur dia masuk 2 bulan, Salsabeela dah mula reject botol. Bila setiap kali bagi botol susu je, dia ngamuk macam apa. T.T Padahal sebelum ni, nyusu guna botol yang sama jugak. Entah kenapa entah tetiba taknak botol. Kan orang kata latih anak nyusu botol dari dalam hari lagi-lagi kalau ftwm (full time working mother). Aku dah latih dari hari pertama tapi masa umur dia 2 bulan, dia sendiri yang taknak. Sebelum ni, elok je minum botol. So, aku pun ingatkan dia dah taknak puting kecik, dia nak mulut dia terlekap kat puting masa hisap susu. Aku pun dengan gelabahnya pegi kedai beli botol yang wideneck pulak. Pastu tak perasan puting dia jenis fast flow ke slow flow. So, bila bagi minum, susu yang keluar meleleh lagi banyak daripada susu yang masuk mulut dia. Hmmm.

Botol ni besor, 8oz punya. So, kalau masukkan susu setakat 2oz tu memang nampak kelakar weh. Wakakaka.

Botol keempat: (Momma)

Sepupu aku rekemen botol ni kat aku. Dia kata bentuk dan puting dia memang best. Aku pun rasa puting botol ni, haah memang lembut. Tapi suami aku tak kasi aku membazir. Dia tak kasi aku beli banyak-banyak botol untuk trial and error kat anak aku. Tapi aku berdegil jugak, pegi beli tanpa pengetahuan dia. Huhu sorry abang tapi I terpaksa. :(( Dah beli, Salsabeela taknak jugak! (walaupun nama dia Momma -.-) Waktu ni dah start stress sebab tak lama dah nak keje.

Aku siap beli yang sekotak 2 botol, 1 slow flow, 1 fast flow. Botol ni okay jugak la tapi taktau la apa yang Salsabeela nak ek.

Botol kelima: (Comotomo)

Botol ni aku beli lepas dapat advice dari kawan aku yang ada masalah sama macam aku. Pada awalnya aku nak beli mimijumi, pastu dia kata baik aku beli comotomo sebab puting dia super lembut berbanding mimijumi, puting dia keras. So, bila aku pegi kedai beli botol comotomo ni, aku jadi suka sebab botol dia pun lembut weh. Hahahaha. Bila balik, terus try kat Salsabeela. Memula dia nak, rilek je minum, pastu tetiba dia nanges ngamuk-ngamuk taknak. Alahai anak...

Sebotol kecik ni pun dah RM72 weh. *nanges*

Botol keenam & ketujuh: (MAM & KuKu)

Sehari sebelum aku masuk keje, aku dan suami dengan gelabahnya pegi kedai baby lagi nak beli botol lain pulak. Memula suami aku kata aku membazir kan, last-last bila dia gugel sendiri, baru dia tahu kena cuba macam-macam botol sebelum jumpa yang bebetul sesuai menepati citarasa selera anak tekak anak dia. Haaa gitu. So, haritu terus sambar dua jenis botol sekali gus. Botol KuKu (pink) ni aku rasa paling murah dalam RM20++. Paling murah pun dah 20 something kau! Kengkonon saje la beli yang murah, kot anak aku jenis low profile tak suka botol mahal kan (padanlah dia reject NUK sebab NUK pun 20 lebih jugak *nanges*), sekali result dia hampeh! Terus reject kau! Aku beli botol KuKu tu sebab tertarik dengan puting dia yang ada bijik-bijik kat atas tu.

Okay la, fine la taknak botol KuKu. Mujur beli dua botol sekali gus tadi so bolehlah terus try botol lagi satu which is botol MAM. Sebelum ni ramai jugak orang suggest botol ni and bila aku baca review, ramai orang kata okay sebab nama botol ni kan MAM, ada iras-iras MOM dan MAK. So baby mesti nak punya. Wahahahaha! Bila try kat dia, dia nak. Alhamdulillah. Bila try masa aku takde pun, guna botol MAM ni, dia nak. Mungkin sebab bentuk puting dia tu. Bentuk dia ada iras-iras puting NUK sikit. 

Harap-harap dua botol ini jadi botol terakhir dalam misi pencarian botol susu Salsabeela. Hahaha.

Botol NUK yang belikan dia mula-mula tu dalam RM26 gitu, bentuk jenis leper. Peristaltic kot orang panggil. Design yang nak elak jongang. Botol MAM ni pun design dia lebih kurang macam NUK tapi design puting NUK tak sekata depan belakang, design puting MAM ni sama je depan belakang. So, kesimpulannya, Salsabeela sukakan puting peristaltic tapi nak yang mahal sikit bila makin besor. Anyway, botol MAM ni RM50 something kot, tak ingat. Banyak sangat dah botolnya. Hahahaha!

Okay begitulah cerita perjalanan penyusuan botol Salsabeela. So, bagi yang ada anak yang sama masalah macam ni, my advice is never give up, just keep hunting for the right bottle! Bak kata Hudaluna, "Bila soal anak, tiada istilah membazir". Ingat tu je, tenanglah hati. Wakakakak!

P/s: Nanti Salsabeela dah besor, jangan tukor-tukor pakwe macam tukor botol eh. Kalau boleh, takyah ada pakwe langsung terus je kawen k. Hahahaha berangan!

Ummi dop siang ke nengok Salsabeela? *mata berkaca*


Tuesday, May 12, 2015

Berjaga malam.

Assalamualaikum.

Pada post sebelum ni, beria aku sedih dan depressed dengan plan sendiri yang nak meninggalkan anak pada jagaan kakak ipar pastu amek cuti jaga anak dua bulan.

Sehari sebelum aku pegi rumah abang aku, aku wasap ibu menyatakan hasrat aku tu. Aku masih ingat ibu berkeras supaya aku tak teruskan plan tersebut and instead dia akan datang rumah aku dan train Salsabeela minum susu botol selama seminggu.

Aku akhirnya mengalah.

Mungkin ada hikmahnya - aku tak perlu berjauhan menanggung rindu pada Salsabeela. Dan juga tak perlu menangis setiap kali terkenangkan anak. Mahu tak sedih weh kalau anak yang selalu dengan kau twenty four seven then tetiba je hilang dari pandangan mata dan kau hanya mampu menatap keletahnya dalam gambar kaku.

Semalam hari pertama aku pergi kerja. Hmmm, Salsabeela looked like she could behave herself. Okay la kot kan.

Then, malam semalam dia sudah mula buat perangai ajak-main-tengah-malam-gelak-gelak-bila-tak-layan-dia-nanges-tapi-mata-ummi-tak-mampu-bukak-seinci-pun. (~O~)zZ

Bila ajak nyusu, dia taknak pastu aku nak tido dia tak kasi, dok melalak sampailah aku angkat dia, terus gelak-gelak kegirangan. Ya Allah, syukur nikmat betul. o(╯□╰)o

P/s: Inilah antara hikmah lain - berjaga malam. π_π

Ummi kenapa tinggalkan Salsabeela...


Saturday, May 9, 2015

Keputusan nekad.

Assalamualaikum.

Semalam aku dah buat keputusan yang sangat nekad. Seharian dok bincang dengan suami pasal benda ni. Akhirnya, kami berdua bersetuju untuk meninggalkan Salsabeela dalam jagaan abang dan kakak ipar aku buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Aku menangis sepanjang malam. Sedih memikirkan anak aku yang akan ditinggalkan pada jagaan orang lain dalam satu tempoh masa yang agak lama.

Aku peluk Salsabeela sekuat hati aku. Bimbang rindu tak dapat dibendung nanti walaupun hakikatnya pasti jua akan rindu segunung. Terlalu rindu.

Aku katakan padanya, "Ummi taknak pisah dengan Salsabeela, tapi ummi terpaksa. Nanti bila ummi cuti, ummi datang amek Salsabeela balik." Airmata aku menjadi terlalu murah. Aku tak sangka akhirnya anakku Salsabeela terpaksa dilepaskan juga buat satu tempoh tertentu.

Dan aku juga nekad untuk amek cuti menjaga anak selama dua bulan. Lantaklah apa orang nak kata. Anak aku lebih perlukan aku.

Sampai masa tu, silalah bertahan wahai anakku sayang. Ummi akan sentiasa merinduimu siang dan malam.

P/s: Ummi sanggup berkorban apa saja demimu anak. :'(

Salsabeela rindu ummi tak nanti? TT.TT


Monday, April 27, 2015

Kasih ibu bawa ke syurga.

Assalamualaikum.

Malam semalam aku demam teruk. Dengan batuknya, badan panasnya, muntahnya, suami tiada di sisinya, so memang teruk la cerita dia. Biasanya bila aku demam, badan aku memang super panas dan ditambah pulak masa demam tu batuk, lagilah rasa macam nak mati. Seksa rasa macam masa nak bersalinkan Salsabeela. Amboi over kau nyah!

Aku ada satu habit bila demam - cari ibu. (Yelah, suami takde kan sekarang. Kalau ada, cari suami. Gitchew!) Tapi dari masa bujang kalau aku demam memang aku akan cari ibu dulu. So, dengan gigihnya aku dari bawah memanjat tangga ke bilik ibu mencari beliau. Masa tu ibu tengah tido.

"Ibu..." Panggilku dari jauh. Jauh tu adalah aku kat hujung tepi katil dekat dengan pintu tapi ibu tido another side of the bed. Langsung tak berdaya nak menapak lagi untuk gerakkan ibu. So, dengan suara serak dan tak larat sebab batuk, aku panggil lagi ibu sampai dia terjaga.

Ibu bukak mata dalam keadaan sedikit terperanjat. Aku terus cakap yang aku demam. Baby ada kat bawah tengah tido dalam buai. Ibu siap-siap dan turun bersamaku.

Aku terus masuk bilik dan terlantar atas katil. Ibu pun menyusulku dengan membawa semangkuk air asam jawa dan dilumurkan atas kepalaku untuk menyahhaba panas dalam badanku.

Dan-dan tu jugak la Salsabeela menangis mintak susu. Ibu la yg take over perananku dan uruskan Salsabeela. Sesekali aku dengar ibu cuba menenangkan anakku, "Sayang nekbu. Shhh shhh. Sayang-sayang nekbu. Ummi demam, sayang."

Ibu cepat-cepat buatkan susu untuk Salsabeela dan masuk ke bilik untuk bagi bekas in case aku muntah. Batuk punya batuk, muntah jugak akhirnya! Hamekkaw aku muntahkan balik bayam aku makan siang tadi. Malam tu aku tak makan pape lagi. So, lepas muntah barulah rasa lega sikit.

Banyak yang ibu uruskan bila setiap kali aku demam. Macam manalah aku agaknya kalau ibu tiada.

Terima kasih Allah atas pinjaman-Mu yang sangat berharga dan tidak ternilai - kasih seorang ibu.

P/s: Dalam sakit-sakit pun, bila dengar anak nanges, tetap tak tenteram rasanya. Itulah ibu/ummi.

Salsabeela sayang ummi dan nekbu! Muah ciked.


Sunday, April 26, 2015

Demam.

Assalamualaikum.

Dua hari lepas, Salsabeela demam. Aku syak dia demam sebab banyak berjalan dan berembun, as in keluar pergi jalan pastu balik lewat malam atau pagi dalam pukul 1, 2 gitu.

Aku bawak Salsabeela ke klinik since ayoh dia insist sangat, so ikutkan jelah. Keadaan Salsabeela masa tu pun macam nak teruk - batuk, bersin, hingus meleleh-leleh tapi sempat lagi pergi jalan-jalan kat Setia City Mall dengan mama lang dan cikde dia. Pastu suka sangat main, gelak-gelak la apa la. Gelak - bersin, gelak - bersin. Pastu taknak tido. Sampaikan bila aku tengok baby duduk diam-diam siap tido lagi dalam stroller/babywearing, aku jadi pelik kenapa Salsabeela tak macam tu. Haha! Bila dia dah tido, letak je dalam stroller, automatik akan terbeliak mata tu. Pastu nanges mintak dukung. Sabo jelah omaknye pun. So, stroller tu fungsinya adalah untuk bawak handbag ummi dia yg penuh dengan barang-barang Salsabeela semata. Oh ya, ada la sikit barang ummi - seketul tab. Wakakakaka!

Bila pergi je klinik, masuk bilik doktor, boleh Salsabeela melalak sekuat hati dia sampaikan doktor tu pun clueless nak buat macam mana. Akhirnya doktor tu give up and suruh bagi Salsabeela susu. Bila Salsabeela hisap je susu (dalam keadaan bertenang), doktor tu cakap, "Amboi, ngadanya."

And I was like, what? She said my daughter ngada??? Huh.

Kalau aku cakap anak aku ngada, takpe. Tapi doktor kot yg supposed to calm the baby boleh cakap gitu. No manners betul. Dahlah budak tu kecik lagi, tiga bulan pun belum. Entah pape sungguh la. (Not blaming ALL the doctors, but just THAT doctor hoccayyy)

So, after two days, demam Salsabeela dah kebah. Alhamdulillah. Now, ummi dia pulak yang take turn. Anak demam takpe weh, ummi boleh jaga. Ni ummi demam, sape nak jaga anak? Haaaa gitu pengorbanan seorang ibu (la sangat).

Nak kabonya, dalam keadaan demam macam ni bila anak meragam taknak tido malam and so on, kau akan jadi double penat. Padanlah orang kata 'Welcome to motherhood. You'll experience the sleepless nights and become a zombie'. Wuhuuu.

Bila anak tido adalah waktu yang paling dinanti-nanti so that kau boleh buat segala keje yang tertangguh and one of them is TIDOOOOOO! Kahkahkah.

P/s: Salsabeela, kalau ummi sakit nanti, Salsabeela jaga ummi tak?

Budak demam yang tak macam demam.


Wednesday, January 25, 2012

Zon selesa~

Salam and greetings. :)

Malam sabtu lepas adalah malam aku bertolak dari Melaka ke Terengganu. Malam yang aku kira agak mencuak dan mendebarkan. Budak-budak tempat aku blaja ramai yang dah balik petang Jumaat tu lagi. Sebab tiket dah abes, jadi aku terpaksa menggagah dan memberanikan diri untuk naik bas jauh-jauh sorang-sorang. 

Aku dah maklumkan kat ayah seminggu sebelum aku berlepas. Hanya melalui mesej 'Angah balik lambat sikit raya cina ni sebab angah nak pegi terengganu, kawan kawen.' Simple bukan? Sebab terlalu simple, maka tiada balasan daripada ayah. Yes, expected. Benda-benda yang ayah macam tak berapa nak berkenan, biasanya ayah takkan balas. Menjadi anak tunggal perempuan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak benda yang kena fikir dua tiga kali sebelum nak buat. Maken besau ni, maken pandai pulak nak mintak izin ape bagai. Dulu-dulu, jangan harap. Nak buat benda yang agak-agak takkan diizinkan, kompom akan buat senyap-senyap. Okay, tu zaman jahiliah. *lap airmata*
aku memang suka merajuk dengan ayah. >.<

Ayah memang diam tak membalas mesej, tetiba pap dapat satu mesej daripada ibu tanya perlu ke nak pegi tu. Aku pon jawab la perlu. Dan mesej tu berhenti di situ. Aku diam. Dorang pon diam. Hubungan aku dengan ibu ayah tak macam orang lain. Aku ada sorang kawan, kalau sehari tak call parents dia, mesti bukan dia. Tapi, aku kalau call hari-hari, memang bukan aku lettew. Dalam seminggu tu, nak dapat sekali pon payah. Teruk kan? Taktau la. Tapi dah terbiasa kot macam ni. Dulu kalau tak contact pon, ibu boleh baca blog aku, and then tetiba dia bagi la mesej encourage aku yang konon-konon dalam proses merawat-hati-yang-rawan. Kejadah. Pfffttttsss.

Okay enuf pasal perangai aku yang teruk sebagai seorang anak. I am improving myself. Takot jugak kalau hilang redha Allah nanti. :(

Back on track. On that night, aku keluar ke MC (sape dok Melaka mesti tahu tempat apakah ini) dengan beberapa orang kawan yang nak pegi ke tempat yang sama tapi dengan tiket pukul 9, mine was at 10. Masa sejam yang membezakan telah menemukan aku dengan satu situasi yang bagi aku, is unsangkarable. Sedang aku melepak tunggu bas sengsorang, tetiba aku terdengar makcik cleaner yang nak bersihkan tempat tu borak dengan kawan dia yang nak naik bas. Ape yang memeranjatkan aku adalah makcik tersebut adalah seorang guru yang buat part time job as a cleaner. Aku taktau cemane nak gambarkan perasaan aku masa tu. Dalam kepala aku macam-macam benda berputar pada masa yang sama, pada paksi yang sama ke tak aku tak dapat pastikan. Tapi ape yang pasti, otak aku terus hantar satu mesej ni, 'NEVER BE JUDGEMENTAL, YOU'D NEVER KNOW WHAT THEY'VE GONE THROUGH'. 

Seriously. Aku buat macam-macam assumption. Kenapa makcik tu perlu buat part time jadi cleaner sedangkan dia adalah seorang guru? Bukan aku nak cakap keje cleaner tu tak bagus atau ape. Ya, aku tahu keje cleaner pon keje halal, so what's the fuss kan. Bukan itu isunya, isunya apa yang menyebabkan sampai dia sanggup bekerja sebagai cleaner? Dia tak takot ke anak murid dia nampak dia nanti? Ape persepsi murid-murid dia nanti? Entahlah. Mungkin aku yang terlampau banyak berfikir. Dan mungkin jugak, keje sebagai seorang guru, meskipon mulia, namun bayaran yang diterima mungkin tak setimpal sehingga makcik tersebut terpaksa mencari keje lain untuk menyara hidup.

Mungkin jugak, Allah saje je nak temukan aku dengan situasi tersebut agar aku tak berasa terlampau selesa dengan ape yang aku ada skang. Tiada ape yang kekal, aku tahu. Every single thing dalam kehidupan kita sbnanye berubah, termasuk hati kita sendiri. Aku sayu bila aku tengok makcik tu menyapu, ya aku tau dia bukannya harapkan simpati aku. Tapi, aku tak dapat tahan perasaan aku. Macam mane kalau yang menyapu tu ibu aku sendiri? Macam mane kalau yang menyapu tu diri aku sendiri? Macam mane? Cukup bersediakah untuk aku terima kenyataan hidup yang perit dan pahit bagi seorang yang dah terbiasa hidup dalam zon selesa macam aku ni?

***
mode merajuk lagi. kahkahkah!

On that very saturday, my mom texted me asking every single details about the trip to Terengganu. After I managed to clear all her doubts, she said then, 'Okay la, ibu izinkan angah pegi. Jaga akhlak, jaga solat, jaga diri kat rumah orang.' She might not know this, but deep inside, I always long for their blessings for theirs is Allah's. And they might not know this as well, but deep, deeper inside, I always love them, for they're the greatest gift that He ever gave me. :')

Thursday, December 15, 2011

Pengorbanan~

Salam and greetings.

Aku ada something untuk dikongsikan bersama. Aku taktau sejauh mana perkongsian aku ni boleh mendatangkan manfaat pada manusia sejagat. Tapi, aku akan cuba yang terbaik. Kahkahkah. Ayat skema tak tahan. =.='

Aku ni nak kate baik, memanglah...tak. Ada ke orang yang nak ngaku diri dia baik? Bende-bende macam baik, ikhlas, dan yang sekutu dengannya bukanlah diri kita sendiri yang tentukan, sebaliknya daripada penilaian orang lain. Pun begitu, penilaian manusia tak sepenting penilaian yang bagi kita hidup kat dunia ni, Allah yang Maha Esa. Jadi, eloklah kiranya aku nak share satu kata-kata hikmat; Jangalah kita lihat pada siapa yang berkata, tapi lihatlah pada apa yang dikata. Maka, aku memang ngaku yang aku ni takdelah baik mane, tapi aku just nak share something yang insyaAllah ada manfaatnya.

Hari ni aku pegi surau untuk dengar kuliah maghrib. Aku ni, bukan jenis yang alim pon. Pegi surau pon sebab ibu paksa (mula-mula), tapi lama-lama aku dah biasa. Everytime balik umah, aku mesti akan pegi surau bila masuk maghrib. Mane tak pegi kalau dah ibu dengan ayah ajak. Nak taknak, kena pegi jugak lah kan. Lagipon, naik kete, takpe. Tapi kat kampus je susah nak praktiskan lagi. Ya, aku memang akan gunakan alasan surau tu jauh, dan aku malas nak jalan. Aku yang jahat sbnanye. T______T

So, kuliah hari ni sangatlah membuatkan aku berfikir. Aku bukan setakat berfikir, tapi mendengarkan ustaz tu punya ceramah pasal pengorbanan nabi kita, nabi Muhammad (s.a.w) sampai aku tak segan untuk mengalirkan airmata. Serius. Padahal ustaz tu citer dalam mode lawak je, tapi isi cerita dia yang sedih, menusuk kalbu. Betapa sayangnya nabi kita pada umat baginda, pada kita. Ya, kitalah umat yang sangat baginda cintai. Dan betapa sayangnya Allah pada kekasih-Nya. Aku terasa sangat kerdil saat itu jugak. Taktau cemane nak gambarkan perasaan tu.

Antara apa yang ustaz tu cakap;
"Abu Lahab tu, pak sedara nabi yang sembelih 10 ekor unta masa nabi lahir. Orang pertama yang sambut maulud nabi. Orang lain tak sambut lagi, dia dah sambut. Punyalah sayang kat nabi. Tapi, dia jugalah orang pertama yang menolak ajaran nabi. Dialah orang yang menentang perjuangan nabi. Dan Allah turunkan ayat yang memaki Abu Lahab, sebab Abu Lahab memaki nabi, kekasih-Nya. Dalam Islam, ada masanya yang kita boleh maki. Tapi untuk pendekatan dakwah, digalakkan untuk memaafkan."

Part yang buat aku nanges adalah bila ustaz tu citer masa nabi kita pegi berhijrah ke Thaif dengan anak angkat baginda, Zaid bin Harithah, baginda dibaling batu dan disekat daripada masuk ke dalam negeri Thaif. Betapa dalam keadaan cedera, baginda berdoa pada Allah dan Allah turunkan malaikat untuk berjumpa dengan nabi. Masa tu, malaikat offer untuk musnahkan negeri tersebut tapi nabi kata jangan. Sebab apa? Sebab nabi kita seorang yang futuristik. Baginda boleh nampak yang maseh ada generasi muda yang boleh terima ajaran yang baginda bawak. Kalau yang tua taknak terima, takpelah. Tapi, baginda yakin maseh ada generasi akan datang yang boleh terima dan lebih bersemangat.

Punyalah mulia nabi kita. Pemaaf, tak mudah berputus asa, berfikiran jauh. Aku penah terfikir, kenapalah Allah pilih Rasulullah dalam kalangan manusia dan kenapalah Allah sayang sangat kat Rasulullah ni? Tapi, itu mungkin pemikiran yang disogok oleh syaitan. Astaghfirullahalazim... Serius nabi Muhammad (s.a.w) semaksum-maksum umat. Tapi, kita je yang buta. Bukan buta mata, tapi buta hati! Kita tak mampu untuk jadi sebaik baginda, dan kita sendiri taknak berusaha untuk jadi sebaik itu. Ya, termasuklah aku. :(

Pehh, kalau ibu aku baca ni, mahu dia tak tido sebab tak percaya aku tules macam ni. Huhu. Bukan ape. Nak jugak tunjuk something yang bermanfaat bila aku ada anak-anak nanti. Takkan nak tunjuk yang aku ni kuat melagho. :'( So, kita sesama la fikir-fikirkan. Hidup ini adalah mimpi. Mati nanti baru realiti. Aku harap bila aku melagho dengan dasatnye bebila nanti, ada yang maseh sudi menarik aku kembali ke pangkal jalan. Dan tolong ingatkan aku yang aku penah tules macam ni. Agar aku reti rase malu, kerana malu itu sebahagian daripada iman. :)


Bukan kuasa manusia untuk mengetuk pintu hati manusia.
Sebab pemegang hati hanya satu, Dia.