Showing posts with label la familia. Show all posts
Showing posts with label la familia. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

What a day~

Cause you had a bad day. You're taking one down. You sing a sad song just to turn it around. You say you don't know. You tell me don't lie. You work at a smile and you go for a ride. You had a bad day. The camera don't lie. You're coming back down and you really don't mind. You had a bad day. You had a bad day.

Salam and greetings.

Lirik lagu kat atas tu memang sesuai sangat dah dengan keadaan aku harini. Seawal pagi keluar rumah sampai balik rumah, banyak betei benda yang malang berlaku pada aku. Aku serba salah sbnanye nak guna istilah 'malang' tu sebab setiap apa yang berlaku Allah telah pun aturkan untuk aku. Untuk aku rasa. Untuk aku fikir guna akal. Bukan guna emosi semata.

Tapi aku terpaksa guna sebab taktau nak ganti dengan istilah apa yang lebih sesuai untuk menggambarkan keadaan aku harini. -..-

Bila tengah praktikum ni, memang masa untuk jadi zombi dan panda tak bertauliah la kan. Nak tidur pun kena curik-curik masa. Semalam, nak dijadikan cerita, aku tidur awal - lepas isyak dan bangun pukul 2 pagi. Pastu buat keje sampailah pukul 7 lebih - sebelum pergi sekolah. Haaaa mana tak zombi jadinya aku sepanjang harini.

Masa bergegas nak pergi sekolah pagi tu, entah macam mana entah aku boleh tak perasan bontot kete aku dah cium tembok pagar. Allahhh... Mujur tak teruk tapi pecah jugaklah lampu belakang tu sikit. Jadi, bergegas pergi ke sekolah - sebab dah lambat dalam keadaan hati yang resah gelisah. Baru je nak masuk pagar sekolah, ada budak aku jerit "Cikgu, nak hadiah!"

ALLAHHH!

Hadiah!

Aku dah janji nak bagi hadiah kat diorang based on sistem stiker (sistem token) yang aku jalankan untuk menggalakkan pembelajaran yang berdaya saing, bersemangat dan menyeronokkan.

Aku terus cakap kat partner aku; "Kau turun dulu, tolong tuliskan nama aku. Aku nak balik kejap amek barang."

Mujur. Mujur rumah sewa memang sekangkang kera je dari sekolah. Sbnanye dua minggu pertama kitorang pergi balik sekolah jalan kaki kot. Gigih tak gigih di situ. Pastu bila dah lelama, banyak barang memang tak larat ah nak jalan walaupun sekangkang kera. Hiks.

So, nak dipendekkan cerita, aku ingatkan aku tertinggal hadiah tu je. Rupa-rupanya ada hikmah aku patah balik rumah. Gila tak gila bila barang yang aku nak guna untuk mengajar harini pun boleh tertinggal. Cuma, worksheet je tak sempat nak diselamatkan. Wuwuwu.

Sbnanye aku target nak mintak guru pembimbing masuk observe aku harini, tapi bila lagi 5 minit kelas nak start baru aku perasan yang aku tertinggal worksheet, memang aku tak jadilah nak suruh dia observe. Mujur jugak Allah tak gerakkan hati pensyarah pembimbing aku untuk datang observe secara mengejut harini. Syukurnya Ya Allah. Sungguhlah, Allah jualah pemegang dan pemilik hati.

Pastu sebab bebudak aku kemaen eksaited nak buat aktiviti berkumpulan, kawalan kelas aku pun hancur. Itu pun dah siap bawak wisel dalam kelas, tapi still diorang bising and too hyperactive! Memang extra penat harini. Dengan tak cukup tidurnya, dengan penggunaan tenaga yang melebihi paras normalnya lagi sebab ada kokurikulum pulak petangnya. Pehhhh!

Tapi Allah hadiahkan aku kepuasan bila budak aku dapat faham apa yang aku ajar dan dapat buat semua latihan. 

Alhamdulillah.

Okay dah habis cerita pasal sekolah.

Sekarang kita masuk cerita pasal kete pulak. Sebab aku risau ayah marah dan terkejut tengok aku tak pakai kete dia dengan berhemah, maka aku gigihkan diri pergi cari bengkel nak repair. Takde rosak teruk pun. Cuma bumper tepi belakang tu terkeluar sikit, scratch sikit, sarang lampu belah bawah pecah sikit. Haaa tu jela kot. Jadi berbekalkan maklumat daripada kakak kat sekolah aku pasal bengkel melayu kat area Jasin ni, aku pun balik-balik sekolah je terus pergi. Gigih tak gigih la di situ kan.

Bila aku dah sampai bengkel tu, aku jadi cuak kot. Dahlah tak pernah berurusan pasal kete, ni tup-tup nak kena repair pulak. Sekali Allah gerakkan pakcik mekanik tu untuk tengok masalah kete aku dan dia cuba nak tenangkan aku. Allah... Memang Allah dah hantar sorang pakcik yang sangat baik hati. Serius.

Memula dia masukkan bumper yang terkeluar sikit tu, pastu dia polish hilangkan kesan-kesan scratch tu pastu bila aku tanya dia berapa cas, dia cakap kat aku "Dah, pergi balik." Allah... Yang buat aku lebih terharu tu, memula dia dok tengok keadaan kete aku dia tanya, "Ni kete mak ke ayah?" KAHKAHKAH! Memang nampak sangat ke aku bawak kete pinjam? -..-

Jadi, mungkin sebab dia rasa kesian kat aku sebab terkenangkan anak dia ke macam mana ke, jadi dia beria nak tolong aku cari sarang lampu tu dan betulkan kete aku for free.

Tapi pada hakikatnya, pertolongan tu datang daripada sape kalau bukan Allah?

Pastu bila sampai je rumah, aku terus solat Asar dan mintak pada Allah supaya lembutkan hati ayah - jangan marah bila aku gtau pasal kete tu. Habis je solat aku terus call ayah. Bila aku cerita kat ayah pasal kete tu, ayah cakap; "Takpelah. Biar je."

Alhamdulillah, Allah perkenankan doa aku!

Dan yang terakhir harini. Balik dari bengkel tadi aku terus pergi pasar malam. Nak dijadikan cerita, tengah aku sedap dok reverse cari parking kat satu lorong ni, tetiba ada sorang pakcik ni macam marah aku. Aku tak faham dia maksudkan apa. Jadi, aku tak jadilah parking kat tempat yang aku memula nak parking tu dan dok kedepankan je kete aku tu. Sekali pakcik tu cakap "Tu ada lubang tu. Sikit lagi masuk pulak tayar dalam tu."

Allah...

Nampak tak pertolongan Allah?

Entah dari mana pakcik tu datang, yang sbnanye Allah la yang gerakkan hati dia untuk lalu kat situ masa aku tengah reverse untuk mengelakkan aku mengalami kecelakaan lagi. Sayangnya Allah pada kita kan. Dalam setiap perkara yang berlaku, kalau kita letakkan sandaran kita pada Allah, insyaAllah kita akan timbang perkara tersebut menggunakan akal dan bukan emosi.

Memang ada rasa nak nangis sebab melalui hari yang sangat memenatkan harini tapi aku tahu nikmat Allah dah bagi kat aku lebih banyak tak terhitung gamaknya.

JADI, TERUSKAN SENYUM DAN BERSANGKA BAIK PADA ALLAH. *senyum sampai berlubang pipi*

Wallahualam. Semoga Allah redha.


p/s: Sekali kita sayang pada Allah, berkali-kali Allah balas sayang kita. Ini baru true love!

Thursday, June 28, 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran Sayang~

Salam and greetings.

Waktu entri ini di-publish adalah waktu yang sama seorang bayi perempuan seberat 3.4 kilogram melalak mendengarkan suaranya yang nyaring duapuluhdua tahun lepas di Hospital Kajang.

Bayi perempuan tersebut merupakan anak perempuan tunggal yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh kedua ibu dan ayahnya, diapit oleh seorang abang dan tiga orang adik lelaki.

Bayi perempuan tersebut telah diberi nama Zulaikha binti Mohamad.

Ya, bayi perempuan tersebut adalah saya. Dan ini adalah cerita seorang saya.

***

Sepanjang 22 tahun yang telah dipinjamkan segalanya oleh Sang Pencipta, membuatkan aku terfikir. Andaikata nyawa aku ditarik saat ini, tarikh yang sama 22 tahun lepas aku bernyawa di bumi-Nya, maka apa yang akan aku bawa untuk berhadapan dengan-Nya?

Ibu selalu pesan, banyakkan amalan. Hanya amalan yang akan kita bawa bila kita mati nanti. Aku, macam biasa, akan menganggap bahawa itu adalah perkara yang sudah lama aku ketahui namun sejauh mana pengetahuan aku mampu menyelamatkan aku daripada diazab dan diseksa, wallahualam.

Ayah pesan, jangan buat maksiat, labuhkan pakaian, jaga perlakuan. Ayah taknak nanti ayah kena tahan tak dapat masuk syurga sebab menanggung dosa aku yang berperangai tak menurut syarak di dunia. Aku, macam biasa, akan menganggap bahawa semua perkara leceh. Menjadi seorang anak perempuan kepada seorang ayah adalah leceh.

Ibu kata, aku paling senang nak jaga masa kecik. Tak banyak merengek, tak banyak rewel, tak banyak hal. Senang cerita, kalau nangis, bagi susu, maka diamlah aku. Aku juga sudah pandai berjalan seawal umur 10 bulan dan kata ibu, aku yang paling debab dan segedebuk je bila keluar. Ibu panggil aku Baby Ell. Jangan tanya Ell tu mende. Aku tahu tapi aku taknak bagitahu. -.-

Ayah kata, aku paling susah nak jaga masa besar. Sebab dosa aku ditanggung olehnya. Aku memberontak tak dapat kebebasan macam Along, ayah akan bagi alasan sebab aku perempuan. Alasan yang klise bukan? Kata ayah lagi, jaga aku sorang lagi payah daripada jaga sekandang lembu. Nampak tak antara aku dengan sekandang lembu sape lagi buas? -.-

Kalau di-flashback kehidupan aku selama 22 tahun ni, boleh kira lebih daripada separuh daripada hidup aku yang aku taknak kenang. Serius. Sebab terlampau pahit dan dipenuhi lumpur dosa. Dan kalau diberi peluang untuk memperbaiki kehidupan seorang aku, pasti ada banyak perkara yang aku taknak lakukan. Tapi, KALAU tu kan mainan saiton. Mana mungkin aku kata mende yang dah berlaku itu tak berlaku. Itu bongok namanya. Aku cuma berharap aku dapat menjadikan diri aku lebih baik pada hari-hari seterusnya berbanding hari-hari semalam yang aku sendiri taknak kenang tu.

Maka, seperti yang aku selalu ingatkan diri aku sendiri, setahun lebih tua adalah selangkah dekat menuju kematian. Selamat Hari Lahir ke-22, Zulaikha! Semoga umur diberkati dan dapat jodoh yang mampu membimbing ke syurga Allah, insyaAllah. Aminnnnnnn. :)

생일 축하합니다! ㅋㅋㅋ
Kita ikut muka sape? Haaa. Ikut muka ibu la kan? Kan bu? (Ibu misti baca punya ni) =.=


p/s: Tak salah kan wish kat diri sendiri? Hiks.
p/s/s: Sbnanye ni autopost yg telah pun di-schedule-kan semalam. Tapi, tetiba pagi ni dapat mesej daripada ibu yang berbunyi; 

Salam angah, 22 tahun yang lalu pada pukul 10.15 pagi lahirlah seorang anak perempuan yang comel dan tegap di Hospital Kajang. Alangkah gumbiranya ibu dan ayah bayi tersebut kerana mendapat baby girl dan rupa-rupanya dialah satu-satunya anak perempuan pada ibu dan ayah tersebut. Sempena ulangtahun kelahiran angah, ibu doakan Allah bersama-sama angah dalam apa jua yang angah lakukan dan mohonlah apa jua HANYA dari-Nya. Mudah-mudahan usia angah diberkati dan mendapat jodoh yang soleh, pasti bahagia dunia akhirat. Amacam, syahdu tak? Boleh buat novel tak? Hihi. Wassalam.

Seriously, instinct ibu yang kuat ke acane? Ayat dia lebih kurang kan dengan ayat aku? Hmmmmm.


Wednesday, June 20, 2012

Bon Voyage Seafarer~

Salam and greetings.

Ada beberapa perkara boleh bikin keterujaan di tahap tertinggi dan antaranya adalah apabila pulangnya orang tersayang setelah setengah tahun tidak bertemu mata bertembung kata. Rindu takyah kata la. Walaupun berutus khabar melalui jaringan halus tanpa wayar tanpa sempadan, namun itu masih tidak mampu memadamkan rasa rindu dalam hati.

Sungguh. Aku sedih bila dapat panggilan seawal satu pagi mengatakan engkau sudah pun akan berangkat. Sungguh. Tapi, apakan daya. Itu adalah tuntutan yang tidak dapat tidak dielakkan. Semoga engkau tidak melupakan asal usulmu dan Penciptamu. Bon voyage, beloved brother! Gonna miss you alot. Be safe. Take care. Lovessss. TT______TT

***
"Hello ngah. Ude dah nak gerak dah ni."
"Hah? Dah nak pegi dah?"
"Hmmm. Ha'ah."
"Okay. Jangan tinggal solat. Take care. Jangan lupa hantar emel."
"Ya. Jangan gaduh dengan ibu tau."
***



Ooosemmm katanya. Aku pun ikut je buat mulut O dan Sem. =.='




Jauh di sudut hati, ada ruang yang sedang hiba. Semoga Allah lindungi Ude, sentiasa. :'(

Friday, May 25, 2012

Kasih sampai syurga 4~

"Kakak, nanti bila adik dah sihat, kita pegi makan aiskrim eh." pinta adik dalam suara yang lirih, membuatkan kolam airmata yang sudah kering basah kembali.

Aku mengangguk perlahan. Sebuah senyuman manis cuba diukir pada raut yang sedih.

"Dah, tak payah fikir benda lain dulu. Yang penting, adik makan ubat, dengar cakap doktor, bolehlah keluar hospital cepat." Kepala adik diusap lembut.

"Kakak, nanti buatlah trifle. Adik teringin nak makan."

Aku hanya memandang dengan pandangan yang tidak mampu ditafsirkan. Bimbang andai permintaan ini adalah permintaan terakhir daripada adik. Pada masa yang sama, bimbang jika tidak dapat menunaikan permintaan tersebut.

"Ish, kan kakak dah cakap takyah fikir. Dah. Rehatlah dulu. Kakak nak pegi solat jap."

Terus aku mengambil kain telekung yang diletakkan dalam laci di sebelah katil. Tiba-tiba aku merasakan seperti pergelangan tanganku dipaut. Aku lantas menoleh pada adik yang sedang berbaring. Ekspresi wajahku menghantar persoalan 'kenapa' padanya dijawab dengan senyuman nipis. "Thanks, kakak. Adik pun sayang kakak jugak." Lalu memelukku yang masih kaku dan bingung dengan perlakuannya. "Dah lah. Jangan menangis. Cepatlah pegi solat. Boringlah duduk sorang-sorang ni." Adik melepaskan pelukan dan membawa keluar Blackberry dari bawah bantalnya.

Aku mengangguk sebelum berjalan ke surau dengan perasaan yang bingung dan bimbang dengan tindakan adik yang pelik-pelik. Sambil galak berdoa pada Tuhan janganlah perkara yang tidak-tidak berlaku pada adik bongsu yang aku sayangi, aku percepatkan langkah ke surau yang terletak pada aras yang sama. Ingatanku melayang pada perbualan dengan ayah setahun yang lalu.

***

"Ayah nak bagitahu Kakak something ni." Mukaddimah daripada ayah cukup untuk membuatkan dadaku berdegup pantas sepantas terjunan air.

"Adik tu...tak lama dapat hidup. Dia ada kanser. Jadi, kalau dia nak apa-apa tu, kalau boleh tunaikanlah."

Allah! Dugaan apakah ini Ya Allah... Airmata yang bertakung di pinggir mata disekang daripada tumpah menyembah bumi.

"Bila dapat tahu? Betul ke?" soalku bodoh. Seolah-olah menunjukkan bahawa aku tak percaya akan hakikat.

"Hari tu." jawab ayah pendek. Cukup untuk membuatkan hatiku diruntun sayu dan disayat pilu.

Sunday, May 13, 2012

Khas untuk insan bergelar IBU~

"Angah, ibu garang tak dulu?"
"Garang."
"Eh yeke? Ibu tak ingatlah."
"Ibu memang..."


***


Masa ibu garang dulu, selalu je menyumpah dalam hati. Konon tak bersetuju dengan tindakan ibu; menarik rambut, mencubit, melempang, membebel. Tindakan tersebut tak sepatutnya dilakukan ke atas aku, anak yang derhaka. Dah derhaka tu, cuba bagitahu sikit part mana yang TAK SEPATUTNYA tu?

Makin diri dipanjat usia, melihat kedutan di wajah ibu menyedarkan diri ini, "O'oh. Ibu bukannya makin muda. Apa yang kau dah buat untuk ibu ha? Tak cukup duit pun, still mintak duit ibu. Sakit sikit pun dah merengek kat ibu. Patutnya masa ni kau dah mula bagi duit kat ibu, bukan mintak. Masa ni kau dah mula menghadap keluh kesah ibu pasal kesihatan dia, bukan kau yang merengek." Hati aku bergolak kasar. Aku sendiri bingung. Nak bagi duit saban bulan, rasa macam belum mampu. Nak bagi kebahagiaan dapat 4flat, belajar pun takde la cemerlang mana. Nak bagi cucu, menikah belum lagi. Eh?

Pesan ibu pun selalu je gagal dituruti. Kalau ibu pesan jangan lupa mengaji, aku memberontak konon dilayan macam budak kecik dipesan itu ini. Lalu ibu pun jawab; "Memang Angah tu kecik lagi. Angah kan anak ibu yang ibu sayang." Hailaaa ibu... Begitu besar ya kasih sayang yang Allah limpahkan dalam kolam hati seorang ibu? Menerima baik buruk anak dengan berlapang dada. Sentiasa memaafkan kesilapan anaknya. Agak-agak tinggi sikit suara tu, "Angah, ingat... Redha ibu ni redha Allah."

Angah tak tahu macam mana sakit yang ibu rasa untuk memberi Angah peluang melihat dunia. Angah jugak tak tahu macam mana penderitaan yang ibu tanggung untuk membesarkan seorang anak yang degil macam Angah. Yang Angah tahu, kasih sayang ibu tiada setara dengan apa pun di dunia ni. Walau apa pun dosa Angah pada ibu, Angah sentiasa berharap yang ibu sedia mengampunkan Angah.
Andaikata ibu tak garang, Angah tak rasa Angah akan jadi macam sekarang.
Andaikata ibu tak garang, mungkin jalan hidup Angah dah menyimpang.
Andaikata ibu tak garang, kini hati ibu pasti takkan pernah tenang.
Andaikata ibu tak garang, hidup Angah pasti diruntun walang bukan kepalang.
Angah hanya ada seorang ibu dalam dunia ni, ibu yang angah sayang.
Sape lagi, ibu lah! 

orang kata nak tengok muka kita masa tua, tengok muka ibu kita. ekhem! cantik bukan ibu saya? jadi, awak mesti tahu dah masa tua saya macam mana. kahkahkah.




I may not be the best daughter for you, but you are the best mother for me! 
사랑해요 엄마! ❤ ❤ 

Wednesday, January 25, 2012

Zon selesa~

Salam and greetings. :)

Malam sabtu lepas adalah malam aku bertolak dari Melaka ke Terengganu. Malam yang aku kira agak mencuak dan mendebarkan. Budak-budak tempat aku blaja ramai yang dah balik petang Jumaat tu lagi. Sebab tiket dah abes, jadi aku terpaksa menggagah dan memberanikan diri untuk naik bas jauh-jauh sorang-sorang. 

Aku dah maklumkan kat ayah seminggu sebelum aku berlepas. Hanya melalui mesej 'Angah balik lambat sikit raya cina ni sebab angah nak pegi terengganu, kawan kawen.' Simple bukan? Sebab terlalu simple, maka tiada balasan daripada ayah. Yes, expected. Benda-benda yang ayah macam tak berapa nak berkenan, biasanya ayah takkan balas. Menjadi anak tunggal perempuan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak benda yang kena fikir dua tiga kali sebelum nak buat. Maken besau ni, maken pandai pulak nak mintak izin ape bagai. Dulu-dulu, jangan harap. Nak buat benda yang agak-agak takkan diizinkan, kompom akan buat senyap-senyap. Okay, tu zaman jahiliah. *lap airmata*
aku memang suka merajuk dengan ayah. >.<

Ayah memang diam tak membalas mesej, tetiba pap dapat satu mesej daripada ibu tanya perlu ke nak pegi tu. Aku pon jawab la perlu. Dan mesej tu berhenti di situ. Aku diam. Dorang pon diam. Hubungan aku dengan ibu ayah tak macam orang lain. Aku ada sorang kawan, kalau sehari tak call parents dia, mesti bukan dia. Tapi, aku kalau call hari-hari, memang bukan aku lettew. Dalam seminggu tu, nak dapat sekali pon payah. Teruk kan? Taktau la. Tapi dah terbiasa kot macam ni. Dulu kalau tak contact pon, ibu boleh baca blog aku, and then tetiba dia bagi la mesej encourage aku yang konon-konon dalam proses merawat-hati-yang-rawan. Kejadah. Pfffttttsss.

Okay enuf pasal perangai aku yang teruk sebagai seorang anak. I am improving myself. Takot jugak kalau hilang redha Allah nanti. :(

Back on track. On that night, aku keluar ke MC (sape dok Melaka mesti tahu tempat apakah ini) dengan beberapa orang kawan yang nak pegi ke tempat yang sama tapi dengan tiket pukul 9, mine was at 10. Masa sejam yang membezakan telah menemukan aku dengan satu situasi yang bagi aku, is unsangkarable. Sedang aku melepak tunggu bas sengsorang, tetiba aku terdengar makcik cleaner yang nak bersihkan tempat tu borak dengan kawan dia yang nak naik bas. Ape yang memeranjatkan aku adalah makcik tersebut adalah seorang guru yang buat part time job as a cleaner. Aku taktau cemane nak gambarkan perasaan aku masa tu. Dalam kepala aku macam-macam benda berputar pada masa yang sama, pada paksi yang sama ke tak aku tak dapat pastikan. Tapi ape yang pasti, otak aku terus hantar satu mesej ni, 'NEVER BE JUDGEMENTAL, YOU'D NEVER KNOW WHAT THEY'VE GONE THROUGH'. 

Seriously. Aku buat macam-macam assumption. Kenapa makcik tu perlu buat part time jadi cleaner sedangkan dia adalah seorang guru? Bukan aku nak cakap keje cleaner tu tak bagus atau ape. Ya, aku tahu keje cleaner pon keje halal, so what's the fuss kan. Bukan itu isunya, isunya apa yang menyebabkan sampai dia sanggup bekerja sebagai cleaner? Dia tak takot ke anak murid dia nampak dia nanti? Ape persepsi murid-murid dia nanti? Entahlah. Mungkin aku yang terlampau banyak berfikir. Dan mungkin jugak, keje sebagai seorang guru, meskipon mulia, namun bayaran yang diterima mungkin tak setimpal sehingga makcik tersebut terpaksa mencari keje lain untuk menyara hidup.

Mungkin jugak, Allah saje je nak temukan aku dengan situasi tersebut agar aku tak berasa terlampau selesa dengan ape yang aku ada skang. Tiada ape yang kekal, aku tahu. Every single thing dalam kehidupan kita sbnanye berubah, termasuk hati kita sendiri. Aku sayu bila aku tengok makcik tu menyapu, ya aku tau dia bukannya harapkan simpati aku. Tapi, aku tak dapat tahan perasaan aku. Macam mane kalau yang menyapu tu ibu aku sendiri? Macam mane kalau yang menyapu tu diri aku sendiri? Macam mane? Cukup bersediakah untuk aku terima kenyataan hidup yang perit dan pahit bagi seorang yang dah terbiasa hidup dalam zon selesa macam aku ni?

***
mode merajuk lagi. kahkahkah!

On that very saturday, my mom texted me asking every single details about the trip to Terengganu. After I managed to clear all her doubts, she said then, 'Okay la, ibu izinkan angah pegi. Jaga akhlak, jaga solat, jaga diri kat rumah orang.' She might not know this, but deep inside, I always long for their blessings for theirs is Allah's. And they might not know this as well, but deep, deeper inside, I always love them, for they're the greatest gift that He ever gave me. :')

Thursday, January 19, 2012

Kasih sampai syurga 3~

Pintu bilik semi-kritikal dibuka. Sebuah katil ditolak keluar. Terbaring lemah saudara sedarah sedagingku di atas katil dengan mata yang terpejam. "Wad 4A, Puan." Ringkas atendan memberitahu ibu ke mana katil adik akan dibawa.

"Ibu, ada orang nak kena tunggu adik ke malam ni?" Rasa macam dah tak boleh nak bukak mata dah. Nak je balik rumah saat tu jugak. Tapi, ibu steady je. Agaknya itulah orang kata, kasih sayang seorang ibu ni memang tiada tolok bandingnya.

"Ibu pon taktau. Tapi, kalau kena tunggu, sape nak tunggu ye? Kakak?"
"Ish ape pulak. Orang nak balik la. Dah lah tak prepare pape."
"Dah tu, takkan ibu pulak? Ibu tak selesa la tido kat hospital." 

Masa adik bermastautin kat hospital sebab buat kimoterapi, aku adik beradik bergilir-gilir teman tido kat hospital. Ibu dengan ayah datang teman masa siang je. Yelah, orang tua mane selesa nak tido kat hospital kan. Dah lah sejuk sampai ke tulang hitam pastu kena tido atas kerusi malas pulak tu. Tapi, aku tahu walaupon diorang tido kat rumah, tapi tido tu mesti tak penah lena.

"Haaa, kalau kena jaga malam ni, Along jela yang tinggal. Lagipon, esok kan Along cuti." Dengan mata yang merah, menahan kantuk tahap dewa, Along pon bagi alasan, "Alaaa... Along tak mandi lagi la. Rimas ni. Dengan bateri henpon dah habis. Esok pagi-pagi jela kita datang balik. Tak boleh ke bu?" Ibu diam lalu masuk ke dalam wad untuk berurusan dengan nurse dan doktor. Lama. Aku dengan Along pon since dua-dua dah tak dapat tahan ngantuk, hentam je baring kat tempat duduk, luar wad, depan lif.

Agak-agak lelap mata tu memang sampai sempat jugak la mimpi sepam dua, ibu keluar. "Ibu rase kita takyah jaga dia la malam ni. Ibu dah cakap dah kat adik tadi yang esok pagi-pagi lepas subuh ibu datang. Dia cakap ok je. Dah, jom balik." Aku dengar ibu berborak dengan Along pasal keadaan adik, tapi mata yang bagai di-staple membuatkan aku langsung mamai dan tak paham sepatah haram. Semua cerita tu pon selamatlah masuk dalam mimpi indah (?) aku.

***

Satu lagi suapan trifle dibawa masuk ke dalam mulut dengan mata yang masih melekat tengok citer omputeh. Lagu 'Ayah & Ibu' berkumandang memecah sunyi. Memang takde orang lain la yang tepon aku kalau keluar ringtone ni. Kalau bukan ibu, mesti ayah. Kalau bukan ayah, ibu la jawabnya. "Hello bu..." Haaa, kan dah kata, ibu!

"Kakak, adik masuk ICU pagi ni. Dia takleh nak bernafas."
Fikiran aku macam takleh nak digest apa yang ibu baru cakap tadi. Sebab tak synchronize kot dengan nada suara ibu yang tenang. Macam rilek gila anak dia masuk ICU. 
"Bila masuk?"
"Baru je. Tu yang ibu nak gtau kakak ni. Along dah bangun belum?"
"Kakak dah kejut tadi. Takpela. Nanti kakak kejut lagi, pastu kitorang pegi sana."

Trifle terus dimasukkan balik ke dalam peti sejuk. Kaki yang menggeletar digagahkan jugak untuk mendaki anak tangga. Pintu bilik Along diketuk. Jantung yang berdegup kencang takyah cakap la. Satu, sebab berita yang ibu baru gtau tadi. Dua, ingat tak mengah ke kalau kena daki 32 anak tangga in one shot?

Ish dia ni dah la susah gila nak bangun. Ketuk sampai rasa macam nak pecah pintu pon boleh tak dengar lagi. Sengal ayam belanda betul. "Long, adik masuk ICU!" Jalan terakhir - jerit dari luar bilik. Kedengaran keriuk katil dan derap kaki berlari membuka pintu. Tahu gelabah. "Haaa? Adik masuk ICU?" Mata yang mamai membulat. "Haah. Cepatlah siap. Jom pegi hospital."

***
Ibu dengan ayah melambai dari tingkat atas, menunjukkan bahawa aku dengan Along kena naik atas. "Adik macam mane bu?" Along terus bertanya. Ayah menghulurkan pass untuk kitorang masuk dalam ICU. Ayah kata, boleh masuk dua orang je at a time. Aku pon dengan langkah yang berat masuk dalam ICU. Airmata ditahan-tahan supaya tak mencabuli pipi ini. 

Adik katil nombor 10. Okay, dah jumpa. Hanya Allah yang tahu perasan seorang kakak yang melihat adik bongsunya terbaring kaku dan bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Bermacam-macam mesin dan wayar berselirat yang disambungkan pada badan seorang budak lelaki berusia 13 tahun adalah sangat menyedihkan. Adik, masih begitu. Lemah. Selemah-lemahnya. Allah... Hanya Allah yang dapat baca perasaan aku pada saat itu.

"Adik, kakak datang ni..." Tangannya yang sejuk kuambil dan usap lembut. Penuh hati-hati, bimbang terapa-apakan tiub yang dicucuk pada tangan. Along diam membungkam. Empangan airmata aku dah lama pecah, tanpa sempat ditahan-tahan lagi. Allah... Tolonglah selamatkan adik aku, Ya Allah. Rasa macam belum bersedia untuk menerima kehilangan orang yang disayangi. Along datang dan memelukku, cuba untuk menenangkan hati yang sedang rawan. Pertama kali dalam sejarah hidup aku dipeluk sebegitu rupa oleh abang sendiri. Awkward, but warm. Siblings' love.

"Dah... Dah lah tu... Adik okay punya nanti..." Along mengusap lembut bahu dan kepalaku.

Aku mengesat airmata dan mencium pipi adik. Menyesal pulak taknak teman malam semalam. Melimpah ruah rasa sayang pada seorang insan yang bernama adik. Dalam sedu aku berbisik, "Adik, kakak... Kakak... Kakak sayang adik..."

Sunday, January 8, 2012

For you who called 'anak' to read~


Sungguh, aku manusia biasa. Bila ibu dengan ayah marah aku, aku marah jugak. Dalam hati. Aku mencarut dalam hati. Aku maki dalam hati. Darah muda, KONON. Sedangkan yang aku kotorkan adalah hati aku, sendiri. Bukan hati orang lain yang hitam, tapi hati aku yang legam. Setan beratur sakan amek turn nak hasut aku, terus memaki dan mencaci ibu sendiri, ayah sendiri. Allah... Derhakanya aku! Kalau diletakkan antara aku dengan Si Tenggang, aku lebih hina gamaknya. Allah... T____T

Sebab tu, aku rase aku perlu untuk jadi anak yang solehah dulu, sebelum aku dapat menjadi isteri yang solehah kepada seorang lelaki yang bernama suami, dan ibu untuk anak-anak yang soleh dan solehah. Dalam percubaan aku, aku akui aku seringkali tersungkur, seringkali tewas dalam hasutan setan untuk melawan kata-kata ibu dan ayah. Sedangkan aku perlu tahu bahawa redha ibu dan ayah tu redha Allah. Sungguhlah... Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu, seorang ayah, tak sanggup untuk melihat anaknya hanyut ke neraka, hingga sanggup menahan segala perasaan benci seorang anak dan terus mengajak ke arah kebaikan.


p/s: lagu yang mendayu dalam video menambah efek sebak seorang anak yang keji.


Aku patut takut bila redha Allah tak bersama aku,
Untuk aku patut takut bila ibu & ayah tidak lagi meredhai aku. :(

Thursday, December 29, 2011

Kasih sampai syurga 2~

"Dah masak?"
"Belum lagi. Tengah tunggu nasi masak."
"Cepatlah sikit. Adik dah lapar ni."
"Iye, orang tau la. Eh, hari ni kakak nak buat nasi goreng pataya. Adik suka tak?"
"Suka, cepat sikit. Dah la tekak adik sakit ni."

Adik duduk di atas kerusi yang boleh dibaringkan. Picu ditarik dan kerusi duduk bertukar menjadi kerusi baring. Tangannya diletakkan di atas leher, cuba memicit-micit bahagian yang terasa sakit. Mata kemudiannya dipejam perlahan. Kakak sedang tekun menghadap laptop, sibuk dengan kehidupan alam mayanya. Kedengaran enjin kereta masuk ke perkarangan rumah. Eh, ibu dah balik. Kakak bergegas bangun dan membukakan pintu untuk ibu lantas terus ke dapur. Erk. Macam mana boleh terlupa nak tekan suis ni. Habislah tak masak lagi nasi aku. Kesian adik, kena tunggu sikit lagi.

"Kakak, tolong amek barang dalam kereta."
"Ibu, adik kata dia sakit tekak."

Ibu mendemah dahi adik. Panas. "Adik dah makan belum?" Adik menggeleng. "Kakak buat bubur eh?" Geleng lagi. "Dah tu, nak makan nasi goreng pataya jugak ke?" Angguk. "Dik, baring dalam bilik eh. Jom..." Ibu memapah adik ke bilik tidurnya di belakang.

***
Kakak membawa sepinggan nasi goreng pataya ke dalam bilik adik untuk menunjukkan bahawa makanan sudah siap tetapi respon adik sangat lemah, hatta untuk membuka mata dia tak terdaya. Dahi didemah, masih lagi panas. Demam panas agaknya adik ni. Dengan rekod sebagai seorang pesakit kanser memungkinkan sistem pertahanan badannya tidak mampu melawan demam yang menyerang.

Usai solat maghrib, pintu diketuk. Memang takde orang lain yang akan ketuk selain ibu. "Kakak, kita bawak adik pegi klinik la." Ibu mencadangkan. Aku terus pergi ke bilik adik untuk melihat keadaannya.

"Nape taknak bawak pegi hospital je?"
"Hurmmm... Ibu mula-mula ingat nak bawak pegi Az-Zahrah tapi ibu takut kalau adik kena tahan wad, kena bayar la pulak. Kita bawak pegi Hospital Putrajaya jela, eh?"
"Okay. Kakak pegi bersiap jap."

***
Baru je nak keluar dari Bangi menuju ke Putrajaya, Along telefon, katanya dia tak bawak kunci dan meminta ibu tunggu di stesen minyak berdekatan. Ibu suruh kakak keluarkan kunci rumah untuk diberikan kepada Along sebaik sahaja dia sampai nanti. Dalam 10 minit menunggu, ibu mula bising kerana risau keadaan adik yang semakin lemah di tempat duduk belakang.

"Haa, tu Along." Sebuah Viva berhenti di belakang kereta yang dipandu ibu. Along keluar dan bersalaman dengan kawan yang menumpangkannya dan menuju ke arah kami. Along membuka pintu driver dan menyuruh kakak duduk di belakang. Ibu yang mula berasa pelik bertanya, "Along nak pegi mana?" Along tanpa banyak soal mengatakan bahawa dia mahu ikut sekali ke hospital.

"Along kata Along balik lewat hari ni."
"Taktau kenapa tapi Along tak sedap hati, tu yang balik awal."
"Ibu ingatkan Along nak balik rumah terus, makan, rehat."
"Adik kenapa, bu?"
"Demam panas."

***
Along memberhentikan kereta di bahagian Kecemasan dan Trauma. Selepas melalui peringkat triage, adik dipanggil masuk ke kawasan semi kritikal. Tak berapa lama kemudian, waris adik (ibu) dipanggil masuk. Menurut ibu, adik dimasukkan air di kiri dan kanan tangannya. Two bottles at a time. Mungkin sebab panas sangat. Riak muka ibu yang tenang langsung tidak menggambarkan keseriusan sakit yang sedang adik tanggung.

Oleh sebab Along bergegas mengikut ke hospital, dengan baju uniform kerja dan perut yang belum berisi membuatkan ibu menyuruh kami pergi ke kedai makan berdekatan. Sebaik sahaja sampai di hospital selepas mengisi perut yang kosong, ibu memaklumkan bahawa adik akan dimasukkan ke wad.

Melihat keadaan adik yang lemah, menumpahkan seluruh rasa sayang aku padanya. Walaupon selalu je bergaduh dan berbalah, namun rasa sayang yang mengalir dalam darah yang sama tak mampu dinafikan.

Monday, December 26, 2011

Kasih sampai syurga 1~

"Ingat ni kakak. Redha ibu dengan ayah ni adalah redha Allah. Jangan jadi anak derhaka." 

Matanya masih menekur lantai. Tak sanggup rasanya untuk bertentang mata dengan empunya sepasang mata yang sedang galak dicabuli dengan linangan air mata yang mencurah-curah. Terasa tujuh lapisan langit menghempap dan memberat di pundak. Maafkan kakak, ibu. Kakak tahu kakak salah. Tapi kakak ego, susah nak mengaku tu salah kakak. Hatinya diruntun pilu. Melihat satu-satunya ibu yang melahirkannya mengalirkan air mata. Dan yang lebih menyedihkan apabila dia merupakan penyebab kepada air mata tersebut. Dan air mata itu bukanlah air mata kegembiraan.

"Ibu tak tahu la. Kakak pandai-pandailah fikir. Dah besar kan." Kaku. Hanya kedengaran tapak kaki ibu meninggalkannya yang masih dipaut rasa bersalah setinggi Everest.

'Maafkan kakak, ayah. Kakak tahu kakak tak sepatutnya buat macam tu. Ayah balik la, makan kat rumah.' Butang send ditekan. Terasa agak berdebar menanti balasan daripada ayah. Sudi ke ayah nak balas mesej aku? Tak marah ke ayah kat aku? Ayah dah makan ke belum? 1001 persoalan menerjah fikirannya.

Bunyi lagu menandakan ada mesej yang masuk. 'Ayah dah makan.' Balasan yang ringkas membuatkan hatinya dipagut rasa bersalah yang berganda. Dengan air mata yang berlinangan, satu persatu butang keypad ditekan. 'Ayah maafkan la kakak. Kakak betul-betul mintak ampun. Ayah balik la makan. Kalau tak sudi makan kakak masak, ibu kate dia nak masak. Ayah balik la.' Air mata dikesat dengan hujung baju. Butang send ditekan, menanti balasan.

'Ayah maafkan. Sebab neraka tu amat dahsyat. Ayah dah makan. Simpan petang je.' Luruh jantungnya, pilu hatinya membaca balasan mesej daripada seorang ayah. Begitu kasih seorang ayah sehingga sanggup merendahkan ego, menolak rasa marah - sudi memaafkan puteri kesayangan dengan alasan dia tak sanggup melihat anaknya diseksa di neraka.

"Kalau ayah accident masa keluar tadi, kakak nak tanggung dosa sepanjang hidup sebab tak sempat mintak maaf kat ayah?" Suara ibu terngiang-ngiang di telinga. Memang itulah yang difikirkan semenjak saat ayah keluar dari rumah, membawa hati yang rawan kerana seorang anak - dan anak tersebut adalah dia.

***

Aku harap aku maseh diberi ruang dan peluang untuk memohon ampun atas segala dosa aku kat ibu dan ayah. Sampai satu ketika aku rase biarlah aku yang mati dulu, supaya ibu dengan ayah maseh boleh memaafkan aku sebab dorang maseh hidup. Berbanding kalau dorang mati dulu dan aku tak sempat nak mohon ampun, mane letaknya tempat aku kelak? Neraka? Nauzubillah~

Aku mungkin susah untuk ungkapkan rasa sayang, penghargaan, terima kasih dan maaf. Mungkin kerana ego yang tinggi melangit. Mungkin kerana ketidakbiasaan. Tapi ketahuilah, jauh di lubuk hati aku, aku sentiasa mengharapkan kalian sentiasa memaafkan salah aku, tidak meletakkan aku sebagai anak derhaka, mendoakan kehidupan aku dirahmati dan diberkati, dan aku serius sangatlah menyanyangi kalian. Cuma, adalah sangat sukar untuk menuturkan kesemua itu. T___T



Melihat kelemahan yang ada sebagai seorang anak,
Menjadikan aku takut untuk punya anak sendiri.
Perlu menjadi anak yang solehah,
Untuk menjadi isteri yang solehah,
Dan ibu kepada anak-anak yang soleh dan solehah. :')