Showing posts with label feelings. Show all posts
Showing posts with label feelings. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Kasih sampai syurga 4~

"Kakak, nanti bila adik dah sihat, kita pegi makan aiskrim eh." pinta adik dalam suara yang lirih, membuatkan kolam airmata yang sudah kering basah kembali.

Aku mengangguk perlahan. Sebuah senyuman manis cuba diukir pada raut yang sedih.

"Dah, tak payah fikir benda lain dulu. Yang penting, adik makan ubat, dengar cakap doktor, bolehlah keluar hospital cepat." Kepala adik diusap lembut.

"Kakak, nanti buatlah trifle. Adik teringin nak makan."

Aku hanya memandang dengan pandangan yang tidak mampu ditafsirkan. Bimbang andai permintaan ini adalah permintaan terakhir daripada adik. Pada masa yang sama, bimbang jika tidak dapat menunaikan permintaan tersebut.

"Ish, kan kakak dah cakap takyah fikir. Dah. Rehatlah dulu. Kakak nak pegi solat jap."

Terus aku mengambil kain telekung yang diletakkan dalam laci di sebelah katil. Tiba-tiba aku merasakan seperti pergelangan tanganku dipaut. Aku lantas menoleh pada adik yang sedang berbaring. Ekspresi wajahku menghantar persoalan 'kenapa' padanya dijawab dengan senyuman nipis. "Thanks, kakak. Adik pun sayang kakak jugak." Lalu memelukku yang masih kaku dan bingung dengan perlakuannya. "Dah lah. Jangan menangis. Cepatlah pegi solat. Boringlah duduk sorang-sorang ni." Adik melepaskan pelukan dan membawa keluar Blackberry dari bawah bantalnya.

Aku mengangguk sebelum berjalan ke surau dengan perasaan yang bingung dan bimbang dengan tindakan adik yang pelik-pelik. Sambil galak berdoa pada Tuhan janganlah perkara yang tidak-tidak berlaku pada adik bongsu yang aku sayangi, aku percepatkan langkah ke surau yang terletak pada aras yang sama. Ingatanku melayang pada perbualan dengan ayah setahun yang lalu.

***

"Ayah nak bagitahu Kakak something ni." Mukaddimah daripada ayah cukup untuk membuatkan dadaku berdegup pantas sepantas terjunan air.

"Adik tu...tak lama dapat hidup. Dia ada kanser. Jadi, kalau dia nak apa-apa tu, kalau boleh tunaikanlah."

Allah! Dugaan apakah ini Ya Allah... Airmata yang bertakung di pinggir mata disekang daripada tumpah menyembah bumi.

"Bila dapat tahu? Betul ke?" soalku bodoh. Seolah-olah menunjukkan bahawa aku tak percaya akan hakikat.

"Hari tu." jawab ayah pendek. Cukup untuk membuatkan hatiku diruntun sayu dan disayat pilu.

Thursday, January 19, 2012

Kasih sampai syurga 3~

Pintu bilik semi-kritikal dibuka. Sebuah katil ditolak keluar. Terbaring lemah saudara sedarah sedagingku di atas katil dengan mata yang terpejam. "Wad 4A, Puan." Ringkas atendan memberitahu ibu ke mana katil adik akan dibawa.

"Ibu, ada orang nak kena tunggu adik ke malam ni?" Rasa macam dah tak boleh nak bukak mata dah. Nak je balik rumah saat tu jugak. Tapi, ibu steady je. Agaknya itulah orang kata, kasih sayang seorang ibu ni memang tiada tolok bandingnya.

"Ibu pon taktau. Tapi, kalau kena tunggu, sape nak tunggu ye? Kakak?"
"Ish ape pulak. Orang nak balik la. Dah lah tak prepare pape."
"Dah tu, takkan ibu pulak? Ibu tak selesa la tido kat hospital." 

Masa adik bermastautin kat hospital sebab buat kimoterapi, aku adik beradik bergilir-gilir teman tido kat hospital. Ibu dengan ayah datang teman masa siang je. Yelah, orang tua mane selesa nak tido kat hospital kan. Dah lah sejuk sampai ke tulang hitam pastu kena tido atas kerusi malas pulak tu. Tapi, aku tahu walaupon diorang tido kat rumah, tapi tido tu mesti tak penah lena.

"Haaa, kalau kena jaga malam ni, Along jela yang tinggal. Lagipon, esok kan Along cuti." Dengan mata yang merah, menahan kantuk tahap dewa, Along pon bagi alasan, "Alaaa... Along tak mandi lagi la. Rimas ni. Dengan bateri henpon dah habis. Esok pagi-pagi jela kita datang balik. Tak boleh ke bu?" Ibu diam lalu masuk ke dalam wad untuk berurusan dengan nurse dan doktor. Lama. Aku dengan Along pon since dua-dua dah tak dapat tahan ngantuk, hentam je baring kat tempat duduk, luar wad, depan lif.

Agak-agak lelap mata tu memang sampai sempat jugak la mimpi sepam dua, ibu keluar. "Ibu rase kita takyah jaga dia la malam ni. Ibu dah cakap dah kat adik tadi yang esok pagi-pagi lepas subuh ibu datang. Dia cakap ok je. Dah, jom balik." Aku dengar ibu berborak dengan Along pasal keadaan adik, tapi mata yang bagai di-staple membuatkan aku langsung mamai dan tak paham sepatah haram. Semua cerita tu pon selamatlah masuk dalam mimpi indah (?) aku.

***

Satu lagi suapan trifle dibawa masuk ke dalam mulut dengan mata yang masih melekat tengok citer omputeh. Lagu 'Ayah & Ibu' berkumandang memecah sunyi. Memang takde orang lain la yang tepon aku kalau keluar ringtone ni. Kalau bukan ibu, mesti ayah. Kalau bukan ayah, ibu la jawabnya. "Hello bu..." Haaa, kan dah kata, ibu!

"Kakak, adik masuk ICU pagi ni. Dia takleh nak bernafas."
Fikiran aku macam takleh nak digest apa yang ibu baru cakap tadi. Sebab tak synchronize kot dengan nada suara ibu yang tenang. Macam rilek gila anak dia masuk ICU. 
"Bila masuk?"
"Baru je. Tu yang ibu nak gtau kakak ni. Along dah bangun belum?"
"Kakak dah kejut tadi. Takpela. Nanti kakak kejut lagi, pastu kitorang pegi sana."

Trifle terus dimasukkan balik ke dalam peti sejuk. Kaki yang menggeletar digagahkan jugak untuk mendaki anak tangga. Pintu bilik Along diketuk. Jantung yang berdegup kencang takyah cakap la. Satu, sebab berita yang ibu baru gtau tadi. Dua, ingat tak mengah ke kalau kena daki 32 anak tangga in one shot?

Ish dia ni dah la susah gila nak bangun. Ketuk sampai rasa macam nak pecah pintu pon boleh tak dengar lagi. Sengal ayam belanda betul. "Long, adik masuk ICU!" Jalan terakhir - jerit dari luar bilik. Kedengaran keriuk katil dan derap kaki berlari membuka pintu. Tahu gelabah. "Haaa? Adik masuk ICU?" Mata yang mamai membulat. "Haah. Cepatlah siap. Jom pegi hospital."

***
Ibu dengan ayah melambai dari tingkat atas, menunjukkan bahawa aku dengan Along kena naik atas. "Adik macam mane bu?" Along terus bertanya. Ayah menghulurkan pass untuk kitorang masuk dalam ICU. Ayah kata, boleh masuk dua orang je at a time. Aku pon dengan langkah yang berat masuk dalam ICU. Airmata ditahan-tahan supaya tak mencabuli pipi ini. 

Adik katil nombor 10. Okay, dah jumpa. Hanya Allah yang tahu perasan seorang kakak yang melihat adik bongsunya terbaring kaku dan bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Bermacam-macam mesin dan wayar berselirat yang disambungkan pada badan seorang budak lelaki berusia 13 tahun adalah sangat menyedihkan. Adik, masih begitu. Lemah. Selemah-lemahnya. Allah... Hanya Allah yang dapat baca perasaan aku pada saat itu.

"Adik, kakak datang ni..." Tangannya yang sejuk kuambil dan usap lembut. Penuh hati-hati, bimbang terapa-apakan tiub yang dicucuk pada tangan. Along diam membungkam. Empangan airmata aku dah lama pecah, tanpa sempat ditahan-tahan lagi. Allah... Tolonglah selamatkan adik aku, Ya Allah. Rasa macam belum bersedia untuk menerima kehilangan orang yang disayangi. Along datang dan memelukku, cuba untuk menenangkan hati yang sedang rawan. Pertama kali dalam sejarah hidup aku dipeluk sebegitu rupa oleh abang sendiri. Awkward, but warm. Siblings' love.

"Dah... Dah lah tu... Adik okay punya nanti..." Along mengusap lembut bahu dan kepalaku.

Aku mengesat airmata dan mencium pipi adik. Menyesal pulak taknak teman malam semalam. Melimpah ruah rasa sayang pada seorang insan yang bernama adik. Dalam sedu aku berbisik, "Adik, kakak... Kakak... Kakak sayang adik..."

Tuesday, January 10, 2012

Posting VS Kawen~

Salam and greetings.

Skang ni, kat fesbuk aku merata orang up status pasal posting kat Sarawak. Dan yang lagi bestnye bila orang buat teori mudah, teori yang aku kira memang dah ada sejak dari zaman memula aku masuk blaja. Kot. Haha. Teorinya adalah; Kalau kau kawen, kau akan dapat posting tempat yang kau mintak, dan kalau kau bujang sila bersiap sedia untuk dihantar ke seberang Laut China Selatan. Ya, serius ini adalah teorinya. S.E.R.I.U.S. Haa, jangan sampai aku kepslok. Bila aku dah kepslok, korang agak sendiri la tahap keseriusannye. Kikiki.
sumber: gugel

So, untuk meneruskan kehidupan berdasarkan teori tersebut, maka ramailah yang maken susah hati bila maseh belum ber-title Puan di pangkal nama. Ada dua golongan yang susah hati. Satu, orang yang dah ada pakwe tapi maseh takde ikatan yang halal. Kedua, orang yang memang takdak calon langsung macam aku dan maseh seronok being single macam aku jugak. Tapi dalam kes aku, aku takde la nak kate susah hati sangat. In fact, memang aku ada niat nak pilih Sabah masa isi borang posting nanti. Shhhh, jangan gtau ibu tau! Nanti dia suro aku kawen cepat-cepat dengan memana anak kawan dia. Kahkahkah! Okay fine aku tau tak baik berangan macam ni. =.=

Abam-abam ni mesti nak posting Sabah kan? ^^ (sumber: gugel)

Aku sbnanye tak sangka jugak kemaen galak kerajaan pegi post beramai-ramai orang ke Sarawak tahun ni. Bajet-bajet time aku nanti, mesti dah penuh kan skola kat Sarawak. Ke tak? Kalau tak, parah jugak tu. Haaa, korang mesti nak cakap padan muka ke aku kan sebab tadi belagak no nak pegi Sabah. Haa, kan beza tu Sabah dengan Sarawak. Sarawak ni besau. Sabah kecik sket. So, baik negeri kecik. Takde la kemungkinan untuk dicampak ke pedalaman tu tinggi sangat. Hihi.
sumber: silampuneon.blogspot.com

Aku penah cakap kat ibu yang aku nak mintak posting Sabah. Dia macam biasa, mencebik adalah perkara pertama yang dia akan lakukan. Pastu, tetiba dia cakap macam ni, "Kawen dulu. Tak pon, kawen dengan orang Sabah." 



A.......PE? 


KA.........WEN???

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Kahkahkah. Gatal merenyam betei. Tapi percayalah ni bukan diri aku yang sebenar. Kalau di alam realiti, aku tak macam ni. Aku...lebih gatal. Mwahahahaha. Biasalah. Duduk kat tempat banyak nyamuk membiak. Ni yang malas nak dok pedalaman nanti. -.- 

Pape pon, aku nak ucap tahniah la kat kakak-kakak yang berjaya menempatkan diri di seberang Laut China Selatan dan di mana-mana saje anda berada. Adakah anda sudah bersedia? Bersedia atau tidak, duduk saje di pedalaman itu! Kikiki.








p/s: Okay jugak bajet ceni. Kumpul duet setahun keje kat Sabah, dah boleh buat majlis grand. Kahkahkah!


Friday, January 6, 2012

Entri yang super boring~

Salam and greetings.

Mungkin entri aku kali ni akan sedikit bosan, ahh bukan sedikit tapi sememangnya bosan, so aku tak paksa untuk korang baca. Aku paham la sebab benda yang serius dan tak ber-genre humor tak ramai yang gemar. Cuma, aku tetap nak kongsikan walaupon korang rase meluat lalu blah. Ya, sape la aku untuk halang korang... =.=

Ada tak dalam kehidupan mana-mana manusia yang dia tak penah gagal? Hatta perkataan gagal pon dia tak penah dengar, apatah lagi untuk mengalaminya. Tiada istilah gagal dalam kamus hidupnya. Yang berlaku dalam hidupnya adalah kejayaan yang berturut. Selepas satu, satu, dan begitulah kejayaan akan berlaku dalam hidupnya setiap hari, setiap masa. Ada ke? Aku taktau la kalau manusia macam ni memang wujud tapi bagi aku, kehidupan yang dia sedang lalui adalah sangat mendatar, tak mencabar dan membosankan. Graf kehidupannya takde turun naik - sebaliknya mendatar semata.

(sumber: gugel)

Baiklah, dari perspektif aku sebagai seorang manusia yang dilahirkan sebagai seorang Islam, aku punya kepercayaan - Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa. In case ada yang taktau Esa tu merujuk kepada ape, so aku boleh terjemahkan dalam perkataan yang lebih mudah - The One and Only. Errr, ke macam lebih komplikated? Hukhuk. T____T

Aku sedih tengok manusia skang ni (termasuklah diri aku) yang dengan mudah meletakkan dunia di hadapan, lalu meninggalkan apa yang lebih abadi di mana aku pon taktau. Macam aku penah mention sebelum ni, aku serius tak alim, tak bertudung labuh, selalu huha huha, hampeh dan pape jela sifat-sifat yang sewaktu dengannya. Rasenye dengan sifat yang ada kat aku tu tak menjadikan aku layak untuk menasihati orang lain ke arah kebaikan. Sepatutnya, aku melakukan perubahan pada diri aku dulu, baru la orang kalau nak dengar cakap aku pon, bila tengok diri aku yang hampir sempurna, ada rase nak ikot kan. 

Tapi, kalau nak tunggu sampai macam tu, memang sampai sudah la takkan ada orang yang layak berpesan-pesan, mengingatkan, menegur, menasihati, sebab takde sape yang sempurna dan takde sape yang AKAN sempurna. Setiap daripada kita melakukan kesilapan, kesalahan, dosa dan maksiat. Takde sorang pon yang penah terlepas. Atas dasar itu jugaklah Allah sentiasa bukakan ruang untuk kita bertaubat. Sepanjang masa, setiap masa, bila-bila masa. Jadi, perkara yang baik ni adalah lebih baik kita dengar pada apa yang dikata, bukan pada siapa yang berkata.

Ada pulak yang baca entri aku ni nanti ingat aku dah buang tebiat, ekstrim, sebanistas dan banyak lagi. Masalah kan dunia skang? Bila berpesan pada kebaikan, akan  dipandang serong. Bila mengajak pada kejahatan, akan diangkat dan dipuja bagai nak gila. HAHA. Sangat pelik. Dan aku bertambah-tambah pelik dengan pesen manusia yang sentiasa mempertikaikan dan tak penah lekang pertanyaan 'KENAPA' atas tiap-tiap sesuatu yang Allah nyatakan.

Contohnya, bila Allah larang kita minum arak atau pape yang boleh membawa erti yang sama, mesti ada sesuatu yang mungkin tidak kita ketahui. Tak boleh ke kita berpegang teguh dengan kalamullah? Perlu ke kita persoalkan setiap perkara? Adakah kita lebih bijak dan lebih mengetahui daripada Allah yang Maha Mengetahui?

Korang mungkin tak sedar tapi bila kita sentiasa fikir apa yang melebihi batas pemikiran kita, kita boleh terpesong akidah. Aku bukan suka-suka nak kate korang kapir laknat ke ape, tapi inilah hakikatnya. Akidah kita boleh terpesong tanpa kita sedari disebabkan terlampau banyak yang kita persoalkan. Sedangkan soal agama bukan soal logik akal - ia soal iman, kepercayaan. Ada perkara yang boleh kita kaitkan dengan pemikiran yang logik tapi ada jugak perkara yang kita perlu dengar dan taat kerana ia adalah perintah/larangan daripada yang Maha Kuasa. Siapa kita untuk membangkang? Siapa kita? Kalau Allah tarik satu saat je oksigen daripada kita, akan terkulai la jasad kaku seorang kufur. Takkan ada yang mustahil bagi Dia. Itu pon kita rase kita lagi power daripada Allah, maseh nak persoal itu ini.

Aku takot. Serius aku takot. Aku takot bila aku tak tules macam ni, nanti Allah akan persoalkan satu persatu amalan aku kat dunia ni, dan blogging pasti tak terlepas. Aku takot bila aku tahu medium ni aku boleh gunakan untuk tarik orang ke arah kebaikan, aku salah gunakan dan menolak orang ke lembah yang lebih hina. Dan aku paling takot tengok orang yang menggunakan kecanggihan teknologi untuk membuat lebih banyak dosa halus - memfitnah, menjaja aib, memesongkan akidah dsbnya. Dan kebanyakan yang buat tu bukannya orang kafir, tapi orang yang pada kad pengenalannya tertera agama : ISLAM.

Aku lebih suka gunakan pendekatan - Takde guna berdebat dengan orang jahil sebab diorang berdebat bukan untuk mencari kebenaran tapi adalah untuk menang semata-mata. Pesen orang macam ni, kau lawan la macam mana pon, ada je alasan demi alasan dia akan bagi sebab yang dia nak adalah kemenangan dalam perdebatan tersebut dan bukannya mencari apakah kebenaran di sebalik sesuatu. Ya, hidayah itu milik Allah. Tapi kalau tak usaha untuk tu, ingat Allah senang-senang nak bagi? Dah memang lumrahnya, kita usaha - insyaAllah Dia bagi. Maka mana satu antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?

Maaf, aku hanya tak sanggup lihat orang yang aku sayang hanyut dalam bisikan syaitan. Aku tau aku tak layak nak tules macam ni, jadi aku mohon maaf sekali lagi. Tapi tiada sape yang lebih layak untuk menggerakkan aku tules macam ni melainkan Allah. Sebab aku tak penah sempurna dan tak akan penah sempurna, maka atas dasar ketidaksempurnaan inilah aku terus-terusan menjadi hamba-Nya yang kerdil lagi hina.

(sumber: gugel) 

Biar dicemuh manusia kerana mereka hanya manusia, sama seperti kita.
Tapi kalau dicemuh Pencipta manusia tu, nerakalah tempat kita.
Wallahualam~

Thursday, December 29, 2011

Kasih sampai syurga 2~

"Dah masak?"
"Belum lagi. Tengah tunggu nasi masak."
"Cepatlah sikit. Adik dah lapar ni."
"Iye, orang tau la. Eh, hari ni kakak nak buat nasi goreng pataya. Adik suka tak?"
"Suka, cepat sikit. Dah la tekak adik sakit ni."

Adik duduk di atas kerusi yang boleh dibaringkan. Picu ditarik dan kerusi duduk bertukar menjadi kerusi baring. Tangannya diletakkan di atas leher, cuba memicit-micit bahagian yang terasa sakit. Mata kemudiannya dipejam perlahan. Kakak sedang tekun menghadap laptop, sibuk dengan kehidupan alam mayanya. Kedengaran enjin kereta masuk ke perkarangan rumah. Eh, ibu dah balik. Kakak bergegas bangun dan membukakan pintu untuk ibu lantas terus ke dapur. Erk. Macam mana boleh terlupa nak tekan suis ni. Habislah tak masak lagi nasi aku. Kesian adik, kena tunggu sikit lagi.

"Kakak, tolong amek barang dalam kereta."
"Ibu, adik kata dia sakit tekak."

Ibu mendemah dahi adik. Panas. "Adik dah makan belum?" Adik menggeleng. "Kakak buat bubur eh?" Geleng lagi. "Dah tu, nak makan nasi goreng pataya jugak ke?" Angguk. "Dik, baring dalam bilik eh. Jom..." Ibu memapah adik ke bilik tidurnya di belakang.

***
Kakak membawa sepinggan nasi goreng pataya ke dalam bilik adik untuk menunjukkan bahawa makanan sudah siap tetapi respon adik sangat lemah, hatta untuk membuka mata dia tak terdaya. Dahi didemah, masih lagi panas. Demam panas agaknya adik ni. Dengan rekod sebagai seorang pesakit kanser memungkinkan sistem pertahanan badannya tidak mampu melawan demam yang menyerang.

Usai solat maghrib, pintu diketuk. Memang takde orang lain yang akan ketuk selain ibu. "Kakak, kita bawak adik pegi klinik la." Ibu mencadangkan. Aku terus pergi ke bilik adik untuk melihat keadaannya.

"Nape taknak bawak pegi hospital je?"
"Hurmmm... Ibu mula-mula ingat nak bawak pegi Az-Zahrah tapi ibu takut kalau adik kena tahan wad, kena bayar la pulak. Kita bawak pegi Hospital Putrajaya jela, eh?"
"Okay. Kakak pegi bersiap jap."

***
Baru je nak keluar dari Bangi menuju ke Putrajaya, Along telefon, katanya dia tak bawak kunci dan meminta ibu tunggu di stesen minyak berdekatan. Ibu suruh kakak keluarkan kunci rumah untuk diberikan kepada Along sebaik sahaja dia sampai nanti. Dalam 10 minit menunggu, ibu mula bising kerana risau keadaan adik yang semakin lemah di tempat duduk belakang.

"Haa, tu Along." Sebuah Viva berhenti di belakang kereta yang dipandu ibu. Along keluar dan bersalaman dengan kawan yang menumpangkannya dan menuju ke arah kami. Along membuka pintu driver dan menyuruh kakak duduk di belakang. Ibu yang mula berasa pelik bertanya, "Along nak pegi mana?" Along tanpa banyak soal mengatakan bahawa dia mahu ikut sekali ke hospital.

"Along kata Along balik lewat hari ni."
"Taktau kenapa tapi Along tak sedap hati, tu yang balik awal."
"Ibu ingatkan Along nak balik rumah terus, makan, rehat."
"Adik kenapa, bu?"
"Demam panas."

***
Along memberhentikan kereta di bahagian Kecemasan dan Trauma. Selepas melalui peringkat triage, adik dipanggil masuk ke kawasan semi kritikal. Tak berapa lama kemudian, waris adik (ibu) dipanggil masuk. Menurut ibu, adik dimasukkan air di kiri dan kanan tangannya. Two bottles at a time. Mungkin sebab panas sangat. Riak muka ibu yang tenang langsung tidak menggambarkan keseriusan sakit yang sedang adik tanggung.

Oleh sebab Along bergegas mengikut ke hospital, dengan baju uniform kerja dan perut yang belum berisi membuatkan ibu menyuruh kami pergi ke kedai makan berdekatan. Sebaik sahaja sampai di hospital selepas mengisi perut yang kosong, ibu memaklumkan bahawa adik akan dimasukkan ke wad.

Melihat keadaan adik yang lemah, menumpahkan seluruh rasa sayang aku padanya. Walaupon selalu je bergaduh dan berbalah, namun rasa sayang yang mengalir dalam darah yang sama tak mampu dinafikan.

Monday, December 26, 2011

Kasih sampai syurga 1~

"Ingat ni kakak. Redha ibu dengan ayah ni adalah redha Allah. Jangan jadi anak derhaka." 

Matanya masih menekur lantai. Tak sanggup rasanya untuk bertentang mata dengan empunya sepasang mata yang sedang galak dicabuli dengan linangan air mata yang mencurah-curah. Terasa tujuh lapisan langit menghempap dan memberat di pundak. Maafkan kakak, ibu. Kakak tahu kakak salah. Tapi kakak ego, susah nak mengaku tu salah kakak. Hatinya diruntun pilu. Melihat satu-satunya ibu yang melahirkannya mengalirkan air mata. Dan yang lebih menyedihkan apabila dia merupakan penyebab kepada air mata tersebut. Dan air mata itu bukanlah air mata kegembiraan.

"Ibu tak tahu la. Kakak pandai-pandailah fikir. Dah besar kan." Kaku. Hanya kedengaran tapak kaki ibu meninggalkannya yang masih dipaut rasa bersalah setinggi Everest.

'Maafkan kakak, ayah. Kakak tahu kakak tak sepatutnya buat macam tu. Ayah balik la, makan kat rumah.' Butang send ditekan. Terasa agak berdebar menanti balasan daripada ayah. Sudi ke ayah nak balas mesej aku? Tak marah ke ayah kat aku? Ayah dah makan ke belum? 1001 persoalan menerjah fikirannya.

Bunyi lagu menandakan ada mesej yang masuk. 'Ayah dah makan.' Balasan yang ringkas membuatkan hatinya dipagut rasa bersalah yang berganda. Dengan air mata yang berlinangan, satu persatu butang keypad ditekan. 'Ayah maafkan la kakak. Kakak betul-betul mintak ampun. Ayah balik la makan. Kalau tak sudi makan kakak masak, ibu kate dia nak masak. Ayah balik la.' Air mata dikesat dengan hujung baju. Butang send ditekan, menanti balasan.

'Ayah maafkan. Sebab neraka tu amat dahsyat. Ayah dah makan. Simpan petang je.' Luruh jantungnya, pilu hatinya membaca balasan mesej daripada seorang ayah. Begitu kasih seorang ayah sehingga sanggup merendahkan ego, menolak rasa marah - sudi memaafkan puteri kesayangan dengan alasan dia tak sanggup melihat anaknya diseksa di neraka.

"Kalau ayah accident masa keluar tadi, kakak nak tanggung dosa sepanjang hidup sebab tak sempat mintak maaf kat ayah?" Suara ibu terngiang-ngiang di telinga. Memang itulah yang difikirkan semenjak saat ayah keluar dari rumah, membawa hati yang rawan kerana seorang anak - dan anak tersebut adalah dia.

***

Aku harap aku maseh diberi ruang dan peluang untuk memohon ampun atas segala dosa aku kat ibu dan ayah. Sampai satu ketika aku rase biarlah aku yang mati dulu, supaya ibu dengan ayah maseh boleh memaafkan aku sebab dorang maseh hidup. Berbanding kalau dorang mati dulu dan aku tak sempat nak mohon ampun, mane letaknya tempat aku kelak? Neraka? Nauzubillah~

Aku mungkin susah untuk ungkapkan rasa sayang, penghargaan, terima kasih dan maaf. Mungkin kerana ego yang tinggi melangit. Mungkin kerana ketidakbiasaan. Tapi ketahuilah, jauh di lubuk hati aku, aku sentiasa mengharapkan kalian sentiasa memaafkan salah aku, tidak meletakkan aku sebagai anak derhaka, mendoakan kehidupan aku dirahmati dan diberkati, dan aku serius sangatlah menyanyangi kalian. Cuma, adalah sangat sukar untuk menuturkan kesemua itu. T___T



Melihat kelemahan yang ada sebagai seorang anak,
Menjadikan aku takut untuk punya anak sendiri.
Perlu menjadi anak yang solehah,
Untuk menjadi isteri yang solehah,
Dan ibu kepada anak-anak yang soleh dan solehah. :')

Wednesday, November 30, 2011

Blog dan rasa~

Salam and greetings.

Di saat aku buat keputusan untuk bukak balik blog ni dengan url yang berbeza, ada satu benda yang tak penah gagal selalu aku fikirkan. Perlu ke aku tules dengan gaya yang tak membawa pape kebaikan pada orang lain, atau aku perlukan satu anjakan paradigma; menules dengan gaya yang dapat bawa bukan saje orang lain malah diri aku sendiri ke arah kebaikan.

Malangnya, aku memang ada masalah bila aku dah mula menules. Iaitu, aku menules ape yang aku rase, bukan menules mengikut ape yang orang patot baca. Dan bila aku menules ape yang aku rase, secara tak langsung, penulisan aku akan berputar pada paksinya, paksi yang aku cipta sendiri, punya x dan y. Gila sudah bila masuk istilah matematik. Kahkahkah! Tapi, paksinya adalah kehidupan aku, ape yang berlaku di sekeliling aku, ape yang aku rase, ape yang aku fikir, ape yang aku alami. Bukan penulisan yang penuh dengan info, maklumat, eh info dengan maklumat sama tak? Huhu. 

Tapi itulah, bila tules pasal perasaan sendiri, ada orang berpendapat bahawa aku meroyan dan errr emo? Kikiki. Cuma, aku percaya setiap orang punya hak untuk meroyan dan emo, meski dalam dimensi yang berbeza. Sebab blog ni ramai je yang taktau, so tak ramai yang datang. Bila tak ramai datang, kuranglah ruang untuk orang bagi komen yang bukan-bukan. Bukan-bukan di sini bermaksud komen yang aku rase macam; 'Eh dah dia ni kenape? Nak komen ke nak saketkan hati aku?' Lebih kurang macam tulah ye, kawan-kawan.

Jadi, ape yang aku nak tules sbnanye ni? Gilost. Okaylah. Sudah cukup rasenye aku melalut untuk kali ni. Sebab ni blog aku, jadi ikot suka hati aku la dalam sehari bape kali aku nak mengarot atau dalam sebulan, langsung tak update. Ya, prinsip aku sangat mudah. Bila rase nak tules, tules. Kalau taknak, buat ape dipaksa. Sama macam perasaan yang ada. Tibahhhhhh jahhhhh~


Friends do come and go. 
Only the real ones will stay, 
But it's never been easy to find them.

Tuesday, November 29, 2011

Ramblings 1~


I'm not a big fan of them. But this song somehow has a very deep meaning. It hurts to hold the feelings of 'I like you but can never tell you'. Huh.