Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

For you who called 'anak' to read~


Sungguh, aku manusia biasa. Bila ibu dengan ayah marah aku, aku marah jugak. Dalam hati. Aku mencarut dalam hati. Aku maki dalam hati. Darah muda, KONON. Sedangkan yang aku kotorkan adalah hati aku, sendiri. Bukan hati orang lain yang hitam, tapi hati aku yang legam. Setan beratur sakan amek turn nak hasut aku, terus memaki dan mencaci ibu sendiri, ayah sendiri. Allah... Derhakanya aku! Kalau diletakkan antara aku dengan Si Tenggang, aku lebih hina gamaknya. Allah... T____T

Sebab tu, aku rase aku perlu untuk jadi anak yang solehah dulu, sebelum aku dapat menjadi isteri yang solehah kepada seorang lelaki yang bernama suami, dan ibu untuk anak-anak yang soleh dan solehah. Dalam percubaan aku, aku akui aku seringkali tersungkur, seringkali tewas dalam hasutan setan untuk melawan kata-kata ibu dan ayah. Sedangkan aku perlu tahu bahawa redha ibu dan ayah tu redha Allah. Sungguhlah... Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu, seorang ayah, tak sanggup untuk melihat anaknya hanyut ke neraka, hingga sanggup menahan segala perasaan benci seorang anak dan terus mengajak ke arah kebaikan.


p/s: lagu yang mendayu dalam video menambah efek sebak seorang anak yang keji.


Aku patut takut bila redha Allah tak bersama aku,
Untuk aku patut takut bila ibu & ayah tidak lagi meredhai aku. :(

Thursday, December 1, 2011

Tidak lagi merindui ombak~

Salam and greetings.

Aku rase dalam kehidupan ni, kita sbnanye serius kena sentiasa bersederhana. Tak kesahlah dalam hal ape sekali pon. Sebab sederhana ni merupakan satu tahap yang duduk dia adalah di antara lebih dan kurang. Jadi, kalau kita gagal untuk bersederhana, kita akan cenderung untuk berada pada tahap lebih atau tahap kurang.

Ceritanya, sebab expectation aku terlebih untuk filem Ombak Rindu, maka bila aku pegi tengok filem tu dan ia gagal mencapai tahap expectation aku, aku jadi kecewa. Padahal takde sorang pon pelakon dalam filem tu yang aku suka. Serius. Takde sorang pon. Walaupon berderet pompuan cakap Aaron Aziz tu charming, sorry not for me. Walaupon sejuta laki cakap Lisa Surihani tu comel, sorry not for me. And Maya Karin? Lagilah aku tak suka. Langsung tak pandai berlakon. Huh. Buat sepoil novel tu je. =.='

Manusia sbnanye memang suka mengharap, pastu bila ape yang diharapkan tu tak capai pada satu tahap yang dikehendaki, yang akan dirasa akhirnya adalah kecewa. Ya, itulah yang aku sedang rasekan skang. Dannn... Serius ianya tak seronok langsung. Okbai.



Aku tahu taste aku pelik.
Tapi, bukan ke sume orang punya taste memasing?
Sebab Allah tu kan Maha Bijak. :)