Wednesday, May 23, 2012

Soal jodoh, doa dan usaha~

Salam and greetings.

*serious mode activated*

Orang selalu cakap, tak payah susah-susah nak cari jodoh. Jodoh kan dah ditetapkan. Buat rilek sudahlah. Ya, ada betulnya. Namun, apa yang kita terlepas pandang tentang soal jodoh ini adalah konsep sebenar yang merujuk kepada persamaan dengan konsep rezeki. Orang kata, rezeki ada kat memana. Allah kata, bumi Dia luas, ceruk mana pun ada rezeki, celah mana pun Dia boleh turunkan rezeki. Betul. Soalan aku sekarang, ada tak Allah suruh kita duduk goyang kaki tak payah berusaha lalu dengan ajaibnya rezeki akan datang bergolek-golek kepada kita? Ada? Yang aku faham (betulkan kalau aku salah); adalah rezeki milik Allah, tapi usaha untuk dapatkan rezeki itu datang daripada diri kita.

Aku pernah baca - Kenapa jodoh yang ditetapkan jugak yang sibuk-sibuk kita cari, sedangkan hidayah yang patut kita cari takde pulak kita sibuk-sibuk cari? Itulah masalah orang kita sbnanye. Agama Islam adalah agama yang menyeluruh. Agama kita tak menyuruh kita melakukan satu kebaikan, lalu meninggalkan kebaikan yang lain. Bukankah agama kita menyeru kepada kebaikan? Jadi, tiada apa yang salah kalau kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, jodoh dan juga hidayah. Semuanya datang dalam satu perkataan - USAHA. Lucunya orang kita sekarang ni, bila diseru ke arah kebaikan, pasti akan ditohmah dan dikeji. 

Mana lagi baik - Bercinta tanpa ikatan yang sah atau bernikah pada usia muda? 

Anda sendiri pasti akan jawab yang lebih halal itu pastilah yang lebih indah. Jangan menolak fitrah dan fikrah kita sebagai manusia. Walaupun anda cuba untuk menidakkan hakikat, namun hakikat adalah hakikat. Sesuatu yang nyata. Bukan apa yang terluah dari kotak fikiran ikut akal logik semata.

"Ala weh. Kau doa jela dapat jodoh nanti. Ada jodoh, ada la."

Doa? Je? Usaha mana?

Aku bagi contoh -- Kalau kau cakap kita sibuk-sibuk doa untuk dapatkan jodoh tapi bukan hidayah, dua-dua perkara kau buat dengan doa. 

Kau doa siang malam untuk dikurniakan hidayah, tapi pada masa yang sama kehidupan kau diselubungi maksiat. Maka, soal aku sekarang - Adakah cukup sekadar berdoa, tanpa berusaha? 

"Harap-harap Allah bagi hidayah kat aku untuk terus mendekati-Nya."

Doa? Betul. Jadi, apa langkah seterusnya? Berusaha untuk terus mendekati-Nya. Bukan hanya terhenti pada sepotong doa. Kalau kita nak Allah sentiasa bagi hidayah kat kita, selain kita mintak (doa), kita sendiri kena berusaha mendekati-Nya. Maka, soal aku sekarang - Adakah cukup sekadar berdoa, tanpa berusaha?

"Mintak-mintaklah aku lulus with flying colors exam kali ni. Aminnnnn."

Doa? Amboi. Kemaen panjang aminnnn dia. Usaha ada tak? Kau doa siang malam mintak Allah bagi kau lulus exam, tapi buku langsung kau tak pernah sentuh, nota lagilah memang tak pernah wujud. Maka, soal aku sekarang - Adakah cukup sekadar berdoa, tanpa berusaha?

Stigma dan mentaliti sebegini yang melemahkan umat Islam sbnanye. Doa adalah senjata orang mukmin - apa yang ustazah aku pernah ajar masa aku berusia 8 tahun dulu. Sampai sekarang aku percaya. Tapi, apa maksud di sebaliknya adalah kuasa doa itu - kuasa Tuhan kita, yakni Allah. Untuk menentukan dan menetapkan adalah kerja Dia. Kerja kita? Ya. Berusaha.

Bila sampai satu tahap usia, kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa kita hendaklah menempuhi fasa tersebut - whether you like it or not. Maka, pada usia aku kini, fasa yang harus ditempuhi adalah soal jodoh. Orang bilang pada aku, tak payah sibuk mencari sebab nanti akan datang jodoh itu dengan sendiri. Aku bukanlah bighah sangat dok mencari jodoh je keje aku (most of the time aku bergurau bila cakap nak cari jodoh). Tapi selain doa, sbnanye aku percaya aku kena letakkan jugak usaha aku - kalau tak banyak, sedikit pun jadilah. Aku cuma nak pesan kat diri sendiri dan awak awak yang tengah baca ni, usaha tu boleh datang dari banyak aspek. What matters now is - either 'that' effort exists or not.


Analoginya begini; Makanan adalah rezeki. Tangan yang menyuapkan makanan ke dalam mulut adalah usaha. Adakah makanan tersebut boleh dengan sendirinya masuk ke dalam perut lalu mengenyangkan tuan empunya perut? Anda jawab.


5 comments:

CHEGU ALONG said...

Analogi bagai dah macam nk bidas debat da. :P

bukan penggondam said...

kamu cerdik

Duniakuabstrak said...

Boleh..ulat gonggok yang merayap masuk ke dalam mulut. Lalu kita tergigit terkunyah dan tertelan.

rezeki boleh merayap sendiri ke mulut. Saya kunci jawapan saya.

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

fohh.. terkesima.

doa jgn putus. doa tukn senjata :)

jgn skdr doa. tp usaha tkdok. btl la tu :)

cuma lambat@cepat je ngn hasilnya. kn? kn? sbr ...

diz is me... said...

macm mane nk usaha selaen dr doa?