Tuesday, July 17, 2012

Better late than never~

"Awak tahu apa yang paling susah kita nak buat?"

Tangannya masih ralit menekan keypad henpon Blackberry kepunyaannya. Tidak menoleh sedikit pun pada Adiya yang bertanya.

"Gee, dengar tak saya tanya ni?" Adiya terasa diabaikan. Dan dah mula nak lancarkan sesi karang-aku-merajuk-kau-kena-pujuk-padan-muka.

"Dengarlah, Adiya sayang..." Matanya diangkat dan menghala tepat ke arah kawan baiknya, Adiya. "Errr, apa awak tanya tadi?"

"Tengok tuuuuu!"

Hinggap satu cubitan ketam di lengannya. Kebas. Takpelah. Better than kena pujuk. Hiks. Gee pamer sengih kerang, salah satu cara dia mintak maaf. Biasalah, orang ego mana boleh mintak maaf dengan senang lenang. Pfft.

"Okay, okay. Awak tanya apa tadi Adiya?"

"Saya tanya, awak tahu tak benda apa yang paling susah kita nak buat?"

"Hmmm..." Ibu jari dan jari telunjuknya diletakkan di dagu dan diusap perlahan. Matanya ditalakan ke langit. Mulutnya berkeriut. Amboi, macam dasat nau berfikir gamaknya. "Beranak?"

"Eeeeeee memain tau!"

Nah! Hamekkaw satu lagi cubitan ketam di tempat yang sama.

"Awwwww! Sakitlah. Improved betei skill cubit ketam awak yek." Gee masih tarik sengih kerang di bibir. Terserlah kedua lesung pipitnya.

"Yelah yelah saya surrender. Taktau apa jawapan dia."

Adiya tarik senyum lebar. Nampak ikhlas. Cantik. Alahai, orang kulit putih. Tak cantik pun nampak cantik. Eh, tapi Adiya memang cantik pun. "Jawapan dia..." Kepalanya dipusingkan 90 darjah, memandang tepat ke arah anak mata Gee. "Istiqomah."

"Istiqomah?"

Adiya angguk sekali.

"Kalau kita buat something, perasan tak kita buat bermusim? Bila kita rasa nak pergi surau, kita pergi. Bila kita rasa malas, kita tak pergi. Bila tiba hari jumaat, kita taknak cakap tipu, taknak mencarut sebab kononnya menghormati hari jumaat. Sedangkan hari lain pun sama je imbalan dosa yang kita dapat. Bila kita sedih, kita nanges-nanges bila solat. Sedangkan hari lain, solat pun ekspress rakyat."

Gee terangguk-angguk, mengiyakan kata-kata Adiya.

Adiya menyambung, "Kenapa bila kita buat kebaikan, kita jarang buat dengan istiqomah? Kenapa bila kita taknak buat kejahatan, kita tak boleh istiqomah tinggalkan kejahatan tu?" Matanya ditalakan pada sepasang mata redup Gee.

"Sebab...errr setan? Nafsu?"

Pecah tawa Adiya. Gee bingung. Salah kebende apa yang aku jawab tadi? Dia garu kepalanya dengan Blackberry. Eh?

"Itu betul jugak, Gee. Tapi, kita sebenarnya kenalah kuat lawan setan dan nafsu tu. Istiqomah dalam melawan. Bukan melawan bila kita rasa nak je. Ada banyak benda dalam dunia ni kalau nak diikutkan, kita kena kuat lawan. Kita lawan perasaan malas, kita lawan perasaan hasad, kita lawan perasaan bersangka buruk. Banyak benda kita kena lawan."

Sepi.

"Kadang-kadang, ada benda yang kita kena paksa untuk buat. Biar rasa tak ikhlas pada awalnya sebab bukan tugas manusia untuk tentukan ikhlas atau tidak. Meskipun tak ikhlas, bila dah terbiasa, insyaAllah akan hilang rasa keterpaksaan tu."

Dia menala pandangan ke langit. Mengagumi ciptaan Ilahi.

"Diya..." Perlahan Gee panggil nama Adiya. Pandangannya bertukar imej. Daripada langit ke wajah kawan baiknya.

"Saya sebenarnya malu. Malu dengan Tuhan saya. Saya banyak buat dosa. Bila saya taubat, saya janji nak berubah. Tapi, lepas tu saya buat balik dosa yang sama. Saya malu. Tapi saya tak kuat nak lawan." Berkaca matanya. "Tapi, saya memang nak berubah... Saya nak berubah kerana Allah. Tapi..." Suaranya tersekat-sekat menahan empangan airmatanya daripada pecah menghambur selautan tangis.

Adiya memaut bahunya dan memeluknya. Cuba menenangkannya. "Shhh... Allah tahu apa ada dalam hati awak, Gee. Usaha nak berubah that matters. Yang lain-lain biar Allah yang nilai." Adiya mengesat airmata yang jatuh dari pelupuk mata kawan baiknya yang jarang-jarang sekali dapat dilihat scene tersebut daripada seorang yang dia kenal sangat ceria.

"Takpe kan kalau saya baru nak berubah sekarang? Tak terlambat kan?" Gee mendongakkan mukanya, mencari anak mata Adiya, menagih jawapan.

"Gee... Selagi kita bernafas, tiada istilah terlambat. Better late than never kan. So, apa masalahnya kalau lambat pun daripada kita tak buat langsung kan?" Adiya menarik senyuman nipis. Luhur.

Gee pantas meleraikan pelukan Adiya dan duduk tegak. Airmatanya dikesat kasar. "Ah awak ni. Apa la. Kan saya dah nanges. Hilang kemachoan saya tahu." Ketawanya dibuat-buat.

"Entah awak ni pun. Dah jom. Kita siap pergi surau."

"Okay. Nanti belanja saya aiskrim tau."


"Eeeee tak padan dengan gigi baru tampal. Ada hati nak makan aiskrim."

"Tak kiraaaaa!" Gee jelir lidah. Tuala disambar dan mencicit dia berlari ke bilik air sebelum dicubit ketam lagi. Perit woooo.


*****

"Kau bila nak kawen?"

Senyum.


"Bila jodoh turun dari langit."

"Ayah pin ler jawabnya."


"Maksud aku, bila Allah sudi kirimkan aku sang suami yang mampu bawa aku ke jalan-Nya."

Senyum. Ikhlaskan hati.

1 comment:

Adani Homestay Kuala Terengganu said...

setuju. istiqomah perkara paling susah. even in 'heart matters', nk istiqomah sngt susah. mksud sy, nk tekadkan satu hati untuk lupakan yg pahit2 tu.