Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Monday, May 18, 2015

Salsabeela.

Assalamualaikum.

Kekadang macam tak percaya aku dah ada anak. Tapi hakikatnya memang aku dah ada anak sorang pun. Nama dia Salsabeela.

Sebenarnya ejaan yang biasa orang eja nama ni adalah Salsabila. Tapi aku saje letak double e sebab ikut dalam bahasa arab, perkataan ni dua harakat pada part bee tu. Tu yg saje letak bee instead of bi.

Lagi satu, saje la ummi dia ni nak fefeeling rare kan. Salsabeela maksudnya adalah mata air syurga (boleh refer terjemahan/tafsir dalam surah al-insan ayat 18).

Semoga Salsabeela jadi anak solehah seindah maksud namamu, anakku. :)

P/s: Ummi sayang Salsabeela sampai syurga jika diizin Allah.

Mata air syurga ummi :)

Tuesday, May 12, 2015

Berjaga malam.

Assalamualaikum.

Pada post sebelum ni, beria aku sedih dan depressed dengan plan sendiri yang nak meninggalkan anak pada jagaan kakak ipar pastu amek cuti jaga anak dua bulan.

Sehari sebelum aku pegi rumah abang aku, aku wasap ibu menyatakan hasrat aku tu. Aku masih ingat ibu berkeras supaya aku tak teruskan plan tersebut and instead dia akan datang rumah aku dan train Salsabeela minum susu botol selama seminggu.

Aku akhirnya mengalah.

Mungkin ada hikmahnya - aku tak perlu berjauhan menanggung rindu pada Salsabeela. Dan juga tak perlu menangis setiap kali terkenangkan anak. Mahu tak sedih weh kalau anak yang selalu dengan kau twenty four seven then tetiba je hilang dari pandangan mata dan kau hanya mampu menatap keletahnya dalam gambar kaku.

Semalam hari pertama aku pergi kerja. Hmmm, Salsabeela looked like she could behave herself. Okay la kot kan.

Then, malam semalam dia sudah mula buat perangai ajak-main-tengah-malam-gelak-gelak-bila-tak-layan-dia-nanges-tapi-mata-ummi-tak-mampu-bukak-seinci-pun. (~O~)zZ

Bila ajak nyusu, dia taknak pastu aku nak tido dia tak kasi, dok melalak sampailah aku angkat dia, terus gelak-gelak kegirangan. Ya Allah, syukur nikmat betul. o(╯□╰)o

P/s: Inilah antara hikmah lain - berjaga malam. π_π

Ummi kenapa tinggalkan Salsabeela...


Saturday, May 9, 2015

Keputusan nekad.

Assalamualaikum.

Semalam aku dah buat keputusan yang sangat nekad. Seharian dok bincang dengan suami pasal benda ni. Akhirnya, kami berdua bersetuju untuk meninggalkan Salsabeela dalam jagaan abang dan kakak ipar aku buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Aku menangis sepanjang malam. Sedih memikirkan anak aku yang akan ditinggalkan pada jagaan orang lain dalam satu tempoh masa yang agak lama.

Aku peluk Salsabeela sekuat hati aku. Bimbang rindu tak dapat dibendung nanti walaupun hakikatnya pasti jua akan rindu segunung. Terlalu rindu.

Aku katakan padanya, "Ummi taknak pisah dengan Salsabeela, tapi ummi terpaksa. Nanti bila ummi cuti, ummi datang amek Salsabeela balik." Airmata aku menjadi terlalu murah. Aku tak sangka akhirnya anakku Salsabeela terpaksa dilepaskan juga buat satu tempoh tertentu.

Dan aku juga nekad untuk amek cuti menjaga anak selama dua bulan. Lantaklah apa orang nak kata. Anak aku lebih perlukan aku.

Sampai masa tu, silalah bertahan wahai anakku sayang. Ummi akan sentiasa merinduimu siang dan malam.

P/s: Ummi sanggup berkorban apa saja demimu anak. :'(

Salsabeela rindu ummi tak nanti? TT.TT


Monday, April 16, 2012

It won't be the same~

Salam and greetings.


Rindu. Sungguh. Itulah perasaan yang sentiasa dirasa bila jejari laju menaip memasukkan emel dan kata laluan ke dalam dua kotak kecil pada laman sesawang blogger.com. Rindu sarat dibawa pada dashboard dan jari mengklik new post. Sayangnya, rindu sahaja takkan cukup untuk menghamburkan sebuah entri kemas dan bermanfaat bacaan semua. Maaf, saya hanya terlalu sibuk dengan urusan di kehidupan sebenar sehingga mengabaikan awak yang hanya wujud dalam kehidupan maya saya. Saya rindu awak, sungguh tak tipu. Tapi apakan daya, jodoh tiada untuk kita sentiasa bersama.


Bila kita berbicara tentang soal rindu, yang akan dikaitkan adalah soal perasaan. Mana mungkin rindu boleh dikecualikan daripada salah satu perasaan yang dikurniakan untuk dirasai. Banyak perkara yang berhubung perasaan sbnanye, namun rindu adalah salah satu daripadanya yang ingin dicoretkan.


Perasaan rindu yang wujud walau bagaimanapun tidak mungkin akan memungkinkan keadaan kembali sama seperti dulu. Mana mungkin. Ketidakmungkinan seperti mustahilnya hendak memasukkan ubat gigi ke dalam badannya selepas dikeluarkan.  Ketidakmungkinan seperti mustahilnya hendak menjadikan ayam KFC kembali berisi bukan setakat tulang. Mustahil untuk keadaan kembali sama, exactly the same is IMPOSSIBLE. Jadi, biarkan perasaan rindu ini singgah sebentar. Dan bila ia sudah bosan untuk tinggal berlama-lamaan, ia pasti akan pergi jua. Cuma, jangan dipaksa. Bimbang kian terluka. Senyumlah, sayang. Anda tidak akan tahu bilakah masa terakhir anda akan dapat senyum lagi. :)