Wednesday, November 21, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 20 (Final)~

Bayangan seorang lelaki yang tinggi lampai dengan bersaiz sederhana besar dipandang dari jauh di balik cahaya. Matanya dikecilkan untuk memberikan kesan fokus yang tinggi untuk mengecam.

Semakin bayangan tersebut mendekat, semakin kelihatan familiar pada pandangan matanya. Tak semena-mena, peluh dingin terasa merembes di dahinya. Tangannya kesejukan, jantungnya berdegup melebihi halaju 120km/j.

"Assalamualaikum." Ucapan salam daripada seorang lelaki tegap dan tinggi, berkaca mata hanya dijawab dalam hati. Tak berani mengangkat pandangan menentang dua pasang mata (campur spek) milik lelaki tersebut.

Suara garau tersebut membuatkan tekaknya payau. Hatinya dihurung sejenis perasaan yang sukar ditafsirkan.

"Qistina..." panggil lelaki tersebut sambil tangannya memagut dagunya dan diangkat ke atas, menentang mata redupnya.

Matanya segera dipejamkan. Masih tak berani melihat apa yang berada di hadapannya.

"Qistina..." panggilnya lagi. 

"Hey, kenapa pejam mata ni?" tanya lelaki tersebut sambil tergelak kecil melihat telatah Qistina yang kebudak-budakan.

Qistina tetap berdegil. Matanya makin dipejam erat dan tangannya sedikit menggigil.

"Qistina, kenapa ni? Kenapa taknak pandang saya?" tanyanya lagi kehairanan.

Dengan mata yang terpejam, dia menggeleng laju.

"Taknak bukak mata. Awak keluar dulu baru saya bukak mata."

"Omboh. Baru first day dah nak derhaka kat suami ke macam mana ni?" provoknya.

Segera matanya dibuntangkan.

Yes, provokasi berjaya! Dia senyum kecil melihat telatah Qistina.

"Mana aci!"

"Apa?" riaknya tak bersalah.

"Yelah, mana aci awak ugut macam tu. Huh!" Qistina memeluk tubuh. Geram diugut sebegitu rupa.

Ketawanya pecah.

"Habis, Qistina nak saya tunggu sampai bila baru awak nak bukak mata tu?"

"Tak payahlah tunggu. Keluar jelah."

"Halau suami nampak?"

"Dahlah. Malas nak layan awak." Dia lantas bangun dan menuju ke meja solek. Brooch di tepi tudungnya dibuka. Segala jenis pin dan mahkota yang terletak indah di kepalanya ditanggal. Dia cuba buat selamba walaupun dia tahu ada yang sedang memerhatinya di balik refleksi cermin.

"Tak payahlah tengok. Ish." Dia membentak.

"Kahkahkah! Takkan nak tengok isteri sendiri pun tak boleh?"

"Tak payah. Tutup mata tu."

"Ish mana boleh. Rugilah saya tak dapat tengok keindahan ciptaan Tuhan."

Tawanya meletus. "Hahahaha. Bongeknyaaaaa. Keindahan ciptaan Tuhan la sangat kan."

"Haaa pandai pun nak ketawa. Meh kat abang sini meh."

"Abang? Euwwwww. Puh-leaseeee."

"Haip. Sapa ajaq cakap macam tu?"

"Abiang."

"Qistina... Meh kat abang sini meh." Panggilnya lagi sambil tempat duduk di sebelahnya ditepuk perlahan.

"Takmau."

"Pehh. Abang taktau isteri abang ni boleh tahan ketegaq noeee."

Dia hanya menjeling sekilas suaminya dan meneruskan sesi menanggalkan segala jenis pin yang melilit kepalanya.

"Ke nak abang panggil Yiying?"

"Panggillah..." Dia mencabar.

"Yi....."

"Diam ah!"

Tanpa perlu ditunggu, ketawanya meletus.

"Orang datanglah ni. Tak reti sabaq. Nak bukak tudung pun tak senang." Dia mendengus.

Belum sempat punggungnya mencecah tempat yang dituju, tangannya ditarik dan dia terduduk di atas ribaan suaminya.

"Ish apa ni." Dia meronta kecil apabila tak pepasal dirinya dipeluk dari belakang atas ribaan seorang lelaki. Okay, lelaki tu memang dah sah jadi suami. But hey, behave la sikit!

"Apa ni apa? Salah ke?"

"Memanglah tak. Tapi eeeeee sabar boleh tak?"

"Tak." Jawapan sepatah suaminya berjaya membuatkannya gelak bagai digeletek.

"Farhan!"

"Ya saya?"

"Thanks."

"For?"

"For hurting me, you idiot!"

Tawa keduanya pecah.

***


"Saya tak pernah tolak kalau kita ada jodoh, Qis."

"Tapi kenapa mesti awak buat saya macam ni?"

"Cuma, saya rasa sekarang bukan waktunya."

"Habis, bila?"

"Bila masa yang sesuai tiba."

"Alasan. Losers always make excuses."

"Terpulang pada awak. Jaga diri."

"Saya benci awak! Saya benci awak, Farhan!"

"Bencilah, kalau itu yang boleh buat awak bahagia."

"Jangan cari saya lagi! Awak dah mati dalam hidup saya, Farhan."

"Saya akan datang untuk rawat luka awak nanti, Qistina. Assalamualaikum."

Cinta pertama yang begitu menyakitkan membuatkan dia paranoid terhadap sekeping hati yang mampu membuatkan perasaannya lumpuh.

Hadir Thaqif yang kononnya memberi cahaya pada kegelapan cintanya akhirnya hanya menambah garam pada lukanya.

Syafaat pula hadir pada saat hatinya tidak mampu lagi berkompromi. Tiada langsung ruang yang dibuka untuk lelaki selepas Farhan dan Thaqif. Walaupun kata orang cintailah yang mencintai, hatinya tetap tidak berjaya melunaskan kata-kata tersebut. Akhirnya Syafaat menyulam kesedihan pada sekeping perasaan cinta tak berbalas.

Meski Thaqif datang semula melamarnya menjadi suri hidup, namun Farhan terlebih dahulu hadir tanpa diduga. Pertemuan yang tak dijangka membuatkan dirinya sedar bahawa jodoh can be funny sometimes. Walaupun mulutnya kata dia benci pada Farhan, namun tidak pada hatinya.

***

Sebaik dia menoleh untuk ke luar surau, pandangannya berlaga dengan sepasang mata redup yang kebetulan sedang memandang ke arah tempat dia berdiri.

"Qistina..."

Walaupun tidak jelas pada pendengarannya, namun matanya dapat menangkap dengan jelas gerak bibir lelaki tersebut menuturkan namanya.

Allah! Malapetaka apakah ini. 

Sepantas kilat, langkahnya diatur menuju ke toilet meninggalkan lelaki tersebut dalam keadaan yang masih terkejut. 

Dia sendiri tidak menyangka boleh terserempak dengan Farhan di rumah Allah. Apa yang Kau ingin tunjukkan padaku Ya Allah?

***

Pertanyaan tersebut berjaya membuatkan dinding egonya runtuh lalu menumpahkan airmata mencemar duli menjamah pipi.

"Qistina? Awak kan ni Qistina? Qistina, say something please..." Suara garau yang pada awalnya kedengaran tenang mula bergetar demi memanggil nama insan yang sangat dirinduinya.

"Awak..." Bergetar hebat suaranya memanggil perlahan.

"Qistina! Damn. I knew it!"

Diam. Esaknya menggila. Tangannya menekup mulut, menggigil.

Kedengaran suara garau yang kian bergetar kini mula mengendur dan dia terdengarkan tangisan kecil di sebalik corong telefon yang menjadi penghubung.

"Qistina... Maafkan saya, Qistina. I didn't mean to hurt you."

"I hate you, Farhan. I hate you!"

***

Qistina baring, menala siling. Tangannya memeluk erat bantal spongebob yang dihadiahkan oleh seorang kakak senior yang rapat dengannya. "Yaya..." Dia memanggil perlahan seakan-akan berbisik.

"Hmmm?"

"Kalau aku taknak dia, boleh tak?"

"Siapa? Farhan?"

"Haah."

Yaya mengukir senyuman nipis sambil bahunya memegang dan menepuk-nepuk tangannya. "It's your call, darl."

***

Sebelum betul-betul terlelap, dia cepat-cepat menghabiskan kiraannya. "Lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh. Okay dah!" Matanya terus dibuntangkan mencari kelibat Yiying.

"Assalamualaikum."

Suara garau menjamah pendengarannya. Matanya dihidangkan dengan senyuman manis seorang lelaki yang berada kurang daripada 2 meter di hadapannya.

Mata yang sedia buntang serasa seperti ingin menjamah lantai, keluar daripada soket. Rahangnya jatuh teruk. Buat pertama kali, dia tidak mempercayai mata kepalanya sendiri dan terasa ingin lari dari situ secepat mungkin, selaju mungkin. 

Tapi, lari ke mana?

Kenapa mesti berjumpa dengan insan bernama Farhan di saat aku tak ingin pun melihat bayangnya?

Well, jodoh can be funny sometimes.


No comments: