Showing posts with label kawen. Show all posts
Showing posts with label kawen. Show all posts

Friday, March 8, 2013

Kawan dan kawen~

Salam and greetings.

Masa kekecik dulu, aku banyak kawan dengan budak lelaki. Kawan dengan budak lelaki ni senang dan menghiburkan. Sebab tu aku reti main baling selipar, ceper, lumba basikal dan tak pernah reti nak main barbie doll, masak-masak semua tu (tapi aku reti masak occay).

Aku ingat lagi, aku siap pernah ada fikiran yang kawan dengan budak laki ni senang. Takdelah bila kena usik sikit, menangis, merajuk. Kalau kawan dengan budak perempuan, cakap pun nak kena lembut. Salah cakap kang, merajuk. Alahaiiii.... -..-

Almaklum sajelah adik beradik aku pun semua laki, jadi dah terbiasa tak terlibat dengan perempuan saje, kecuali sepupu sepapat. Tapi sungguhlah Allah tu Maha Kaya. Dia dah jadikan aku anak tunggal, pastu dia bagi aku hadiah masuk SBP yang semua perempuan.


NAISSSS!

Dah habis sekolah, masuk IPG (maktab - keluar jadi cikgu) pun yang semua perempuan.

DABEL NAISSSS! *tepuk tangan*


Bila mula kawan dengan semua perempuan, masa memula jumpa kawan lelaki yang lama-lama dulu macam tak biasa. Cewah, poyo di situ. Bila masuk maktab semua perempuan pulak, laaaagilah bertambah poyo bila sawan melihat lelaki kacak. Okay, tu dulu. Sekarang sawan tengok laki yang pergi surau untuk solat berjemaah. Ekhem! *batuk kecil*

Jadi, kalau difikir-fikirkan secara keduniaan, mesti akan ada yang cakap "Tak bestlah kau tak dapat cuci mata tengok mamat-mamat hensem pegi kelas macam kitorang."

Tak pun;

"Rugilah kau tak dapat belajar sekelas dengan budak laki yang sengal. Best wooooo."

Tak pun;

"Habislah kau kawen lambat. Kan maktab kau takde laki."

ERK!

Memang penentu jodoh tu ikut tempat belajar ke macam mana? -..-

Pada hakikatnya, agenda yang Allah sembunyikan untuk aku fikir hikmah di sebaliknya adalah;

"Zulaikha, ni Aku letak hang kat tempat semua perempuan agar batas pergaulan hang terjaga. Pandangan mata hang terjaga, zina hati dapat dielak. Takdelah hang asek nak fikir jantan sana jantan sini ja. Hang jangan risau, soal jodoh hang serah ja kat aku. Biar Aku yang tentukan."

Okay memang ayat tu rekaan aku sendiri tapi itu adalah hikmah yang aku dapat fikirkan. Ikut akulah nak terjemah lagu mana pun kan. Hiks.

So, sepanjang pengalaman aku hidup dikelilingi perempuan-perempuan cantik, yang paling obvious adalah ibu dengan ayah jarang risau kalau aku kabo "Nak keluar dengan kawan jap." Sebab kalau diorang tanya pun sape kawan aku tu, laki ke perempuan, memang diorang sendiri tahu jawapan aku "Memang ada laki pun kat tempat Angah tu. Perempuan la."

Tapi kekadang ada jugak keluar dengan kawan lelaki, bertemanlah tapi. Soal cintan cintun monyet dedulu kala zaman jahiliyah tolong jangan sebut kat sini okay. Anda tiada hak untuk mengimbau perkara buruk yang saya sendiri taknak ingat. Sekian.

Kalau orang kabo dengan jaga pandangan, dengan jaga ikhtilat, dengan jaga aurat, takde laki yang nak, it's fine by me. Sebab cinta yang paling hakiki bukan cinta manusia tapi cinta Ilahi. Aku tak nafikan banyak manusia yang hanya akan sedar cinta Ilahi bila dah tersungkur dengan cinta insani. Tapi ain't it better late than never?

Kalau takde laki yang nak perempuan bertudung labuh, berpakaian longgar sampai nampak gemuk, menundukkan pandangan dan hanya bercakap bila perlu, cukuplah Allah padaku.

Cintailah manusia itu kerana adanya cinta pada Allah. Cintailah manusia yang menambahkan rasa cinta kita kepada Allah. Jangan kerana terlalu kejarkan cinta manusia sehingga kita lupakan cinta Sang Pencipta manusia.

SO...

Apa kaitan kawan lelaki, kawan perempuan, tempat belajar semua perempuan dan jodoh?

Kaitannya, hmmmmmmmmm...

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

Walaupun aku ada ramai kawan lelaki (dulu) tapi aku masih lagi belum berpunya (sekarang).

Kawan perempuan ramai pulak yang dah kawen walaupun tempat belajar semua perempuan.

DAN...

Bukan awak yang tentukan saya ada jodoh atau tidak, so please stop demotivating me. :)


p/s: Sorang-sorang kawan aku kawen. Tiba turn aku nanti, korang semua tolong basuh periuk occay. Hikhok.

p/s/s: Takpe kan post pasal kawen, lagi? Errrr...


Wednesday, January 16, 2013

Kawen je yang kau tahu kan, pang kang~

Salam and greetings.

Hurmmm... To be honest, ada a few things yang aku selalu nak berkongsi rasa dan mencoret kata kat sini tapi setakat ni belum diizinkan Allah untuk menghamburkan segalanya. Takpe, slowly, one by one, step by step. Selagi ada umur dan diizinkan-Nya, akan ada coretan yang bakal menjadi saksi di hadapan Sang Pencipta kelak.

So, in my previous entry, ada seorang sahabat yang sudi memberikan komen yang aku boleh tafsirkan lebih kurang begini - Kau ni kalau sekali tak cakap pasal kawen, tak boleh ke?

Hehe. Maka, entri ini akan menjadi jawapan kepada persoalan itu, insyaAllah.

Well, aku mengaku, selaku insan yang lemah, aku tak terlepas daripada perasaan yang sentiasa ingin mencari cinta fitrah yang mampu membawa aku lebih mendekati Allah. Dan daripada perasaan yang sentiasa ingin mencari jodoh, aku tak terlepas daripada mencoretkannya di mana-mana. Be it status fesbuk, tuiter and in fact di blog sendiri.

Mungkin ada yang meluat sebab macam selalu sangat aku cakap pasal ni. Aku taknak kata aku betul, sebab aku faham orang biasanya akan bosan jika dihidangkan dengan benda yang sama berulang kali. Aku faham. Jadi, atas dasar itu aku cuba untuk merenung kembali ke dalam diri aku. Melihat mana khilafnya untuk aku perbaiki.

Dan ya, atas izin Allah aku dapat berfikir dengan waras dan rasional, alhamdulillah akhirnya aku mengaku aku silap sebab galak bebenor cerita pasal kawen, jodoh dan sebagainya. Tapi, atas rasional tersebut, aku akan bentangkan beberapa sebab kenapa aku bertindak sedemikian.

1. Fasa galak nak kawen.

Kemon, aku memang tengah berada pada fasa yang birah gila kot asek nak borak pasal kawen je. Kawan baik, kawan kurang baik, kawan tak baik rata-ratanya ramai yang dah kawen atau sekurang-kurangnya sudah pun bercakap pasal kawen ni. Dan sebagai seorang perempuan, pada umur aku sekarang ni adalah waktu yang orang kabo 'waktu ranum'. Kira macam paling sesuailah kalau dah nak bina baitul muslim pun. Cewah. Dan percayalah, bila umur aku dalam 27-28 tahun atau menghampiri 30-an dan sekiranya aku masih belum ditemukan jodoh, aku mungkin dah takkan bercakap soal ni lagi. Sebab apa? Sebab malu, segan. Dan pada waktu itu juga, selayaknya seorang wanita matang, aku hanya akan mendiamkan diri jika diusik soal jodoh dan akan berwalang hati apabila bersendiri. Percayalah.

2. Peringatan untuk diri sendiri.

Bila aku berbicara soal jodoh, pada awalnya aku mengaku memang nafsu semata. Kan aku penah kabo sebelum ni, dulu aku memang asek fikir syok nak kawen je. Mana nak fikir sangat pasal tanggungjawab, pasal pembinaan keluarga yang menerapkan cara Islam itu sendiri, pasal pembinaan diri menjadi muslimah yang meletakkan cinta Allah sebagai cinta hakiki dan sebagainya. Dalam aku sibuk mencari cinta fitrah, aku akhirnya ditemukan dengan cinta hakiki. Part ni aku taktau nak kabo macam mana. Tapi apa yang aku boleh share adalah aku sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa pemegang dan pemilik hati manusia itu adalah Allah. Maka, kalau aku menginginkan cinta manusia, kenapa aku tak mencari cinta Allah terlebih dahulu? Kenapa aku meletakkan cinta manusia melebihi cinta aku kepada Allah? Dan banyak lagi persoalan lain. Aku tak cakap aku baik dan tolonglah jangan panggil aku ustazah ke apa ke, bukan sebab panggilan itu hina tapi sebab aku rasa tak layak untuk gelaran sebegitu. Jadi, bila aku berbicara soal jodoh, sbnanye pada hakikatnya aku sedang mengingatkan diri aku sendiri. Kan Allah dah janji, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik? Aku sangat yakin dengan janji Allah dan aku tahu Allah takkan mengecewakan aku. Tapi bukanlah nak kata, sebab aku nak dapat lelaki yang baik, maka aku berubah menjadi baik. Itu memang benar tapi jatuh pada sebab yang kedua. Sebab yang utamanya adalah aku sedang mencari keredhaan Allah.

3. Rasa saspen yang memoyokan diri sendiri.

Sejak last time aku putus cinta, aku berikrar untuk tidak lagi bercinta sebelum punya ikatan yang menghalalkan seorang lelaki dan seorang perempuan. Walaupun seringkali goyah dengan tahap iman yang ada masa menaik, banyak masa menurun, aku masih gagal untuk menjaga hati aku dengan baik. Kekadang TERjatuh juga suka pada seseorang tapi aku cuba sehabis baik untuk mengelak daripada bercinta. So, dengan ini aku nak mengisytiharkan bahawa sesungguhnya setakat ini, status perhubungan aku adalah bujang dan ada atau omputeh sebut single and available. Ni bukan nak promot kebende tapi kekadang rasa sedih jugak bila orang tak percaya aku kata yang aku single lalu taknak mengenalkan aku dengan memana lelaki baik atas alasan dia ingat aku menipu. Srobsss srobssss. =___= So, kengkonon nak mengatasi rasa saspen yang 'ouch-sapelah-bakal-imam-aku-ni', aku selalulah mengapdet status yang mungkin telah menimbulkan kemualan kepada beberapa pihak. 

So, begitulah jawapan aku yang well yeah memang panjang berjela. Kalau sudi baca, terima kasih. Kalau tak sudi pun, takkan aku nak paksa kan. Harap menjawablah persoalan korang tu. Cewah.

Aku dengan rasa rendah diri dan rendah hatinya, memohon maaf jika ada yang pernah rasa meluat dengan aku yang asek nak borok pasal kawen ni. InsyaAllah, aku cuba kurangkan cakap pasal kawen. Mungkin dah boleh start cakap pasal rahsia Allah yang turut mensaspenkan pulak lepas ni which is mati.

Wallahualam. Semoga Allah redha. :)

Friday, January 4, 2013

Of final year dan kawennnnnnnn~

Salam and greetings.

Bila masuk final year, merata orang dok cakap pasal satu topik yang aku kira sangat panassss bagi seorang pelajar tahun akhir iaitu ---> KAWENNNN!

Asal jumpa je kawan, mesti soalan pertama yang terpacul adalah "Weh, kau bila nak kawen?"

Dan aku macam biasa, kekalkan momentum berfikiran positif aku dengan mengatakan "InsyaAllah, tahun ni (2013)." Sambil gelak berdekah-dekah. Ya, gelakkan diri sendiri dan statement poyo berani mati itu tadi sbnanye.

Walaupun aku takde calon (lagi) tapi apa salahnya aku berfikiran positif dengan mengatakan yang aku akan settle down tahun ni yedak. Engko bukan tahu pun jodoh aku bila. HAHAHAHAHAHAHAHAHA aku pun sama! Ingat aku tahu ke bila jodoh aku nak datang? Tapi takde salahnya kalau kita berdoa kan. Kan orang kabo kata-kata tu satu doa. Kalau aku selalu cakap yang aku akan kawen tahun ni, mana tahu Allah angkat kata-kata aku tu dan makbulkan. Manalah tahu kan...

Bila aku gurau-gurau dengan tok aku pasal soal ni, dia siap boleh cakap "Kau ni berangan ni..." BHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Sampai hati tok aku kata aku berangan. Tapi nak sedapkan hati sendiri, aku pun cakap "Takpelah tok. Berangan bukan kena bayar pun." -.-

Okay sudah cukup-cukup sudah cakap pasal angan-angan nak kawen dan boleh start cari calon sekarang. Hikhok.

Sbnanye bila bercakap soal kawen, apa yang paling penting bagi aku adalah tahap kesediaan untuk membina keluarga yang menerapkan nilai-nilai agama dan syariat Allah.

Yelah aku mengakulah dulu aku suka nak fikir seronok kawen je. Lepas kawen ada laki nak buat bantal peluk, punching bag etc. TAPI TU DULU OKAYYYY. Zaman jahiliah. TT___TT

Sekarang ni, rasa seronok sebab dapat laki tu masih ada (kekekeke) TAPI, ada tapinya tau. Tapi aku lebih fikirkan untuk membina sebuah keluarga yang diredhai Allah. Dan dalam proses tersebut, ofkos aku akan melalui beberapa fasa - kenal dengan macam-macam jenis lelaki dan mula membuat penilaian sebab soal membina keluarga bukan soal yang kalau lepas kawen rasa tak sesuai, boleh putus macam engko mintak clash zaman bbnu (budak baru nak up) dulu.

Jadi, sebelum buat satu-satu keputusan yang aku kira crucial dalam hidup kita, adalah lebih baik jika kita sentiasa sandarkan doa dan sebarang keputusan yang kita akan ambil adalah datang dalam kebersamaan Allah. Aku paling takut bila dah buat keputusan dan aku kecewa dengan keputusan yang aku ambil, aku akan menyalahkan takdir. Sedangkan sebelum buat keputusan, takde pun aku nak rujuk pada Allah. Pastu bila rasa menyesal, nak salahkan Allah pulak. Banyak cantik muka aku. =.=

So, sebab aku taknak benda tersebut berlaku, jadi aku sentiasa mohon agar Allah tak biarkan aku keseorangan dalam membuat satu-satu pilihan/keputusan. Dan meskipun selepas keputusan diambil, aku sentiasa mohon agar dititipkan rasa redha dalam hati aku supaya aku masih tak menyalahkan ketentuan Dia kerana Dia lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui. Dan kalau aku nak kecewa sekalipun, aku harap aku tak lupa untuk percaya pada qada' dan qadar adalah salah satu rukun iman.

Dan oh ya, dalam nak membina keluarga yang diredhai Allah, aku rasa persediaan pertama yang aku kena buat sekarang adalah mencari keredhaan Allah dalam diri aku dulu dan perbaiki diri menjadi yang lebih baik kalau aku nak lelaki yang baik. Bukankah Allah dah berjanji bahawa perempuan yang keji untuk lelaki yang keji begitu juga sebaliknya perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik (An-Nur: 26). Jadi, yakinlah dengan janji Allah. Sesungguhnya janji Allah itu pasti.

Wallahualam.


p/s: Korang doakanlah aku kawen tahun ni. Mana tahu doa korang makbul kan. Hiks.



Sunday, November 25, 2012

Tanggungjawab~


Salam and greetings.

Semenjak dua menjak kebelakangan ni, banyak masalah yang menjengah hidup sa-orang manusia bernama aku. Kalau dah nama masalah, ingat boleh hilang begitu sahaja tanpa diselesaikan? Mimpi!

Takkan mungkin masalah tersebut selesai sebaik aku bangun tidur dengan tekak yang berpasir kerana malamnya terlelap dalam sendu. Dan ada satu perkara yang bila difikir-fikirkan akan mendatangkan dua perasaan yang saling bertingkah antara satu sama lain, cuba mendominasi kotak perasaan.

Dua perasaan yang dimaksudkan adalah birah (dibaca: bighah) dan sedih. Dan perkara yang dimaksudkan adalah soal perkahwinan sa-orang aku.

Kata ayah, anak-anak yang dianugerahkan oleh Allah kepada ibu dan ayah adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu ayah pikul, perlu ayah tanggung sebagai seorang ayah.

Kalau bukan kerana anak itu adalah amanah Allah, seorang ayah takkan sanggup bersusah-payah berkorban demi melunaskan tanggungjawab yang tergalas di pundak.

Kata ayah lagi, kalau nak harap pada simpati dan kasih sayang, tak ke mana. Tapi jika difikirkan setiap apa yang dilakukan adalah kerana Allah semata, kita akan sanggup untuk tempuh apa saja. Kerana kita fikirkan itu adalah tanggungjawab, maka segelen duri akan ditelan persis ia adalah sirap bandung soda yang cukup rasanya.

Bila berbicara soal tanggungjawab, aku jadi takut. Takut pada setiap apa yang dipertanggungjawabkan tak terlunas dengan baik, lalu apa yang ingin dijawabkan di hadapan Allah kelak?

Saat itu, tidak lagi lidah ini mampu menipu. Menolak segala tingkah cemerkap dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

Dan memegang title sebagai satu-satunya anak perempuan ayah, mungkin ayah fikir sudah sampai masanya untuk dia mencarikan lelaki yang soleh dan boleh diharap untuk ganti-galas tanggungjawabnya terhadap aku.

Masih ingat lagi dengan perangai bighah aku bila berbicara soal kawen-jodoh ni?

Ya, aku mengaku. Aku juga seperti perempuan lain. Punya satu perasaan bighah bila melibatkan soal kawen-jodoh ni.

Yang sbnanye bighah tu datang bila dengan diri sendiri dan kawan-kawan atau sepupu terdekat je. Bila ibu dengan ayah mula terlibat sama, tak semena-mena bighah tu mula pudar. Yang datang selepas itu adalah perasaan sedih.

Pada fikiran aku;

"Ibu dengan ayah ni macam tak sabau nau nak lepaskan aku."

Kata kawan aku;

"Semua ayah punya kerisauan yang sama. Dia nak lepaskan anak perempuan dia pada lelaki yang boleh jaga anak dia sebaik apa yang dia lakukan."

Bila ibu mula berbincang secara serius soal 'lelaki-manalah-yang-jadi-suami-anak-aku-nanti', jaaaaaaaauuuuuuhhhhhhhhhhh di sudut hati aku tercebis satu rasa yang sukar ditafsirkan. Ya, ini adalah satu fasa. Dan aku tahu, aku kena tempuh fasa ni walau apa pun alasan yang aku campakkan.

Keterujaan ibu sudah aku imunkan. Dan aku tak pernah dengar walaupun sekali ayah bersuara tentang hal ni. Pada fikiran aku, ayah mungkin rasa aku masih muda dan belum boleh dilepaskan daripada tanggungannya. Fikiran akulah.

Tapi bila ayah yang tanya kat ibu pasal pencarian jodoh untuk aku, lalu hati aku jadi galau. Mungkin dengan bebanan masalah yang ayah tanggung membuatkan dia rasa sudah sampai masanya untuk dia pass-kan tanggungjawabnya terhadap aku pada seorang lelaki bergelar suami.

Dan jika ditanya pada aku, aku akan jawab;

"Angah tak kisah siapa pun pilihan ibu dengan ayah kalau itu yang boleh membahagiakan ibu dan ayah. Meskipun lelaki itu bukanlah pilihan Angah tapi insyaAllah Angah redha. Angah sayang ibu dan ayah, selamanya."

Dan ya, aku menulis dengan ditemani cucuran air mata di pipi.


Wednesday, May 23, 2012

Soal jodoh, doa dan usaha~

Salam and greetings.

*serious mode activated*

Orang selalu cakap, tak payah susah-susah nak cari jodoh. Jodoh kan dah ditetapkan. Buat rilek sudahlah. Ya, ada betulnya. Namun, apa yang kita terlepas pandang tentang soal jodoh ini adalah konsep sebenar yang merujuk kepada persamaan dengan konsep rezeki. Orang kata, rezeki ada kat memana. Allah kata, bumi Dia luas, ceruk mana pun ada rezeki, celah mana pun Dia boleh turunkan rezeki. Betul. Soalan aku sekarang, ada tak Allah suruh kita duduk goyang kaki tak payah berusaha lalu dengan ajaibnya rezeki akan datang bergolek-golek kepada kita? Ada? Yang aku faham (betulkan kalau aku salah); adalah rezeki milik Allah, tapi usaha untuk dapatkan rezeki itu datang daripada diri kita.

Aku pernah baca - Kenapa jodoh yang ditetapkan jugak yang sibuk-sibuk kita cari, sedangkan hidayah yang patut kita cari takde pulak kita sibuk-sibuk cari? Itulah masalah orang kita sbnanye. Agama Islam adalah agama yang menyeluruh. Agama kita tak menyuruh kita melakukan satu kebaikan, lalu meninggalkan kebaikan yang lain. Bukankah agama kita menyeru kepada kebaikan? Jadi, tiada apa yang salah kalau kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, jodoh dan juga hidayah. Semuanya datang dalam satu perkataan - USAHA. Lucunya orang kita sekarang ni, bila diseru ke arah kebaikan, pasti akan ditohmah dan dikeji. 

Mana lagi baik - Bercinta tanpa ikatan yang sah atau bernikah pada usia muda? 

Anda sendiri pasti akan jawab yang lebih halal itu pastilah yang lebih indah. Jangan menolak fitrah dan fikrah kita sebagai manusia. Walaupun anda cuba untuk menidakkan hakikat, namun hakikat adalah hakikat. Sesuatu yang nyata. Bukan apa yang terluah dari kotak fikiran ikut akal logik semata.

"Ala weh. Kau doa jela dapat jodoh nanti. Ada jodoh, ada la."

Doa? Je? Usaha mana?

Aku bagi contoh -- Kalau kau cakap kita sibuk-sibuk doa untuk dapatkan jodoh tapi bukan hidayah, dua-dua perkara kau buat dengan doa. 

Kau doa siang malam untuk dikurniakan hidayah, tapi pada masa yang sama kehidupan kau diselubungi maksiat. Maka, soal aku sekarang - Adakah cukup sekadar berdoa, tanpa berusaha? 

"Harap-harap Allah bagi hidayah kat aku untuk terus mendekati-Nya."

Doa? Betul. Jadi, apa langkah seterusnya? Berusaha untuk terus mendekati-Nya. Bukan hanya terhenti pada sepotong doa. Kalau kita nak Allah sentiasa bagi hidayah kat kita, selain kita mintak (doa), kita sendiri kena berusaha mendekati-Nya. Maka, soal aku sekarang - Adakah cukup sekadar berdoa, tanpa berusaha?

"Mintak-mintaklah aku lulus with flying colors exam kali ni. Aminnnnn."

Doa? Amboi. Kemaen panjang aminnnn dia. Usaha ada tak? Kau doa siang malam mintak Allah bagi kau lulus exam, tapi buku langsung kau tak pernah sentuh, nota lagilah memang tak pernah wujud. Maka, soal aku sekarang - Adakah cukup sekadar berdoa, tanpa berusaha?

Stigma dan mentaliti sebegini yang melemahkan umat Islam sbnanye. Doa adalah senjata orang mukmin - apa yang ustazah aku pernah ajar masa aku berusia 8 tahun dulu. Sampai sekarang aku percaya. Tapi, apa maksud di sebaliknya adalah kuasa doa itu - kuasa Tuhan kita, yakni Allah. Untuk menentukan dan menetapkan adalah kerja Dia. Kerja kita? Ya. Berusaha.

Bila sampai satu tahap usia, kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa kita hendaklah menempuhi fasa tersebut - whether you like it or not. Maka, pada usia aku kini, fasa yang harus ditempuhi adalah soal jodoh. Orang bilang pada aku, tak payah sibuk mencari sebab nanti akan datang jodoh itu dengan sendiri. Aku bukanlah bighah sangat dok mencari jodoh je keje aku (most of the time aku bergurau bila cakap nak cari jodoh). Tapi selain doa, sbnanye aku percaya aku kena letakkan jugak usaha aku - kalau tak banyak, sedikit pun jadilah. Aku cuma nak pesan kat diri sendiri dan awak awak yang tengah baca ni, usaha tu boleh datang dari banyak aspek. What matters now is - either 'that' effort exists or not.


Analoginya begini; Makanan adalah rezeki. Tangan yang menyuapkan makanan ke dalam mulut adalah usaha. Adakah makanan tersebut boleh dengan sendirinya masuk ke dalam perut lalu mengenyangkan tuan empunya perut? Anda jawab.


Sunday, May 20, 2012

Jodoh selepas exam?

Salam and greetings.

Ada banyak masa dalam hidup yang aku rasa macam 'aaaaaaa kenapa wujud masa ni' yang aku kena tempuhi. Wajib. Tiada pilihan. Dan salah satu masa tersebut adalah... *drum roll* EXAMMMMM! Yeah, I heart you very much exam! Eks o eks o sangat tau.

Sempena minggu exam ni, aku pun pulun la buat latihan (konon). Ingat senang ke nak dapat perfect score kalau tak buat latihan? Ya, aku tahu takde sape dan apa pun yang perfect kat dunia ni. Tapi, aku nak jugak tules perfect score. Wekkkk~ :P

Aku nak cerita ni. Semalam masa aku tengah pulun buat latihan tu, aku pun berborok la dengan kawan aku. Bila dah lama sangat buat latihan, ingat otak tak jadi tepu ke? Tepu tahu. Maka, kami pun berborok kosonglah. Cerita pasal masa depan. Pui. Cerita pasal kehidupan. Pui. Cerita pasal malam pertama selepas disahkan menjadi isteri. Eh? Menarik bukan. 

Maka, perbincangan bertumpu pada persoalan "Apakah perasaan kita bila pertama kali duduk bersama dengan lelaki ajnabi?" Kompomlah macam awkward gila kan. Nak-nak kalau pesen nak-bercinta-lepas-nikah macam aku ni. Hiks.

Aku cakap la aku takut nanti aku lari je. Boleh kawan aku bidas aku. Kata dia, "Tak weh. Kau memang takut. Tapi, kau takkan lari. Akan timbul satu perasaan yang macam, kau nak dekat dengan dia." Pehhh! Gaya dia cakap macam dah berpengalaman je kan? Padahal dia pun satu status je dengan aku. Kekeke.

Ah sudah. Lagha semua tu. Yang penting, kata ibu "Banyakkan berdoa. Nanti lepas habis je belajar, tup-tup terus Allah bagi jodoh." Fuuuuu. Sebab ibu yang cakap, jadi aku akan percaya. Ya, aku percaya. Pesan ibu lagi, "Dah, sekarang jangan nak membighah. PERGI BELAJAR!!!" Baik, ni pun aku percaya. Percaya ni. Percaya ni. *sambung buat latihan linear algebra*

*muka tak puas hati tapi inesen*

ALL THE BEST SUMORANG!
usaha, doa, tawakal. 

awak BUKAN Tuhan untuk tentukan takdir tapi awak ADA Tuhan. :)

Tuesday, January 10, 2012

Posting VS Kawen~

Salam and greetings.

Skang ni, kat fesbuk aku merata orang up status pasal posting kat Sarawak. Dan yang lagi bestnye bila orang buat teori mudah, teori yang aku kira memang dah ada sejak dari zaman memula aku masuk blaja. Kot. Haha. Teorinya adalah; Kalau kau kawen, kau akan dapat posting tempat yang kau mintak, dan kalau kau bujang sila bersiap sedia untuk dihantar ke seberang Laut China Selatan. Ya, serius ini adalah teorinya. S.E.R.I.U.S. Haa, jangan sampai aku kepslok. Bila aku dah kepslok, korang agak sendiri la tahap keseriusannye. Kikiki.
sumber: gugel

So, untuk meneruskan kehidupan berdasarkan teori tersebut, maka ramailah yang maken susah hati bila maseh belum ber-title Puan di pangkal nama. Ada dua golongan yang susah hati. Satu, orang yang dah ada pakwe tapi maseh takde ikatan yang halal. Kedua, orang yang memang takdak calon langsung macam aku dan maseh seronok being single macam aku jugak. Tapi dalam kes aku, aku takde la nak kate susah hati sangat. In fact, memang aku ada niat nak pilih Sabah masa isi borang posting nanti. Shhhh, jangan gtau ibu tau! Nanti dia suro aku kawen cepat-cepat dengan memana anak kawan dia. Kahkahkah! Okay fine aku tau tak baik berangan macam ni. =.=

Abam-abam ni mesti nak posting Sabah kan? ^^ (sumber: gugel)

Aku sbnanye tak sangka jugak kemaen galak kerajaan pegi post beramai-ramai orang ke Sarawak tahun ni. Bajet-bajet time aku nanti, mesti dah penuh kan skola kat Sarawak. Ke tak? Kalau tak, parah jugak tu. Haaa, korang mesti nak cakap padan muka ke aku kan sebab tadi belagak no nak pegi Sabah. Haa, kan beza tu Sabah dengan Sarawak. Sarawak ni besau. Sabah kecik sket. So, baik negeri kecik. Takde la kemungkinan untuk dicampak ke pedalaman tu tinggi sangat. Hihi.
sumber: silampuneon.blogspot.com

Aku penah cakap kat ibu yang aku nak mintak posting Sabah. Dia macam biasa, mencebik adalah perkara pertama yang dia akan lakukan. Pastu, tetiba dia cakap macam ni, "Kawen dulu. Tak pon, kawen dengan orang Sabah." 



A.......PE? 


KA.........WEN???

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Kahkahkah. Gatal merenyam betei. Tapi percayalah ni bukan diri aku yang sebenar. Kalau di alam realiti, aku tak macam ni. Aku...lebih gatal. Mwahahahaha. Biasalah. Duduk kat tempat banyak nyamuk membiak. Ni yang malas nak dok pedalaman nanti. -.- 

Pape pon, aku nak ucap tahniah la kat kakak-kakak yang berjaya menempatkan diri di seberang Laut China Selatan dan di mana-mana saje anda berada. Adakah anda sudah bersedia? Bersedia atau tidak, duduk saje di pedalaman itu! Kikiki.








p/s: Okay jugak bajet ceni. Kumpul duet setahun keje kat Sabah, dah boleh buat majlis grand. Kahkahkah!