Showing posts with label friendness. Show all posts
Showing posts with label friendness. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

Blog dan rasa~

Salam and greetings.

Di saat aku buat keputusan untuk bukak balik blog ni dengan url yang berbeza, ada satu benda yang tak penah gagal selalu aku fikirkan. Perlu ke aku tules dengan gaya yang tak membawa pape kebaikan pada orang lain, atau aku perlukan satu anjakan paradigma; menules dengan gaya yang dapat bawa bukan saje orang lain malah diri aku sendiri ke arah kebaikan.

Malangnya, aku memang ada masalah bila aku dah mula menules. Iaitu, aku menules ape yang aku rase, bukan menules mengikut ape yang orang patot baca. Dan bila aku menules ape yang aku rase, secara tak langsung, penulisan aku akan berputar pada paksinya, paksi yang aku cipta sendiri, punya x dan y. Gila sudah bila masuk istilah matematik. Kahkahkah! Tapi, paksinya adalah kehidupan aku, ape yang berlaku di sekeliling aku, ape yang aku rase, ape yang aku fikir, ape yang aku alami. Bukan penulisan yang penuh dengan info, maklumat, eh info dengan maklumat sama tak? Huhu. 

Tapi itulah, bila tules pasal perasaan sendiri, ada orang berpendapat bahawa aku meroyan dan errr emo? Kikiki. Cuma, aku percaya setiap orang punya hak untuk meroyan dan emo, meski dalam dimensi yang berbeza. Sebab blog ni ramai je yang taktau, so tak ramai yang datang. Bila tak ramai datang, kuranglah ruang untuk orang bagi komen yang bukan-bukan. Bukan-bukan di sini bermaksud komen yang aku rase macam; 'Eh dah dia ni kenape? Nak komen ke nak saketkan hati aku?' Lebih kurang macam tulah ye, kawan-kawan.

Jadi, ape yang aku nak tules sbnanye ni? Gilost. Okaylah. Sudah cukup rasenye aku melalut untuk kali ni. Sebab ni blog aku, jadi ikot suka hati aku la dalam sehari bape kali aku nak mengarot atau dalam sebulan, langsung tak update. Ya, prinsip aku sangat mudah. Bila rase nak tules, tules. Kalau taknak, buat ape dipaksa. Sama macam perasaan yang ada. Tibahhhhhh jahhhhh~


Friends do come and go. 
Only the real ones will stay, 
But it's never been easy to find them.

Sunday, November 20, 2011

Of her engagement day~

"Weh, aku dah putus dengan budak tu."
"Budak yang mane satu ko ni?"
"Ala, budak skola XXXX tula..."
"Ohh, yeke. Xpela. Pasni ngan orang lain pulak. Orang cantek la katekan..."
=.='


*****


"Weh, aku dah nak bertunang bulan 11 ni."
"What? Seriously??? Dengan sape weh???"
"Dengan orang lah. Takkan aku nak buang tebiat bertunang dengan angry bird pulak."
=.='



*****


Part angry bird tu aku tambah. Yang lain-lain betul. Kot. Haha. Masa skola menengah dulu, aku dok asrama. Asrama mane tak perlu kot aku ceritain. Masa kat skola dulu, aku ada 4 orang kawan semeja. Kitorang dok meja berkumpulan. Daripada rakan semeja, akhirnya kitorang jadi kawan baik sebab sume pon sekepala, especially bila bab tido dalam kelas. Memang cempien!

Dalam kitorang berlima, sume ada personaliti yang berbeza tiap satu. Salah sorang kawan aku ni nama dia Eqa. Dia ni serius hot stuff kot. Cantek. Putih. Gebu. Pandai. Baik. Sape yang taknak, ye dok? Huhu. Tapi kalau ada seribu orang nak pon, dah tak boleh dah. Sebab dia dah dicop untuk dijadikan milik orang. Untunglahhhhhhh...

Aku tak sanggup nak tules panjang-panjang. Okay sbnanye memang dasar pemalas. Maka, eloklah aku biarkan gambar aje yang ceritain segala-galanya. Srob srob. T________T (ni airmata kegembiraan hoccay). Aku bukan jeles malah terlalu gembira untuk kau, Eqa!

of me and her. :)

hanya mampu bergambar dgn hantaran org. hukhuk.

tunang-SOON-to-be (verangaaannnnn!)

the tunang of the day. kan aku dah kate dia ni cun.

amek berkat! LOL

Eqa dan Aman

Eqa dan Naz (kepochi)

comel kan masjid ni.

errr...no komen!

we are actually five altogether but one (Kupt) is absent. how sad! :(

For all memories we've created together, I'm very grateful for that. I'm gonna miss 'em all. Love you. Deepest of my heart. 사랑해!!!