Tuesday, March 19, 2013

Warkah buat ibu~

Salam and greetings.

They say; "We can't choose our parents as they are gifts from God."

Dalam hidup kita, kita hanya dibekalkan dengan seorang ibu dan seorang ayah untuk kita kenal nasab keturunan kita, asal usul kita, membawa kepada kenalnya kita kepada Pencipta kita.

Lahirnya aku ke dunia, dengan rahmat Allah, Dia hadiahkan aku seorang ibu yang amat penyayang. Amat kasihkan anak melebihi kasihnya kepada segala di dunia.

Kerana kasihnya yang membawa ke syurga itu, adakalanya aku tersilap menilai. Memandang dia dengan satu pandangan bahawa dia memilih kasih -- melebihkan kasihnya kepada adik beradik lain berbanding aku. Aku tidak dikasihi sebagaimana dia mengasihi adik beradikku yang lain.

Tapi aku terlupa.

Bila aku sakit, yang pertama datang adalah dia.

Aku lupa.

Bila aku sedih, yang pertama tahu adalah dia.

Aku lupa.

Jantung aku pernah berada paling dekat dengan jantung dia.

Aku lupa.

Aku pernah dikandung 9 bulan lebih dalam rahim dia.

Aku lupa.

Dia tak sedikit pun membezakan kasih dan sayang dia.

Banyak benda rupanya yang aku lupa.

Yang aku ingat,

"Ibu sayang Along lebih."

Yang aku ingat,

"Ibu suka sangat bezakan Angah dengan yang lain."

Yang aku ingat,

"Ibu tak sayang Angah."

Yang aku ingat,

"Kalau Along, semua boleh."

Yang aku ingat,

"Apa Angah buat, semua salah."

Sedikit sebanyak apa yang aku ingat meracun hati aku, memamah jiwa aku. Lantas, aku memasang niat untuk menjarakkan diri. Supaya ibu tahu erti rindu bila aku tiada di sisi. Walaupun pada asalnya untuk membawa diri, agar hati tidak lagi dilukai.

Aku mungkin bukan seperti anak-anak yang lain. Yang sentiasa dekat di sisi ibu. Yang sentiasa tahu apa yang berlaku pada ibu. Hatta, bila ibu masuk hospital pun aku taktau. Jauh dalam setiap doa aku, aku sentiasa meminta Allah menjaga dan merahmati kedua orang tuaku.

Semenjak kecil, aku tak pernah bermesra dengan ibu. Silap aku juga. Membesar bukan sebagai anak yang baik, menjadikan wujud jurang antara ibu dan aku. Bukan silap ibu, tapi silap aku. Ibu pun tak pernah melayan aku sebagai seorang rakan -- ajak berbicara, bincang soal hati, bertanya apa yang aku mahu - tak pernah. Bila ibu cuba layan aku sebagai seorang rakan bila usia aku dah menginjak dewasa, perasaan kekok menjalar dalam diri. Seringkali aku bertelingkah dengan ibu kerana ibu tak faham apa yang aku maksudkan dan mahukan, begitu juga aku -- seringkali menyalah tafsir niat dan maksud ibu. Mungkin saje kerana kita tak pernah berhubungan sebagai seorang rakan selayaknya.

Tapi percayalah, dalam hati aku tak kurang sedikit pun tempat untuk ibu. Walau seribu orang ibu datang cuba menggantikan tempat ibu, takkan ada seorang pun yang mampu menggantikan tempat tersebut. 

Dan bila aku mula menulis di alam maya, ibu jugalah silent reader aku yang paling setia. Berapa banyak kali aku tukar url dan bukak tutup blog semata-mata tak mahu ibu membacanya. Tapi ternyata aku silap. Aku fikir aku boleh lari jauh di saat tindakan aku sudah pun berada dalam genggamannya.

Dan buat ibu, untuk kesekian kalinya, maafkanlah anakmu yang tak pernah sempurna ini. Benarlah kasih sayang Angah untuk ibu hanyalah lafaz yang tersimpan.

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan



p/s: This may be the last one. Warkah buat ibu, I love you.

5 comments:

asip محمد said...

gua paling manja dengan mama gua.. gua juga ada adik(angah) yang selalu rasa mama pilih kasih terhadap dia.. bila gua baca ni.. gua rasa gua paham perasaan lu.. :)

ctpayong said...

sebagai kaklong, persepsi kakCT agak berbeza. memang jealous bila yang bongsu 'terlebih-lebih' tapi untuk jadi kuat kakCT selalu kata;
eleeeh...perut mak tu bekas aku dulu, lepas aku baru kau dapat. kelakar kan!

Jejaka sepi said...

Awak..nak berkenalan boleh?:)

Congek Cakdong said...

Kenapa last ?

Pelakar Pelangi ^_^ said...

Ibu.. I love you too. ^_^