Saturday, April 27, 2013

Aku ada pilihan ke? : Part 1~

"Awak pernah dengar tak cerita Nabi Yusuf dengan Zulaikha?"

Pandangannya dilayang pada hamparan rumput yang menghijau. Saujana mata memandang.

"Pernah. Kenapa?" Dia jawab tanpa menoleh. Sedikit pun.

"Errr what's your name again?" Soalnya tanpa nada sambil tangan meraba poket mengambil Blackberry kesayangannya.

Apa barang entah pakai BB. Blergh.

"Zulaikha."

Jawapan sepatah membuatkan dia hanya mampu tersenyum. Dingin kemaen.

"Ooooo Zulaikha." Kepala diangguk-angguk beberapa kali.

Diam.

Matanya ralit pada sebuah henpon bijak di tangan.

"Sudi tak kiranya awak terima saya sebagai Yusuf awak?"

Huh?

Rahang jatuh. Segera dikatup mulut supaya takdelah nampak macam melopong benau.

Kejadahnya mamat ni. Tetiba pulak bagi ayat jiwang tahap kencing manis apahal.

"Errr tapi bukan nama awak memang Yusuf ke?" 

Matanya membuntang semasa bertanya. Kalau tak dibuntangkan pun dah memang buntang. Tapi dah sebab terkejut punya pasal, lebih ler buntang gamaknya.

"Betul."

Blackberry kembali dimasukkan dalam poket seluar.

"Tapi, soalan saya... Sudi tak awak terima saya sebagai Yusuf awak?"

"Buat mende nak jadi Yusuf saya?" Keningnya hampir bertaut. Pelik dengan soalan tahap tingkatan 6 macam tu.

"Awak jadi jelah Yusuf sebab dah memang nama awak Yusuf kan. Apa kes pulak tetiba nak jadi Yusuf saya? Saya bukan Yusuf, saya Zulaikha!" Nada suaranya yang tegas hanya mengundang tawa.

Ada jugak aku tapakkan budak ni dengan kasut saiz 12 aku ni karang. Blur boleh tahan.

"Awak ni memang tak faham ke buat-buat tak faham?" Dia bertanya serius.

"Saya...taknak faham! Dah diam. Saya nak masuk dalam."

"Amboi dah macam pantun tiga kerat. Nak saya tambah lagi sekerat?"

Pffftttt.

"Zulaikha..."

Langkahnya terhenti pada sepatah panggilan tersebut. Segera pandangannya dipaling menala suara yang memanggil.

"Saya tanya serius. Sudi tak awak jadi isteri saya?"

Nafasnya ditarik dalam sebelum dilepas perlahan.

"Yusuf... Kenapa awak tak cakap terus kat ayah saya?" Tanpa riak dia menuturkan.

"Saya dah cakap. Awak je yang tak tahu atau lebih tepat, awak buat-buat tak tahu atau awak taknak amek tahu."

Eh sedap je mengata aku tau mamat ni. Sekali aku sekeh, hilang jambul tu karang.

Badannya dipaling betul-betul menghadap orang yang dilawan cakap.

"Bila masa awak cakap? Kenapa ayah tak pernah bagitahu pun ada orang cakap kat dia yang nak jadikan saya isteri?"

"Manalah saya tahu. Mungkin ayah awak taknak awak terkejut kot."

Dah kenapa pulak ayah taknak bagitahu sebab taknak aku terkejut? Mamat ni biau betul.

"Tapi yang penting, lepas raya nanti family saya datang rumah awak. Meminang."

Eh sukahatinya mamat ni buat keputusan. Makan penampau sulung aku jugak karang.

"Hey mister. Awak tahu kan lepas raya tu tak lama dah? Tinggal kurang seminggu je tahu."

"Tahu." Dia tarik senyum segaris.

Pehhh muka memang kacak. Tapi kalau kacak buat sakit hati pun tak guna jugak.

"Kejap. Meminang tu kira kalau saya tolak pun takpe kan?" Dia bertanya dengan sungguh-sungguh.

"Woi! Jangan nak buat gila eh. Asal pulak awak nak tolak?" Hilang terus riak tenang di wajah bersihnya.

Bhahahahahaha. Reti gelabah jugak mamat ni rupanya.

"Orang tanya je kot." Suaranya menggumam perlahan.

"Memanglah boleh kalau awak nak tolak. Tapi, apa rasional awak nak tolak? Sebab awak tak suka saya? Sebab awak rasa saya annoying? Sebab saya tak cukup kacak untuk awak? Sebab saya tak mampu nak jadi imam awak? Sebab apa?"

Eeeeeee hai mamat ni. Tak cukup dengan gelabah, perasan pulak tu. Ni boleh bikin kentut berdarah.

"Sebab...sukahati sayalah nak tolak pun!" Dia membulatkan mata dan mencebik sebelum terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan selamba.

Win Zulaikha win. Memang win. Daebak!

2 comments:

Unknown said...

hoiii! seriously ni "rekaan" dan imaginasi kau je ke??? ishhhh!!
aku baru nk feeling berangan kau tgh sweet2~ ishhh!
tapi kan,, alangkah bahagianya andai bende ni betul jd kat kau!! arghhhh!!
Excitednye aku!!!!!!!!!!!!!!!!! hehehehehe >_<

Mikael Sahaja said...

Tergelak aku masa dia tepek lelaki tu sekali. Hahaha