Tuesday, January 8, 2013

Kita dan aurat~

Salam and greetings.

Bila semester baru bermula Januari 2013 bagi pelajar tahun akhir seperti aku, pasti ada banyak perkara yang akan menggembirakan (selain cerita kawen dan grad ofkos). 

Percaya atau tidak, sbnanye kawan-kawan adalah orang yang banyak membentuk diri kita seperti apa yang kita jadi sekarang.

Sepanjang hampir lima tahun aku berada di tempat pengajian yang aku berada sekarang ni, banyak sangat perkara yang telah aku pelajari. Terlalu banyak. Sampai kalau nak dikenang kembali, boleh buat sebak jugak sbnanye.

Dan perbualan singkat antara aku dengan salah seorang pensyarah membuatkan aku terfikir. Dia kata, tempoh pengajian kami agak lama. Lima tahun setengah bukan satu tempoh masa yang sekejap. Kata beliau, kalau budak masuk tingkatan 1 muka comot-comot, bila keluar sekolah waktu tingkatan 5 dah pandai bergaya (at least tak secomot dulu). In fact, kalau korang tengok balik gambo-gambo lama masa memula masuk sekolah menengah, sure korang akan gelak sendiri tengok betapa polos dan inesennya diri korang masa tu.

Dan setelah seminggu memulakan semester baru dengan azam baru untuk berubah menjadi a better muslimah, akhirnya aku ditegur oleh seorang batchmate. Mungkin ramai je yang dah perasan cuma takde lagi yang directly cakap kat aku. Tapi bila aku tegur dia masa kitorang terserempak kat koop, tetiba dia cakap "Kau dah alim eh sekarang," sambil gelak kecil dan berlalu pergi. Dan ya, aku pun tergelak jugak dan spontan balas "Alim? Mana ada!"

Lepas tu bila aku jumpa dia kat luar koop, aku tanya dia kenapa dia cakap aku dah alim. Dia jawab aku dah berubah, dulu aku tak macam ni. And aku dengan tegas dalam gelak cakap mana ada aku sama je. Mungkin dia maksudkan handsock yang aku pakai dan jugak inner tudung yang aku guna sebab tudung bawal kan jarang.

Walaupun ayat dia pendek je tapi still membuatkan aku terfikir. Sbnanye dah lama aku nak berubah ke arah yang lebih baik. Tapi selalu macam tangguh je niat tu. Kekadang main redah je keluar tak pakai stokin kaki, lengan baju terselak-selak, tak pakai kain dalam, tak pakai inner tudung cover leher dan ada masa pakai tudung tak tutup dada dan pakai baju menampakkan susuk tubuh. Ya, aku mengaku aku memang ada buat macam tu.

Tapi everytime aku buat, aku terfikir. Macam mana kalau tengah sedap-sedap aku berjalan, aku mati? Dengan aurat tak cover betul, tahu-tahu je aku dah kena jawab dengan malaikat dalam alam lain. Baru perihal aurat yang belum setel, belum lagi cerita solat tak sempurna, mengumpat orang sana sini, hati busuk, lawan cakap ibu ayah dan banyak lagi.

Aku bukan nak cakap aku baik. Tidak. Langsung tak. In fact, bila aku mula nak berubah, ada masa aku malas. "Ah malaslah nak pakai handsock, bukan terselak pun lengan baju kurung aku ni." "Ah malaslah nak pakai inner tudung, bukan orang nak tenung dalam-dalam pun kat leher aku." Dan seribu satu macam lagi alasan yang aku cipta sendiri. Tapi aku sedar, untuk berubah memang perit. Tapi adalah lebih perit untuk kekal istiqomah dalam berubah.

Aku ada cakap kat kawan aku haritu yang aku selalu terfikir sampai bila aku akan macam apa yang aku cuba buat sekarang ni. Adakah bila dah kawen dan beranak pinak, aku akan malas dan mula amek mudah benda-benda kecik macam ni. Dan jawapan kawan aku mudah je. Dia kata kalau lepas kawen aku berubah ke arah yang lebih baik, maknanya pasangan aku tu juga orang yang baik begitu juga sebaliknya.

Tapi Allah tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku pernah dengar orang kabo, kalau kita nak berubah ke jalan Allah, Dia akan datangkan orang yang turut berada di jalan-Nya. Maka aku sangat bersyukur aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang tak pernah langsung mengkritik perubahan yang aku lakukan, in fact slowly diorang pun turut bersama aku dalam perubahan ni. Alhamdulillah.

Mungkin perubahan aku tak terlampau ekstrim sebab aku bukannya berubah daripada freehair ke bertudung. Cuma, aku slowly tutup apa yang aku pandang remeh sebelum ni. Tapi aku ada je kawan yang dulu freehair, now dah pakai tudung. Bukan setakat pakai tudung bawal tiga segi macam aku, tapi lebih labuh. Dan perubahan dia membuatkan aku malu pada diri sendiri. Sungguh.

Pada hakikatnya, pakaian kita adalah cermin diri kita. Benda ni dah lama Allah seru. Toksah kata la belum dapat hidayah apa semua. Hidayah tu serupa konsep dia macam rezeki dan jodoh. Kita nak, kita yang kena cari. Dan terpulang pada Allah untuk menilai usaha kita dan beri apa yang setimpal dengannya. Mungkin pada sesetengah orang yang berfikiran liberal dan moden akan merasakan aku hanyalah sebahagian daripada hijabsters/fashionista yang wujud sekarang ni. Tapi percayalah, kalau benarlah aku ni hijabsters, mungkin akulah hijabsters terselekeh yang pernah wujud. Sebab bukan itu soalnya, tapi apa yang lebih penting selagi tak melanggar syariat dan bersederhana, tiada salahnya.

Sebab tulah banyak sangat masa untuk kita pandang ke cermin dan menelek diri kita sendiri daripada sentiasa nak pandang cermin yang bukan milik kita dan mencari kelemahan diri orang lain. Bila kita pandang ke cermin, sbnanye kita takde masa nak pandang kelemahan orang lain sebab yang paling dekat kita nampak adalah diri kita sendiri. Macam mana nak tengok kelemahan orang lain bila kelemahan diri kita sendiri dah terlampau banyak untuk kita lihat dan perbaiki.

Untuk muslimah yang masih belum properly cover your aurat, paksa ain't my style since you may argue with me to defend your doings. But just remember, the time will come very soon. When only you and Him, there's no more argument to defend what you did because He will judge you solely based on what you lived for.

I never say that I'm perfect enough in covering my aurat and improving my akhlak, but I'm on my way. Why don't you join me? Ingatlah, janji Allah itulah yang paling benar dan yang paling pasti. :)

Wallahualam.


p/s: Sape kata tak boleh nak pakai seksi-seksi? Nanti dah kawen, habis seksilah depan suami. Barulah dia rasa spesel yedok. Amboi, asek sebut kawen saje. OKBYE!

3 comments:

eL.mh said...

insyaAllah. :)

SakinahSallim^^ said...

setiap perubahan yang kita lakukan tu sangat manis jika semua tu adalah ikhlas kerana Allah. setiap orang sentiasa ada peluang utk berubah n terpulang kt diri kita je sama ada nak rebut peluang tu atau tak.
bila diri diberi hidayah, itu tandanya Allah masih kasihkan kita. tak semua orang dapat rasa tu, ramai je yang terbiar dilalaikan.

tahniah untuk entry ni :)

hope kita sentiasa di jalan-Nya dan semoga Dia istiqamahkan hati kita. insyaAllah :)

Mynnie. said...

all the good parts on muslimah aside, aku nak ckp sebenda je.

ko ni dok sebut pasal kawen jee. cepat la langsung nye zulaikha oiii :p

(aku nak tgk post mana yg ko x sebut perkataan kawin haha)


oh. ni shamin. hehe