Friday, December 21, 2012

Kegelapan~

Salam and greetings.

Baru-baru ni lampu tandas rumah aku rosak. Kalau  dalam keadaan nak cepat sangat pada waktu malam memang tak sempatlah nak nyalakan lilin, petik mancis bagai kan. Mujur dah biasa masuk tandas dalam keadaan separa sedar (especially bangun subuh - eeee teruknya perangai! -.-), so macam dah boleh agak susun atur sinki, baldi, gayung bla bla bla.

Apa kejadahnya kes lampu tandas rumah aku yang rosak tu dengan entri kali ni? Dah tahu rosak, pegi jela repair kan. Pffttt sangat tahu.

But wait!

There's something yang kita boleh fikirkan daripada kejadian tersebut.

Ada tak dalam kalangan kita yang bila tengah dok lepak-lepak tengok tv tanpa main henpon, pastu tetiba blackout - seluruh keadaan daripada terang benderang jadi gelap gelita - dan secara automatiknya kita akan terjerit kecil atau barangkali histeria?

Ada tak?

Eh, jangan kata takde. Mesti ada. Cuma aku taktau sape sebab aku bukan orangnya. HAHA.

Dulu, mungkin ya aku akan automatically menjerit bila keadaan tetiba jadi blackout, tapi tidak lagi kini. Cewah.

Tahukah anda apa yang menyebabkan kita menjerit bila keadaan menjadi gelap secara tetiba itu?

Menurut kajian Prof. Dr. Zulaikha binti Mohamad, itu adalah disebabkan oleh perasaan kita semata-mata. Kita sbnanye berada dalam keadaan terkejut kerana perubahan keadaan secara mendadak dan juga kerana kita tak tahu apa yang ada dalam kegelapan tersebut disebabkan tiada cahaya.

Kenapa aku ada kata tadi dalam keadaan 'tengah dok lepak-lepak tengok tv tanpa main henpon'?

Sebab kalau kita main henpon, pasti ada cahaya yang dikeluarkan dari henpon kita tu dan boleh jadi kita kurang terkejut kerana masih ada bekalan cahaya. Mungkin kita boleh suluhkan cahaya lampu dari henpon untuk melihat keadaan sekeliling dan sebagainya.

So dalam keadaan gelap, walaupun pada hakikatnya kita tak menjerit (contohnya aku) tapi somehow aku ada perasaan takut. Takut yang diinterpretasikan dalam pelbagai maksud. Takut akan terpijak benda, takut akan terlanggar benda, takut tertolak benda, takut tetiba terpegang hantu. Contoh...

Dan bila aku fikir-fikir balik, aku bukannya takut pada kegelapan tapi aku takut jika tiada cahaya langsung yang terbias.

Dalam keadaan ni, ada dua perkara yang dapat aku fikirkan.

1. Cahaya adalah sangat penting dalam kehidupan.

Cahaya yang aku maksudkan adalah cahaya keimanan dalam diri kita. Ah, aku pun bukannya baik sangat, alim sangat, warak sangat nak cakap pasal cahaya keimanan ni. Tapi percayalah setiap Muslim itu selagi dia tidak menyekutukan Allah dengan benda lain, selagi itulah ada iman di dadanya. Cuma yang membezakannya adalah tahap keimanan tersebut. Dan dalam keadaan ini, cuba bayangkan jika hilang atau malapnya cahaya keimanan dari dalam diri kita. Cuba bayangkan Allah tarik nikmat iman yang dipinjamkan kepada kita.

Tidakkah kita berasa takut untuk terus mengemudi hidup dalam gelap?

Anda jawab.

2. Tak selamanya kita akan hidup dalam terang.

Untuk perkara yang aku tuliskan di atas adalah merujuk kepada keadaan kita di alam barzakh - alam kubur kelak. Aku selalu terfikir macam mana gamaknya keadaan aku bila mati, dikebumikan dengan tanah menutup seluruh jasad aku. Adakah akan bercahaya kubur aku atau berada dalam keadaan gelap yang sangat menakutkan? Nauzubillah. Sebagai manusia biasa, aku tak lari daripada berbuat kesilapan. Ya, aku mengaku. Dosa demi dosa aku lakukan. Sampai satu tahap aku menangis kerana takut akan ditayangkan balik segala dosa yang aku lakukan dan menjadi aib yang tak mampu aku selindungkan lagi.

Tak perlu untuk dilipurkan segala macam jenis dosa yang telah dilakukan. Cukuplah hanya aku dan Tuhanku tahu. Dan yang paling penting, sebagai manusia lemah yang tahu diri sudah berbuat dosa, bertaubatlah. Kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka. Dan yakinlah dengan janji Allah dan bersangka baiklah pada-Nya bahawa dosa kita pasti akan diampunkan. Cuma, jangan jadikan alasan Allah itu Maha Pengampun untuk kita terus berbuat dosa. Ingat, kita tak pernah tahu bila kita akan mati.

Cukup setakat itu aku rasa. Sesamalah kita muhasabah diri kita sendiri. Yang elok, dikekalkan dan disyukuri. Yang tak elok, diperbetulkan dan diperbaiki.

Dosa sama Tuhan, mintak ampun pada Dia. Dan dosa pada manusia, mintak maaf pada manusia tersebut. Wallahualam.

1 comment:

zara said...

salam. betol, kalo aku pon aku akan klam kabot kalo dalam gelap. ade hp, rse slmat, xde hp, mggelabah la. thanks for da nasihat. betol2 buat aku berpikir. alhamdulillah...

singgah smbil blogwalking~~