Wednesday, November 14, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 19~

"Ayah rasa dah tiba masanya untuk kita bincangkan hal ni."

Muka serius ayah dipandang cuak. Hal apa pulak ayah ni. Kemaen serius muka. Tanpa semena-mena, Qistina mengerutkan dahinya melihat riak wajah ayah.

Ibu hanya duduk membatu di sebelah ayah. Menyampuk tidak, mengangguk pun tidak. Dia semakin bingung. Hal apa ni?

Tapi, bibirnya seakan terkunci. Tak berani untuk bertanya apakah perkara yang hendak dibincangkan oleh ayah dan ibu.

"Sebenarnya..." Ayah menutur perlahan menyusun ayat permulaan sambil matanya diangkat menatap sebuah pandangan redup anak perempuan tunggalnya.

"Ni..."

HUH?

Matanya terbeliak demi terpandangkan sebuah kotak baldu berwarna merah hati berbentuk empat segi sama berada dalam genggaman tangan ayahnya dan kini beralih tempat di meja ruang tamu.

Fikirannya berkecamuk. Cuba mengagak apa yang cuba hendak disampaikan oleh ibu dan ayah.

"Apa ni ayah? Kenapa tiba-tiba ayah nak bagi kakak barang kemas ni? Hari jadi kakak kan dah lepas." Dia cuba menenangkan perasaannya sendiri dengan bersangka baik.

"Nak kata kakak dapat Dean's List pun tak. Ni hadiah sempena apa ni yah?" tanya dia yang masih mahu menolak andaian bahawa ada orang menghantar cincin tanda untuknya.

Ayah hanya mampu menggeleng bagi setiap pertanyaannya.

"Bukan ayah atau ibu yang beli pun. Tapi ada orang bagi."

ALLAH!

"Wakil orang yang berkenan kat kakak." ujar ayah lagi.

Mukanya ditunduk menekur lantai. Perasaannya kacau bilau. Baru tadi terserempak dengan wajah yang tak ingin diingati dan sekarang ayah kata ada orang hantar cincin tanda?

"Siapa?" tanyanya sepatah.


"Ayah pun tak kenal. First time rasanya ayah jumpa dia dan famili dia."


"Dia? Siapa dia?" Nada suaranya menjadi sedikit mendesak.

"Thaqif." jawab ayah sepatah. Namun, jawapan sepatah ayah pantas membuatkan airmatanya luruh tanpa mampu disekang lagi.

"Kakak masuk bilik dulu." Pantas dia berdiri dan ingin mendaki tangga ke biliknya.

"Kakak..." panggil ibu namun pantas ditahan oleh ayah. Cuba memberi ruang untuknya menenangkan hati dan perasaannya.

Ibu yang turut sama merasakan kesedihan Qistina menangis di bahu ayah tanpa sedikit pun rasa malu.

***

"Saya tak pernah tolak kalau kita ada jodoh, Qis."

"Tapi kenapa mesti awak buat saya macam ni?"

"Cuma, saya rasa sekarang bukan waktunya."

"Habis, bila?"

"Bila masa yang sesuai tiba."

"Alasan. Losers always make excuses."

"Terpulang pada awak. Jaga diri."

"Saya benci awak!"

No comments: