Monday, October 1, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 7~

Qistina sering mengingatkan dirinya bahawa lelaki yang bermulut manis macam Syafaat ni WAJIB di-friendzone-kan agar tiada hati yang terluka kelak. Hati sendiri terutama sekali. Dalam setahun, berapa kali nak terluka kalau tak friendzone-kan lelaki yang bermulut manis macam ni kan.

@Qistina Assalamualaikum kesayangan hamba. Dah makan? Harap semuanya baik-baik saje hendaknya.

Dia tersenyum simpul membaca mention daripada Syafaat si mulut manis. Dasar manusia ternak ladang tebu di pinggir jari. Heh.

@Syafaat Amboi siap kesayangan. Tak boleh manis lagi ke ayat tu? Have a bright day ahead! :)

Butang 'tweet' ditekan.

Henpon bijaknya dicampak terus ke katil. Kepala yang berdenyut-denyut minta dibasuh. Raga kecil penuh berisi toiletries diambil dan langkahnya diatur laju menuju ke bilik air.

"Hey Qis! Lama tak nampak? Bila nak menikah?"

Kepalanya ditala mencari suara yang menegur. Seorang perempuan kurus, tinggi dan berambut hitam panjang berdiri lebih kurang 10 meter di hadapannya sedang menyidai baju di ampaian menegur ramah. Kawan satu batch, kos lain.

"Eh Yiying! Sedap hang tanya aku bila nak menikah noo. Hang taktaw ka aku dok tunggu hang lepas dulu?" jawab Qistina sambil meng-ponytail-kan rambutnya. Dia sengaja menjawab dalam loghat utara memandangkan Yiying tak pernah cakap dalam loghat lain selain loghat kampung halamannya.

"Banyaklah hang. Aku ni calon pun takdak. Nak menikah amende."

"Calon takdak ka hang yang memilih sangat. Pui."


Pecah ketawa Yiying mendengarkan kata-kata bersahaja Qistina.


"Eh aku nak mandi sat. Satgi kita sambung gosip nooo." Qistina pamer sengih lebar.

"Qis! Satgi hang mai bilik aku no. Ada benda nak cakap kat hang."

Dia mengangguk laju sebelum menutup pintu bilik airnya.


No comments: