Thursday, September 27, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 6~

Acer Aspire 4310 dibuka. Butang 'on' ditekan. Rambutnya yang masih basah dilap dan dikibas-kibas dengan tuala kecil. Jari jemarinya lincah meningkas keyboard. Persis seorang keyboard warrior lagaknya. Dia tersenyum dengan telatah sendiri. Narsis petala ketujuh setengah. Kira boleh kawtim lagilah belum sampai ke petala kelapan. Blergh.

Broadband celcom dicucuk pada usb port. Connected. Google chrome dibuka dan first pop-up window dia adalah facebook. Terus new tab dibuka untuk log in akaun twitter. Zaman galak main facebook dah berlalu, sekarang masa kumpul followers pulak kat twitter. Hekeleh.

Syafaat and 2 others followed you.

Syafaat? Pehh first time aku tahu wujud jugak rupanya manusia bernama Syafaat ni. Ingatkan syafaat ni hanyalah berbentuk kata nama yang membawa maksud pertolongan semata-mata dan banyak diguna pakai pada ayat 'untuk mendapatkan syafaat Rasulullah'. Blergh, lame-nya kau ni Qistina.

Takpelah, biarlah dia follow. Sikit lagi unfollow lettew bila tak di-followback. Syafaat tak syafaat, kita tengok jauh mana dia mampu bertahan. Amboi, pesen ego boleh tahan awak ni Qistina. Tak padan dengan baru frust.

Macam biasa, Qistina memulakan ritual tuitnya dengan meng-RT tuit-tuit best sebelum betul-betul masuk timeline untuk tuit apa yang dirasa.

(1) Interaction

Amboi, Syafaat terus respon pada tuit yang di-RT. Tapi, respon yang tiada kaitan langsung dengan tuit tersebut.

@Qistina Hai awak. Sedap nama. :)

Sepatah mention masuk ke dalam tab 'connect' Qistina. Amboi Syafaat ni dah mulakan langkah nampak. Ah, malaslah nak layan. Qistina terus tweet macam biasa. Macam biasa tu bermaksud mengabaikan sumorang dan tweet like a boss, like nobody ever cares.

Dan macam biasa, dia melakukan aktiviti menyetalk (baca: stalking) followers baru dia. Nak kata stalk tu takdelah stalk mana. Just tengok avatar dan baca bio. Tuit dia hanya akan dibaca kalau best. Dan akhirnya, baru dia decide untuk follow atau tidak.

Dan...nampaknya, Syafaat is just one lucky fella.

Follow button is clicked once!


No comments: