Monday, October 15, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 13~

Telefon yang menjerit minta diangkat dibiarkan tanpa rasa bersalah. Dia takde mood nak bercakap dengan sesiapa pun buat masa ni. Bimbang dia akan cakap sesuatu yang menyakitkan hati dalam keadaan moodnya yang tak stabil.

Acer Aspire 4310 miliknya dihidupkan dan documents diklik untuk membuka coretan hatinya yang telah disimpan kemas dalam folder yang telah pun di-hide-kan.

Perlu ke untuk aku buka kembali hati yang pernah terluka kepada seseorang yang belum tentu takkan melukakan?

Sebaik habis jarinya menaip, satu keluhan berat dilepaskan. Fikirannya menjadi sesak. Nafasnya berulang kali ditarik dalam dan dihembus kuat, seakan-akan mengeluh.

Oi, tak baiklah mengeluh. Cuba rileks sikit. Amboi, self motivation nampak.

"Qis! Qistina!"

Tersentak dia mendengarkan suara Yaya yang sedikit menjerit memanggilnya. Yaya yang telah menjadi rakan baik merangkap roommatenya dari sejak mula-mula menjejakkan kaki ke tempat belajarnya benar-benar memahami kerenahnya. 

Tangannya digawang-gawangkan ke udara, cuba mencari perhatian Qistina yang menekup telinga dengan sebijik headphone gedabak dan berangan entah mana hala.

"Qistina!"

"Haa apa weh? Sorry. Aku tak perasan." Dengan rasa serba salah, Qistina melurutkan headphone ke leher.

"Nak perasan macam mana kalau dah telinga sumbat dengan lagu kpop, mata tenung skrin sampai tembus, otak menerawang entah ke mana." Yaya dah mula nak membebel ala-ala mak nenek.

"Kahkahkah! Sorrylah weh. Serius aku tak dengar tadi. Haaa kenapa kau panggil aku?" Qistina cuba menenangkan perasaan Yaya. Mukanya dimanjakan, cuba untuk meraih simpati. Matanya yang galak diredupkan. Semuanya hanya untuk memujuk hati roommate tersayang.

"Takdelah. Kau tak cerita lagi apa jadi masa kau ikut Yiying balik Kedah haritu. Apa jadi weh? Kau senyap je. Pelik jugak aku."

Qistina membalas dengan senyuman tipis ditarik membentuk di bibir.

"Hai, tengok. Senyum-senyum pulak. Aku tanya ni, jawablah..." Yaya meleretkan suaranya, dalam proses nak mengorek rahsia terbesar daripada Qistina yang begitu transparent dengannya.

"Hmmmm..." Headphone diangkat melepasi kepala dan diletakkan di sebelah laptopnya. "Hmmm... Macam mana nak cakap ek?" tanya Qistina sambil tangannya meng-logout semua akaun alam mayanya sebelum menutup laptopnya dan diletakkan di bawah katil.

"Cakaplah macam mana pun. Janji cakap." Yaya cuba berlawak. Pecah tawa Qistina. Tawa yang lebih untuk menutup resah hatinya.

"Hmmmm... Okay... Macam ni..." Muka Yaya yang tak sabar nak tahu cerita ditatap. Anak matanya dicari dan direnung dalam. Mencari-cari sumber kekuatan untuk meneruskan penceritaan.

Tiba-tiba, ketawanya meletus. "Dah kau ni kenapa belum cerita dah gelak sakan?" Yaya mengerutkan keningnya dan memasamkan muka. Penat nak layan kerenah Qistina yang jarang mahu serius. "Baik kau cerita sebelum..." tangannya dah mula menjalar ke peha Qistina dengan niat nak menghadiahkan sebuah cubitan ketam di peha roommate kesayangan.

"Haa haa. Okay, aku nak ceritalah ni! Laju je kau kan nak cubit. Sakit tahu dak."

"Tau pun sakit. Hati aku lagi sakit tahu tak nak tunggu kau start cerita."

Dengan senyuman yang masih berbekas di bibir, Qistina memulakan cerita. "Aku jumpa dia kat sana. Aku ingat aku dah lupakan dia. Tak sangka parut dalam hati aku ni masih mampu mengeluarkan darah. Pedih. Sakit."

Yaya masih tekun menekur muka Qistina, setia mendengar ceritanya. "Okayyy... Kau jumpa dia kat sana. Tapi, macam mana dia boleh ada kat sana? Dia memang ada kaitan dengan Yiying ke? Setahu aku, dia bukan orang Kedah kan."

"Dia orang Kedah sebenarnya. Tapi sebab dari kecik dia sekolah kat luar Kedah, tu yang dah tak dengar sangat loghat utara dia. Plus, dia memang jarang balik Kedah sebab ada rumah kakak dia kat KL. Yiying je yang tak pernah keluar dari Kedah sebab dia memang sekolah kat sana." terang Qistina panjang lebar.

"Okay, lepas tu?"

"Lepas tu, kau rasa aku terkejut tak jumpa dia kat sana?"

"Mestilah oi! Kalau aku, entah-entah pengsan terus di tempat kejadian."

"Ish kau memang. Drama queen. Over tau. Hahahaha." Geli hati dia melihatkan telatah Yaya yang sentiasa bersemangat dan kadang-kadang ter-over.

"Hahaha. Kau macam tak kenal aku. Eh dahlah. Sambung, sambung!"

"Hmmm... Lepas aku terkejut tu, aku pun speechless la. Taktau nak react cemana kot. Sumpah aku tak sangka dia abang Yiying. Padanlah aku tengok muka diorang iras sikit-sikit. Tapi, Yiying banyak ikut ayah, dia banyak ikut mak. Mak dia cantik, macam kacukan Arab."

"Lepas tu, apa jadi? Takkan tu je kot dah buat kau berangan tak tentu hala ni."


"Lepas tu, hmmm, lepas tu, hmmmm...."


"Lepas tu apa?" Yaya sedikit membentak, hilang sabar dengan Qistina yang sengaja mahu mengujinya.


"Lepas tu, mak dia nak masuk minang aku untuk dia..."

"WHAT??!"

"Oi tutup sikit mulut kau yang ternganga tu. Over tau."

"Okay okay, sekarang kenapa kau taknak angkat orang call kau tu? Cakaplah dia yang call."

Dia menggeleng. "Bukan dia. Mak dia."

"Mak dia nak apa?"

"Nak aku jadi menantu dialah!"

"Serius la weh."

"Serius la ni. Sebab tu, aku taknak angkat. Serba salah dibuatnya."

"Takpelah. Kau buatlah solat istikharah. Mintak petunjuk Allah. Mana tahu, mungkin memang dia yang ditakdirkan untuk kau."

Qistina baring, menala siling. Tangannya memeluk erat bantal spongebob yang dihadiahkan oleh seorang kakak senior yang rapat dengannya. "Yaya..." Dia memanggil perlahan seakan-akan berbisik.

"Hmmm?"

"Kalau aku taknak dia, boleh tak?"

Yaya mengukir senyuman nipis sambil bahunya memegang dan menepuk-nepuk tangannya. "It's your call, darl."

1 comment:

Anonymous said...

tules cepat sikit.. hehehe
wuhu.. mek zue nok nikoh doh tahun depanggg~