Sunday, October 21, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 14~

Banyak perkara yang berkeliaran di mindanya sampai ada masa serasa seperti mahu menanggal kepala daripada badan dan mengasingkannya ke dalam peti sejuk. Supaya menjadi lebih sejuk dan lebih dingin daripada biasa.

I need some fresh air!

Hatinya membentak keras. Apa yang difikirkan menjadi makin berserabut. Wayar-wayar dalam otaknya kian berselirat dan makin susah untuk diuraikan.

@Qistina Sampai bila awak nak abaikan saya macam ni?

@Qistina Awak tak rasa nak explain apa-apa ke kat saya?

@Qistina Saya rindu awak yang dulu.

@Qistina Please Qistina... Jangan buat saya macam ni. 

@Qistina Janganlah diam macam ni. Saya tak kisah kalau awak nak marah saya but please jangan diam macam ni je. It's killing me inside.

Semua mention daripada orang yang sama dibaca tanpa perasaan. Sekali lalu dan terus dia logout daripada akaun twitternya. Buat semak je baik tak payah.

Laptop dibaringkan di bawah katil dan dia meletakkan kepalanya pada bantal. Baringnya tegak menala siling. Pandangannya menerobos bumbung bilik. Menerawang ke dimensi lain. Memikirkan masa depan, kononnya.

Dia tak habis menimbang lagi sama ada mahu menerima atau tidak lamaran daripada emak Yiying. Dan dia juga masih belum bercerita tentang perkara tersebut pada ibu. Bimbang akan penerimaan ibu. Kalau ibu suruh terima, masak dia. Kalau suruh tolak, lagilah masak. Ah dilemanya!

Henpon bijaknya dicapai dan whatsapp diklik sekali. Dia skrol pada satu nama dan mesejnya mula ditaip.

Salam Syafaat. Sorry lama tak contact. Saya harap awak sentiasa sihat. Kirim salam mak.

Terus dicampak gadget tersebut ke hujung katil dan matanya dipejam rapat. Semoga segala masalah akan terbang dibawa angin malam.

No comments: