Sunday, October 7, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 10~

Air tanpa perisa diteguk perlahan. Kedinginan terasa menjalar melalui kerongkong, membasahkan tekaknya yang kering. Pandangannya kosong. Fikirannya ligat memikirkan apa yang telah dia alami dalam masa dua tiga hari ni. Sesekali dia mencubit lengannya sendiri untuk memastikan bahawa dia tidak bermimpi. Terlampau pelik untuk dia telan sebagai hakikat.

Ketukan halus di balik pintu mematikan lamunannya.

"Masuk." ujarnya sepatah.

Kelihatan wanita separuh abad menjengahkan mukanya dengan senyuman. "Mak Pah ganggu ka?"

Pantas bibirnya mengukir senyum. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

"Tak la. Mana ada ganggu, Mak Pah. Mai la masuk. Dok jengah balik pintu ja pasaipa."

Bunyi keriuk memecah sunyi apabila pintu dikuakkan. Wanita tersebut melangkah masuk dengan menatang dua buah mug di tangan. Sebuah mug disua padanya. Mug tersebut bertukar tangan.

"Susah-susah ja Mak Pah buat air ni." Qistina naik segan dengan layanan baik yang diberikan oleh emak Yiying.

"Susah apa pulak. Tak luak pun tulang empat kerat Mak Pah ni aih."

Senyum.

"Mak Pah tanya sikit boleh?"

Mug berisi air milo panas diletakkan di atas meja sebelah katil.

Dia pantas melihat raut wajah Mak Pah yang sudah mula menampakkan kedutan halus di dahi dan kulit pipi yang sudah mula mengendur. Namun Mak Pah masih cantik kerana senyuman yang tak pernah lekang menghiasi bibirnya. Hidung yang mancung menjadikan mukanya kelihatan persis kacukan arab. Tanpa sedar, dia tersenyum.

Awak mesti banyak ikut genetik mak awak. Sama. Hidung mancung. Senyum manis. Patutlah saya boleh cair bagai aiskrim dulu. Hmmmm.

"Qistina... Qistina..." Terasa panas tangannya disentuh oleh Mak Pah.

Terus dia tersengih sumbing. Malu sebab kantoi dok telek muka orang.

"Boleh tak Mak Pah nak tanya sikit?"

Dia angguk sekali. "Apa dia Mak Pah? Tanya jelah."

"Hang dah ada yang punya ka?"

"Hah?"

"Mak Pah bukan apa. Mak Pah berkenan sungguh kat hang. Kalau hang takdak lagi yang punya, Mak Pah ingat nak pinangkan untuk abang Yiying tu."

"HAH???"

2 comments:

bact. said...

sapadia Yiying tu,
sapadia Qistina?

Lelaki said...

hehe...pinang je ler..