Thursday, October 4, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 9~

"Hang dah habaq mak ayah hang belum?" Oreo crush disedut perlahan. Badannya disandarkan pada tiang. Matanya meliar melihat ragam pelbagai jenis manusia di sekelilingnya. Kadang-kadang dia terasa bagai berada di negara asing memandangkan terlampau ramai penduduk asing di tempatnya.

"Gila apa tak habaq. Karang kalau jadi apa-apa, sapa nak tanggungjawab pulak." Dia meraba-raba kocek seluar jeans, mencari-cari sesuatu.

"Ying, hang ada nampak tak phone aku?" Muka dia masih kelihatan tenang sambil tangan menungkas beg sandang yang dia baru turunkan dari bahu.

Yiying geleng laju. Dia turut sama mencangkung dan membuka beg baju Qistina.

"Haaaa jumpa pun!" Qistina sengih lebar. Gaya persis menang cabutan bertuah. Maklumlah, Qistina ni tak pernah menang cabutan bertuah seumur hidupnya.

"Hang letak mana?" Keningnya dikerutkan.

"Aku ingat aku dah bawak keluar, masukkan dalam kocek seluar. Rupa-rupanya ada dalam poket tepi beg laptop aku ni lagi." Sengih Qistina masih tak lekang dari bibir. Giginya yang teratur menambahkan kemanisan senyumannya.

Zip beg ditutup rapi dan digalas semula di bahu. Lalu, dia bangkit dan membetulkan bahunya agar selesa untuk menggalas beg berisi Acer Aspire 4310.

"Qis, jom duduklah. Kaki aku ni dah naik cramp dok diri lama-lama lagu ni."

Qistina tanpa banyak kata terus menurut langkah Yiying menuju ke bangku terdekat.

"Sapa mai amek kita ni Ying?" tanya Qistina sambil meletakkan beg galasnya di tepi. Boleh tahan lenguh dok galas beg dekat sejam ni.

"Uih, mana boleh habaq! Biaq sepraih. Biaq hang terkejut beruk mak yeh." Terkekeh-kekeh ketawa Yiying mendengarkan percakapannya sendiri. Aparaaa, sendiri cakap sendiri rasa geli hati. Hampagas.

"Hekeleh sungguh la hang ni. Aku stalait dahi hang satgi, sia-sia ja." 

Oreo crush bertukar tangan. Qistina sedut perlahan, terasa dingin mengalir ke seluruh urat sarafnya terus ke otak. Sejuk gila! Okay, nama pun ice blended. Blergh.

"Awat la hang ni cengei semacam. Itu pun abang aku dok syiok separuh mati jugak. Pelik dot jpeg jugak aku."

"Hang dengan pelik dot jpeg hang boleh terjun longkang. Sekarang ni, kita nak kena tunggu berapa lama lagi ni kat sini? Mata aku dah rabak dah ni."

"Hang cuba kira sampai sepuluh."

"Hang main-main kan. Main-main..." Qistina malas melayan kerenah Yiying sebab tahap kemengantukannya yang sudah pun berada di tahap penyu bertelur.

"Mana ada. Sungguh ni. Kiralah, Qis... Kiralah..." Yiying buat muka merayu sambil merengek.

Ya ampun budak ni. Annoying tahap kambing betei.

"Satu..."

Muka Yiying penuh teruja.

"Ah, malaslah." Oreo crush kembali menjamah kerongkong. Matanya dipejam, menikmati kesejukan. Okay, mengantuk gila sebenarnya.

"Alaaa Qis... Cepatlah sambung... Pleaseeeee... Cepatlah..." Tangan Yiying menggoncang bahu Qistina, separa memaksa.

"Ish, yelah yelah! Satu..." Matanya masih dipejamkan. Cukup rabak untuk dibuka.

"Dua..."

Perlahan dia mengira.

"Tiga..."

"Em...pat..."

Suaranya kian sayup dan perlahan.

Sebelum betul-betul terlelap, dia cepat-cepat menghabiskan kiraannya. "Lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh. Okay dah!" Matanya terus dibuntangkan mencari kelibat Yiying.

"Assalamualaikum."

Suara garau menjamah pendengarannya. Matanya dihidangkan dengan senyuman manis seorang lelaki yang berada kurang daripada 2 meter di hadapannya.

Mata yang sedia buntang serasa seperti ingin menjamah lantai, keluar daripada soket. Rahangnya jatuh teruk. Buat pertama kali, dia tidak mempercayai mata kepalanya sendiri dan terasa ingin lari dari situ secepat mungkin, selaju mungkin. 

Tapi, lari ke mana?

No comments: