Monday, October 8, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 11~

Setelah hampir seminggu tak bermesra dengan laptop kesayangan, akhirnya dia memutuskan untuk online dengan menggunakan Acer Aspire 4310 kepunyaannya malam ni. 

Sebaik saje keluar pop up 'connected', dia pantas membuka Chrome untuk log in akaun twitter dan facebooknya. Seminggu lamanya dia mengasingkan dirinya daripada dunia maya dan cuba memberikan perhatian sepenuhnya kepada dunia nyatanya. Seminggu jugalah hatinya dilanda resah dan gelisah dek kerana perkara yang berlaku dalam dunia nyatanya. Perkara yang dia terpaksa telan sebagai hakikat. Pedih. Perit. Namun, itulah hakikat.

Ah, it's getting lame and boring.

Bukak facebook, balik-balik terpaksa jamu mata dengan gambar kawen orang lain. Bukak twitter, tak habis-habis dengan drama yang menyesakkan. Dan yang paling dia tak suka adalah manusia yang suka menggunakan agama sendiri sebagai modal untuk bergurau. Pffftttt gurau kejadah. Banyak lagi benda boleh bawak gurau tapi agama jugak yang dipilihnya. Dasar manusia tak bertamadun.

Tiba-tiba, ada sesuatu yang menangkap perhatiannya.

@Qistina Kenapa awak buat saya macam ni? Perlu ke awak nak menjauhkan diri daripada saya?

Qistina memaku pandangan pada skrin. Dia berkira-kira untuk membalas tapi ada la dalam sepuluh kali jugak dok tulis padam tulis padam. Akhirnya, 'mention' tersebut dibiarkan sepi. Sesepi hatinya.

Apa alasan yang dia perlu berikan untuk menjauhkan hatinya daripada dilukai? Apa cara terbaik yang perlu dia ambil untuk pastikan jiwanya tidak akan disakiti? Dia bingung.

Tanpa lengah, tuala yang diletakkan atas kepala diambil dan dikibas-kibaskan untuk mengeringkan rambutnya yang basah. Tuala disakut pada penyangkut di tepi loker. Telekung dikeluarkan dari dalam loker dan dipakai. Sejadah dibentang.

Allahuakbar...

Moga-moga aku berjumpa ketenangan dengan menghadap-Mu.

No comments: