Sunday, September 23, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 5~

Qistina merebahkan badannya ke katil. Tudung dicabut kasar. Airmata yang tertahan sejak tadi keluar menderu tanpa malu.

Ya Allah! Tak mampu ditafsirkan apa perasaannya kala itu. Yang dia tahu, dia sedih. Namun, tak tahu atas sebab spesifik apa yang membuatkan dia bersedih.

"Saya memang nak serius dengan awak. Tapi, itulah. Saya kena ikut cakap parents saya jugak."

Terngiang-ngiang kata-kata Thaqif kepadanya. Pffttt. Kalau tak bersedia, cakap jelah tak bersedia. Tak perlu kot nak libatkan parents segala.

"Saya pilih awak sebab saya rasa selesa dengan awak. Dan saya harap ada jodoh antara kita."

"Thanks sebab sudi datang and buat saya gembira, walau sekejap. Saya doakan awak bahagia." Qistina terus turun dan tidak lagi menoleh pada Vios putih kepunyaan Thaqif. Tiada apa lagi yang perlu ditoleh. Tiada.

Semua telefon bimbitnya dimatikan. Dia mahu pergi dari dunia realiti yang menyesakkan walaupun sekejap cuma. Kalau boleh, dia mahu lari daripada segalanya. Tapi, melarikan diri daripada masalah takkan menyelesaikan apa-apa.

"Saya nak hidup dengan awak. Tapi saya takut nak berjanji. Jadi, saya harap awak boleh bersabar dan tunggu saya. Dan doakan agar kita ada jodoh."

"Kadang-kadang dalam hidup kita perlu terima hakikat bahawa tak semua yang kita impikan akan berlaku."

No comments: