Tuesday, September 18, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 4~


"Tak payah nak berjanjilah kalau akhirnya dimungkiri."

Qistina membuang pandang ke jalanraya yang sesak dengan kenderaan. Hari kerja pun banyak kereta, hari cuti lagilah banyak kereta.


Haih.

"Hai, mengeluh?"


Kepalanya dipusing lipat memandang ke arah pemilik suara. "... Hmmm mana ada."

"Nak nafikan lagi? Blergh."


"Suka hati awaklah. Okay, back to the main topic. So, macam mana kita ni?" Matanya galak memerhati raut wajah lelaki di sebelahnya.

Lelaki tersebut menjelingnya sekilas. "Err... Awak janganlah pandang saya macam tu."

Riak wajahnya terus berubah. "Kenapa?"

"Menakutkan." Jawabnya sepatah.

Menakutkan? Blergh. Dah memang mata aku galak besar, takkan nak pandang dengan pandangan mata yang mengecil pulak. Blergh blergh.

"Uhh, okay." Pandangannya terus dibuang ke arah kenderaan lain.

"Okay, tanyalah apa yang awak nak tahu."

"Awak tahu apa yang saya nak tahu."

"Apa?" Masih tegak memandang ke depan tanpa sedikit pun ada rasa untuk menoleh.

Ya Allah, geramnya aku dengan mamat ni! Jangan sampai aku rodok isi perut dia karang. 

"Jangan nak main-main boleh tak? Awak tahu apa yang saya nak tahu, Thaqif..." Suaranya seakan-akan mengugut, sengaja diperlahan dan ditegaskan.

"Okay, okay. Apa yang awak nak tahu?" Tak mahu mengalah.

Damn!

"Fine. Kenapa saya?"

"Kan senang kalau tanya. Hmmmm kenapa awak eh?" Matanya dikerling sekilas pada gadis di tempat duduk sebelahnya.

"Hu-uh. Kenapa saya?" Soalannya diulang tanya buat kali kedua.

Riak mukanya masih tenang. Matanya masih kekal ke arah utara, tak berganjak walau sedikit pun.

"Sebab..." Sengaja dia meleretkan suara, membiarkan gadis di sebelahnya tak senang duduk.

"Sebabnya, saya rasa saya selesa dengan awak."

Sepi membelenggu atmosfera.

"Nak tahu lagi tak kenapa?"

"Dah bagitahu dah kan tadi."

"Taknak tahu ke lagi kenapa awak?"

"Malas."

"K."

No comments: