Sunday, August 26, 2012

Jodoh can be funny sometimes: Part 1~

"Hey!" Bahu Qistina ditolak lembut. Dia seraya menoleh. "Ohh Yaya... Aku ingat sape tadi. Bila sampai?"

Yaya pamer sengih lengkap berpakej gigi tersusun sebaris tanpa lapis. Cantik.

"Baru je lagi. Kau tu berangan, mana nak perasan aku balik."

Qistina senyum tipis sambil menggelengkan kepalanya. "Sorry weh. Aku bukan berangan. Aku cuma errr berfikir je. Heee," ujar Qistina sambil memaut tangan Yaya untuk duduk di sebelahnya.

"Oh fikir... Fikir apa tu? Thaqif?"

"Thaqif? Hahaha. Banyaklah Thaqif kau. Aku fikirkan pasal tesis aku ni ha. Runsing aku dibuatnya."

"Aicecececeh. Dan-dan la fikir pasal tesis. Macam aku taktau kau dok fikir pasal Thaqif kan?" Yaya cuba masuk jarum, mengorek rahsia roommatenya.

"Ish kau ni. Langsung aku tak boleh nak simpan rahsia tau. Ni rahsia hati. Haha." Qistina cuba gelak, sembunyikan perasaannya yang bergelora.

"Eh, betul ke ni? Thaqif eh? Kau fikirkan Thaqif kan?" Jari telunjuknya ditala pada Qistina, mencari kepastian.

Pertanyaan Yaya digantung elok dengan tawa yang sengaja dibahakkan.

"Adoi! Sakitlah..." Tangan Qistina pantas menggosok pehanya yang kebas akibat dicubit oleh Yaya.

"Haaa, memain lagi. Orang tanya bebetul, dia boleh pergi bantai gelak." Yaya tarik muncung empat belas.

"Huhu. Okay sorry sorry k." Qistina cubit pipi tembam kepunyaan Yaya. Comel.

"Okay, now shoot. Aku nak dengar full story HD version punya daripada kau."

Letus ketawa, buat kesekian kalinya. Dan cubitan manja juga terhinggap di peha, juga buat kesekian kalinya.

"Kau ni kannn... Kesian aku kat laki kau nanti. Asal nak gurau sikit, kena cubit."

"Dah. Tak payah nak masuk cerita laki aku pulak. Saje je kan nak tukar topik. Cepat ceritaaaaaa!"

"Hahahaha. Ngengggg! Kejak la. Aku nak pergi mandi dulu." Tuala yang tersidai elok disambar.

"Eeeeeeee saje je tauuuuuuuu. Dari tadi taknak mandi."

"Tadi tak rasa busuk, sekarang baru rasa. Okbai."

"Aku tunggu. Kau takkan boleh lari."

Pantas Qistina mengrolling-in-the-deepkan matanya dan pintu bilik dengan secepat kilat ditutup rapat. Bimbang dibaling dengan bantal spongebob besar kepunyaannya.