Monday, August 13, 2012

Ranjau berduri. Cewah~

Salam and greetings.

Hai awak! Sehat? Hmmm. Saya doakan semoga awak sehat-sehat saje. Tapi andaikata awak sedang tidak sehat, hadapilah dengan tabah dan sabar. Sesungguhnya Allah sedang merindui awak dan memberi awak peluang untuk merintih pada-Nya. Maka, sila lebihkan rintihan pada Dia berbanding manusia. *notetoself* :)

Kadang-kadang pernah tak kita terfikir bahawa manusia ni, sifatnya adalah mudah menuturkan namun sukar melaksanakan? Pernah dengar tak cakap lebih senang daripada buat? Hmmm. Sepanjang aku hidup, frasa tadi sememangnya terbukti benar. Sbnanye nak kabo yang susah jugak jadi cikgu ni. Rasa menggelegak lain macam bila apa yang diajar langsung tak melekat dalam kepala otak yang geliga anak-anak murid kita tu. Stress tahu. TT__TT

Tipu kalau aku katakan aku telan semua tu dengan tenang dan senyuman. Tipu. Aku tak tenang kot. Aku tak mampu nak senyum kot. Di penghujung minggu pertama aku dah rebah tersungkur, membiarkan empangan kolam airmata aku pecah dan menghamburkan dirinya keluar.

Cuma, aku rasa bila perasaan sebenar diluahkan, aku jadi lega. Masuk minggu kedua, aku sudah mula stabil. Perasaan dan persediaan. Aku mula nampak apa yang kabur sebelum ni menjadi kian terang. Ya, aku garang. Kekadang rasa kesian jugak kat anak-anak murid aku. Tapi nak buat macam mana. Sape suro nakal. Kakakaka. Dah okbai.

2 comments:

Lelaki said...

selalunya cakap mmg senang dan hebat2...bila nak lakukan adoi....

Unknown said...

Banyak dh dgr mmbe2 yg merintih jadi cikgu sbb susah nak kasi murid2 faham . Susah rupanya jadi cikgu. Garang garang manja takpe! Hihi! Be strong n goodluck zulaikha!