Salam and greetings.
Ada banyak masa dalam hidup yang aku rasa macam 'aaaaaaa kenapa wujud masa ni' yang aku kena tempuhi. Wajib. Tiada pilihan. Dan salah satu masa tersebut adalah... *drum roll* EXAMMMMM! Yeah, I heart you very much exam! Eks o eks o sangat tau.
Sempena minggu exam ni, aku pun pulun la buat latihan (konon). Ingat senang ke nak dapat perfect score kalau tak buat latihan? Ya, aku tahu takde sape dan apa pun yang perfect kat dunia ni. Tapi, aku nak jugak tules perfect score. Wekkkk~ :P
Aku nak cerita ni. Semalam masa aku tengah pulun buat latihan tu, aku pun berborok la dengan kawan aku. Bila dah lama sangat buat latihan, ingat otak tak jadi tepu ke? Tepu tahu. Maka, kami pun berborok kosonglah. Cerita pasal masa depan. Pui. Cerita pasal kehidupan. Pui. Cerita pasal malam pertama selepas disahkan menjadi isteri. Eh? Menarik bukan.
Maka, perbincangan bertumpu pada persoalan "Apakah perasaan kita bila pertama kali duduk bersama dengan lelaki ajnabi?" Kompomlah macam awkward gila kan. Nak-nak kalau pesen nak-bercinta-lepas-nikah macam aku ni. Hiks.
Aku cakap la aku takut nanti aku lari je. Boleh kawan aku bidas aku. Kata dia, "Tak weh. Kau memang takut. Tapi, kau takkan lari. Akan timbul satu perasaan yang macam, kau nak dekat dengan dia." Pehhh! Gaya dia cakap macam dah berpengalaman je kan? Padahal dia pun satu status je dengan aku. Kekeke.
Ah sudah. Lagha semua tu. Yang penting, kata ibu "Banyakkan berdoa. Nanti lepas habis je belajar, tup-tup terus Allah bagi jodoh." Fuuuuu. Sebab ibu yang cakap, jadi aku akan percaya. Ya, aku percaya. Pesan ibu lagi, "Dah, sekarang jangan nak membighah. PERGI BELAJAR!!!" Baik, ni pun aku percaya. Percaya ni. Percaya ni. *sambung buat latihan linear algebra*
*muka tak puas hati tapi inesen*
ALL THE BEST SUMORANG!
usaha, doa, tawakal.
awak BUKAN Tuhan untuk tentukan takdir tapi awak ADA Tuhan. :)
5 comments:
jangan lari2.
selamat cikgu !
Ehh laaa dia ni muka dari sisi mana pun tetap nampak-serupa-macam-liyana-jasmay-occay.. HAHAHA
Oh btw, best of luck bukan penggoda !
Aku pun percaya mak ngko cakap tu :)
Kikikii
like :)
Cidak: lari mana ni? mana ada lari pun. heeeee.
Auni: mahu otograp tak? hihi.
Kaki Merapu: thanks. :)
heheh.. smoga jumpa jodoh yg baik :)
#ok.doautkdirisendirijugak :)
Post a Comment