Tuesday, April 24, 2012

Best tak jadi ibu?

1990

Kedengaran alunan bacaan ayat suci Al-Quran memecah hening malam. Surah Yusuf menjadi pilihan. Anak yang dikandung sudah pun mencecah 7 bulan. Ita mengusap lembut perutnya. Sesekali terasa tendangan lembut si anak dalam kandungan. "Lapar ya sayang? Sekejap ya. Ibu nak habiskan mengaji kejap."

"Abang, kalau anak kita yang bakal lahir ni perempuan, Ita nak namakan dia Zulaikha. Boleh tak bang?" Ita bertanya lembut.

"Zulaikha? Hmmm, sedap nama tu. Abang tak kisah. Yang penting, nama tu ada maksud, sayang." Ita tersenyum mendengar jawapan suami tercinta. "Sayang, abang dah laparlah. Jom kita makan." Lalu tangan sang isteri ditarik lembut menuju ke dapur.

"Anak mana, bang?" Ita tercari-cari anak sulungya, Zaki. Baru teringatkan hero pertamanya selepas terasa pelik kerana belum terdengar lagi rengekan dan tangisannya.

"Ada dalam bilik tu ha. Abang dah tidurkan dia. Siang tadi banyak sangat main. Cepat je tidur malam ni." Ita mengukir senyuman. Bertuahnya badan bila dapat suami yang penyayang dan boleh bersama-sama menjaga anak, bukan bergantung harap pada isteri semata-mata.

2002

"Ingat, jangan careless jawab tu. Kalau Angah tak dapat 5A, ibu kawenkan aje. Senang."

Zulaikha merengus dalam diam. Isk, sikit-sikit kawen. Takde modal lain ke nak ugut orang? Huh.

2005

"Jangan ingat ibu taktau kalau ada anak ibu yang bercinta. Jangan sampai ibu dapat tahu, ibu kawenkan aje. Dah biang sangat kan."

Zulaikha menekur lantai, bimbang rahsianya bocor. Habislah. Esok kena mintak putus dengan pakwe ni. Hmmmm.

2007

"Angah takyah la nak bercinta-cinta ni. Fokus kat SPM tu. Kalau dah gatal sangat nak berpakwe, cakap. Boleh ibu kawenkan aje."

Zulaikha senyum, dalam hati jela tapi. Cari nahas ke hape nak senyum depan-depan ibu tunjuk muka birah nak kawen? Mahu dikakikan free-free saja nanti. Aaaaa, rindunya ke pakwe. <--- *gatal merenyam*

2009

"Sudah-sudahlah tu, Angah. Ibu tahu Allah nak bagi yang lebih beriman untuk Angah. Jangan bersedih, sayang."

Aaaaaa mana ibu tahu blog aku ni? *private blog*

2011

"Ibu taknak doa yang bukan-bukan untuk anak ibu. Semua salah silap Angah ibu dah pun maafkan. Ibu taknak cakap bila Angah dah ada anak nanti, Angah tahulah macam mana rasanya jadi ibu ni. Sebab ibu tahu tak elok cakap macam tu. Kan kata-kata ibu ni mudah makbul."

Ibu berlalu pergi dan aku bagaikan dihempap tujuh petala langit melihatkan airmata ibu mengalir kerana perangai burukku.

2012

"Banyakkan je berdoa. Habis belajar, adalah tu jodoh untuk Angah. Jangan taknak kawen sudah."

Salam. Sehat ke? Senyap je. 

Salam. Angah sehat alhamdulillah. Tadi ada merentas desa. Angah baru terfikir nak mesej ibu. Hehe.

Ni kan ibu. Angah bila terfikir je, ibu terus ingat Angah. Maknanya hati kita ada pertalian yang kuat. Sebab tu jangan buat perkara yang Allah tak suka. Nanti ibu tahu kan? Best tak jadi ibu?

***
Mana mungkin pertalian hati antara ibu dan anaknya mampu dinafikan. Sejak dalam kandungan lagi, Allah telah jadikan sang anak bergantung pada ibunya melalui tali pusat. Bernafas pada saluran yang sama, dengan peraliran darah yang sama, memakan makanan yang sama, lalu cara apa lagi mampu dinafikan pertalian ibu dan anaknya?

Angah mungkin takkan tahu apa rasanya menjadi seorang ibu buat masa ni kerana Angah belum lagi dikurniakan jodoh dan rezeki untuk punya anak. Tapi, Angah tahu bagaimana rasanya menjadi seorang anak. Yang tak kenang budi, tak sedar diri dan seringkali lupa syurga itu ada di tapak kaki ibu. Ampunkan dosa Angah, ibu...

Best tak jadi ibu? Hanya ibu yang mampu menjawab...

No comments: