Monday, April 16, 2012

It won't be the same~

Salam and greetings.


Rindu. Sungguh. Itulah perasaan yang sentiasa dirasa bila jejari laju menaip memasukkan emel dan kata laluan ke dalam dua kotak kecil pada laman sesawang blogger.com. Rindu sarat dibawa pada dashboard dan jari mengklik new post. Sayangnya, rindu sahaja takkan cukup untuk menghamburkan sebuah entri kemas dan bermanfaat bacaan semua. Maaf, saya hanya terlalu sibuk dengan urusan di kehidupan sebenar sehingga mengabaikan awak yang hanya wujud dalam kehidupan maya saya. Saya rindu awak, sungguh tak tipu. Tapi apakan daya, jodoh tiada untuk kita sentiasa bersama.


Bila kita berbicara tentang soal rindu, yang akan dikaitkan adalah soal perasaan. Mana mungkin rindu boleh dikecualikan daripada salah satu perasaan yang dikurniakan untuk dirasai. Banyak perkara yang berhubung perasaan sbnanye, namun rindu adalah salah satu daripadanya yang ingin dicoretkan.


Perasaan rindu yang wujud walau bagaimanapun tidak mungkin akan memungkinkan keadaan kembali sama seperti dulu. Mana mungkin. Ketidakmungkinan seperti mustahilnya hendak memasukkan ubat gigi ke dalam badannya selepas dikeluarkan.  Ketidakmungkinan seperti mustahilnya hendak menjadikan ayam KFC kembali berisi bukan setakat tulang. Mustahil untuk keadaan kembali sama, exactly the same is IMPOSSIBLE. Jadi, biarkan perasaan rindu ini singgah sebentar. Dan bila ia sudah bosan untuk tinggal berlama-lamaan, ia pasti akan pergi jua. Cuma, jangan dipaksa. Bimbang kian terluka. Senyumlah, sayang. Anda tidak akan tahu bilakah masa terakhir anda akan dapat senyum lagi. :)