Tuesday, April 24, 2012

Erti sahabat~

Air mata rakus menodai pipi ini semasa berjalan pulang dari kelas. Sendirian. Sesampai di bilik, terus menghempaskan badan ke katil dan berusaha untuk tidur. Ya, memang berjaya sampai 5 jam tidur tanpa sedar. Lepas bangun dan bersolat, sibuk pula menatap komputer riba, menyiapkan itu dan ini. Kepala terasa lenguh. Pusing-pusingkan kepala sikit. Eh, ada nota.

'Zuely, jangan sedey2 nnt ko da bangun tdor ko msj aku ek... Nnt aku dtg bilik ko...'

Air mata yang dah kering turun kembali. Laju.

***

Sbnanye kat atas tu adalah antara ayat yang pernah aku coretkan pada blog lama aku yang telah pun dipekasamkan. Berkali-kali aku ulang baca ayat pada nota tu. Dan berkali-kali juga aku gagal mengingati siapakah pemberi nota tersebut. Aaaaa, inilah manusia. Bila buat jahat kat orang, kemaen senang nak lupa. Kalau orang buat jahat kat kita, amboi susahnya nak lupa. Tapi, bila orang lain buat baik kat kita, amboi senangnya kita lupa. Tapi kalau kita buat baik kat orang, sampai mati pon takkan lupa. Hai, manusia manusia. *hantuk kepala kat dinding*

notakukukakiku: Oi, sape yang tules ni baik ngaku! Saket kepala aku dok hantuk kat dinding ni weh.


5 comments:

Duniakuabstrak said...

serius tak ingat?

bukan penggoda said...

yela ayul. tak ingat langsung. :(

alin alias said...

terharu bila ada kawan yg betul2 faham diri kite kan..:')


***mcm mn bleh lupa siapa, hehe

CHEGU ALONG said...

dah..xpyh nk pening2.aku antar utusan suruh tuleh note untuk kau,mak cik! *tetiba* :P

ctpayong said...

cuba buat tawaran mcm ni...

sesiapa yg hantar nota ini akan mendapat hadiah...

mana tahu berjaya dirungkaikan pemasalahan ini.

wah...mcm detektuf conan pulak.