Wednesday, February 29, 2012

Cinta ini bukan milikku 1~

Rika berlari sekuat hati, cuba untuk memadam kesedihan di hati. Namun, airmata yang gugur tak mampu menafikan hakikat bahawa sudah tiada lagi ruang untuknya dalam hati jejaka pujaan hati. Yang dicinta selalu, yang dikasih selalu, yang dikenang selalu. Tiada. Tiada. Yang tinggal, hanyalah kenangan. Dan kenangan tersebut memang hidup, lalu menghumbankan jiwanya ke lembah derita.

'Rika! Rika!' Sayang, laungan tersebut hanya bergema dalam hati Safuan. 

Mana mungkin dia memanggil semula wanita yang telah dikecewakan. Mana mungkin dia berpatah balik menafikan hakikat bahawa dia telah pun memutuskan hubungan yang dibina semenjak sekolah menengah lagi. Meski bukan itu yang dia inginkan, namun dalam keterpaksaan dia pasrah, menyerah segala ketentuan pada Yang Esa. Memohon diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang tidak pernah nampak mana akhirnya, kecuali mati.

***

"Kau takkan boleh dengan aku. Kau carilah laki lain. Aku nanti sibuk. Aku taknak kau terluka."
"Takpe. Aku sanggup terima walaupon kau sibuk. Aku dah cuba dah cari. Tapi, yang aku nampak hanya kau."
"Kita boleh cuba. Tapi, macam mana kalau kau terluka?"
"Belum cuba, belum tahu kan. Ke kau memang taknak aku sbnanye ni?"
"Okay, let's just give it a try."

***

Airmata yang mengalir langsung tidak diseka. Masuk hari ni, sudah 3 hari Rika tidak menjamah nasi. Pergi kelas dengan mata yang membengkak. Kepala pusing sebab banyak menangis. Yang Rika tahu adalah menggeleng dan menangis. Bila ditanya, dia tidak akan menjawab tapi menangis tanpa henti. Beginikah seksanya sebuah percintaan? Inikah harga yang perlu dibayar untuk rasa cinta terhadap seorang lelaki?

"Rika, kau takleh macam ni. Sampai bila kau nak seksa diri kau?"

Diam.

"Dah la menangis tu. It won't solve anything. He's gone."

Menangis.

"Takpelah. Ni aku letak nasi goreng cili padi fevret kau kat sini. Nanti jangan lupa makan."

Geleng.

"Kalau kau nak menangis, aku tak halang. Tapi, jangan tak makan. Aku taknak tengok kau sakit."

***

"Awak, terima kasih tau. Saya tahu awak mesti memahami saya. Thanks sebab bagi support kat saya selama ni."
"Takde pape la awak. Saya suka tengok awak bahagia macam ni."
"Sorry tau sebab selalu abaikan awak."
"It's okay, dear."
"Saya janji saya takkan tinggalkan awak."

***

"Penipu!!! Kau kata kau takkan tinggalkan aku! Tapi mana kau sekarang? Penipu!!! Laki semua sama!!!!!!" Rika memekik bagai orang gila. 

Pintu biliknya diketuk kuat dari luar.

"Rika! Rika! Bukak pintu ni, Rika!" Kedengaran suara rakan baiknya Shasha sepelaung menyuruhnya membuka pintu.

"Rika, kau jangan buat benda bukan-bukan. Kau tahu kan aku sayang kau. Please la Rika... Jangan buat benda bodoh k. Now, bukak pintu ni. Pleaseeee..." Suaranya seakan-akan merayu, timbul tenggelam dalam tangis. Sedih melihat perlakuan rakan baiknya yang sedang dalam proses yang paling pedih bagi pasangan yang baru putus cinta.

Pintu dibuka. Luas. Raut wajah Rika sunggul, tidak bermaya. Pantas Shasha memaut bahu dan memeluknya. Tak sanggup rasanya kehilangan seorang rakan baik kerana manusia bernama lelaki. Airmata di pipi Rika disapu lembut lantas ditarik tangannya menuju ke katil dan didudukkan.

"Rika sayang, dengar sini. Dia bukan satu-satunya lelaki yang ada kat dunia ni. Bila dia tinggalkan kau, dia yang rugi. You got nothing to lose. Kau ada semua. Kau cukup pakej. Dia yang bodoh sebab tinggalkan kau okay. So, please stop doing anything stupid and only worsen you condition. Pull yourself back together, I'm here and always be. Ingat, Allah tu Maha Adil. Dia tak penah tinggalkan kita. Kita je yang selalu lupa kita patut balik pada Dia, terutama di saat jiwa kita lemah."

Airmata menderas laju di pipi Rika pantas diseka oleh Shasha. Anak mata Shasha ditenung. Dalam-dalam. Seolah-olah mencari sumber kekuatan dalam mata tersebut.

"Sha, kenapa dia tinggalkan aku? Aku tak cukup sempurna ke untuk dia?"
"Tak sayang. You're perfect enough!"
"Habis tu, kenapa dia tinggalkan aku?" perlahan suara Rika, merintih.
"Sebab dia bukan jodoh kau. Allah tak tetapkan dia untuk bersama kau, sayang."
"Apa aku patut buat sekarang?" Rika bertanya bagai anak kecil yang tak bersalah.
"Jom ikut aku."
"Pergi mana?"

Tangan Rika dipimpin ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menghalau segala gangguan syaitan yang sentiasa mengganggu anak cucu Adam terutama di saat jiwa mereka lemah, terlalu lemah untuk menepis sebarang hasutan.

***

"Ya Allah, andai dia tercipta untukku, maka Kau dekatkanlah hati kami. Dan seandainya dia bukanlah tercipta untukku, maka Kau redhakanlah hatiku. Aku mohon kepada-Mu, Ya Allah Tuhan Pencipta Alam."

Tangan diraup ke muka. Senyumlah, Rika. Mungkin ada yang telah ditetapkan Allah untukmu di luar sana yang akan jatuh hati dengan senyumanmu dan menjaganya sebaik-baiknya.

Telekung pantas dilipat. Senyuman segera diukir.

"Assalamualaikum Shasha. Jom makan nasi goreng cili padi nak?"
"Taknaklah. Aku nak J.Co. Hehehe."

2 comments:

ctpayong said...

kembali pada Allah. everything will be ok finally, amin.

Kaki Merapu said...

mana entry terbaru BP??