Saturday, February 11, 2012

Berangan nak tules novel : 3~

Milah menengadah siling. Boleh tahan sebatalion jugak rambut dia gugur dok pikior masalah hati ni. Jodoh konon. Jodoh yang kejadah buat rambut gugur. Ish, mane boleh jadi. Lalu, Milah menyandangkan kakinya pada kaki katil dan buat sit-up...sampai penat. Bila dah sampai buat sit-up tetiba, maknanya memang Milah betul-betul dalam keadaan separa depresi-tensi. 

Ketukan di pintu dibiarkan sepi. Sekali. Ahh, lantaklah malas nak bukak. Dua kali. Ish, sape pulak ni? Masuk kali ketiga, Milah jerit sepelaung, "Sape???" Heh. Orang tengah tensen, dok ketuk pintu macam bergendang tu apekes. Agak nak masuk kumpulan nasyid, bukan pintu aku percussion-nya. Okay, salah aku jugak sape suro tak bukak dari tadi. Milah mengeluh kasar. "Milah, ni Kak Q ni. Boleh akak masuk?" Alamak! Kakak ipar! 

Qistina atau dikenali sebagai Kak Q adalah penyelia asrama yang baru je masuk keje dan masih muda bergetah. Seorang yang peramah, baik hati, cantik dan yang paling penting ehem, dia ada adik lelaki yang kacak bergaya tapi tak diketahui namanya. Demmit! Menggelupur Milah turun katil dan segera bukak pintu yang berkunci. "Eh, Kak Q. Sori. Milah tak perasan suara akak tadi. Heee~" Senyuman kerang busuk dipamer menjadi tatapan.

"Itulah. Akak ingat dah salah bilik dah tadi."
"Akak pon satu. Nape tak bagi salam?"
"Ish budak ni. Cubit karang. Puas akak pekik bagi salam, siap panggil nama Milah lagi. Milah berangan lettew."

Erk. Agaknya ketukan pertama yang dia dengar tadi tu dah ketukan kali keberapa entah sbnanye. Mih mih mih. Nasiblah Kak Q kalau kau dapat adik ipar comel bergaya macam aku ni. Milah ketawa besar (dalam hati). Kenalah tunjuk sopan depan kakak ipar. Pfffttt.

"Eh kak. Masuklah. Takkan nak kira tiles kot dok diri je kat luar tu. Hikhik."
"Haha. Milah ni memang macam-macamlah. Ni akak nak tanya ni. Weekend ni awak free tak?"
"Weekend ni? Hurmmm..." Jari telunjuk dan ibu jari mengusap dagu, konon berfikir. "Kenape kak? Nak ajak cari jodoh ke? Hehe."

Terus satu cubitan hinggap di pipi tembam Milah. "Budak ni, akak serius, dia buat main pulak eh."
"Hehe. Ala, rilek ah kak. Hurm, rasenye takde pape lagi kot setakat ni. Taktau la kalau kejap-kejap lagi ada pengumuman kate ada aktiviti pulak. Nape kak?"
"Sbnanye, akak baru je dapat lagi sorang anak sedara baru. So mak abah akak ni nak buat kenduri sikit la untuk cucu dia tu. Ingat nak ajak Milah ikut akak balik sekali."
"Ohh... Balik... Ala akak ni. Kan senang kalau cakap nak kenalkan kita kat mak abah akak. Boleh kita prepare ape patut." Milah menekup mulut, menahan tawa, tak ubah persis seorang gadis yang terlebih gedik.

"Sekali la tu. Lagipun, adik akak pon balik hujung minggu ni." Kak Q mengangkat kening dan mengecilkan mata, sangat mencurigakan.
"Akak ajak kita sorang je ke ni? Segan la pulekkk~"
"Sejak bila pulak budak ni pandai nak segan-segan? Nak ikut tak ni?"
"Eh... Mestilah nakkkk!" Sah! Terserlah sudah kegedikan seorang Milah.
"Okay, nanti pape hal akak roger k."
"Orait. See ya, kakak ipar! Opppssss~" Milah sengih tawar. Baru tersedar akan keterlanjuran katanya. Terlanjur yang memang dilanjurkan. Qistina hanya menggelengkan kepala melihat telatah Milah yang sejak pertama kali dia kenal memang nakal dan playful. "Ya, see you too, adik ipar!" Qistina melambai dan berlalu pergi dengan senyuman menghiasi bibir.

Milah menutup pintu semula dan... "YESSSS! Okay, tak jadi nak sambung tensen. Kikiki."


1 comment:

jin notti said...

lol. kelakar. ade bakat dah ni. next time buat lagi nopen (novel pendek) tau. xx