Thursday, January 19, 2012

Kasih sampai syurga 3~

Pintu bilik semi-kritikal dibuka. Sebuah katil ditolak keluar. Terbaring lemah saudara sedarah sedagingku di atas katil dengan mata yang terpejam. "Wad 4A, Puan." Ringkas atendan memberitahu ibu ke mana katil adik akan dibawa.

"Ibu, ada orang nak kena tunggu adik ke malam ni?" Rasa macam dah tak boleh nak bukak mata dah. Nak je balik rumah saat tu jugak. Tapi, ibu steady je. Agaknya itulah orang kata, kasih sayang seorang ibu ni memang tiada tolok bandingnya.

"Ibu pon taktau. Tapi, kalau kena tunggu, sape nak tunggu ye? Kakak?"
"Ish ape pulak. Orang nak balik la. Dah lah tak prepare pape."
"Dah tu, takkan ibu pulak? Ibu tak selesa la tido kat hospital." 

Masa adik bermastautin kat hospital sebab buat kimoterapi, aku adik beradik bergilir-gilir teman tido kat hospital. Ibu dengan ayah datang teman masa siang je. Yelah, orang tua mane selesa nak tido kat hospital kan. Dah lah sejuk sampai ke tulang hitam pastu kena tido atas kerusi malas pulak tu. Tapi, aku tahu walaupon diorang tido kat rumah, tapi tido tu mesti tak penah lena.

"Haaa, kalau kena jaga malam ni, Along jela yang tinggal. Lagipon, esok kan Along cuti." Dengan mata yang merah, menahan kantuk tahap dewa, Along pon bagi alasan, "Alaaa... Along tak mandi lagi la. Rimas ni. Dengan bateri henpon dah habis. Esok pagi-pagi jela kita datang balik. Tak boleh ke bu?" Ibu diam lalu masuk ke dalam wad untuk berurusan dengan nurse dan doktor. Lama. Aku dengan Along pon since dua-dua dah tak dapat tahan ngantuk, hentam je baring kat tempat duduk, luar wad, depan lif.

Agak-agak lelap mata tu memang sampai sempat jugak la mimpi sepam dua, ibu keluar. "Ibu rase kita takyah jaga dia la malam ni. Ibu dah cakap dah kat adik tadi yang esok pagi-pagi lepas subuh ibu datang. Dia cakap ok je. Dah, jom balik." Aku dengar ibu berborak dengan Along pasal keadaan adik, tapi mata yang bagai di-staple membuatkan aku langsung mamai dan tak paham sepatah haram. Semua cerita tu pon selamatlah masuk dalam mimpi indah (?) aku.

***

Satu lagi suapan trifle dibawa masuk ke dalam mulut dengan mata yang masih melekat tengok citer omputeh. Lagu 'Ayah & Ibu' berkumandang memecah sunyi. Memang takde orang lain la yang tepon aku kalau keluar ringtone ni. Kalau bukan ibu, mesti ayah. Kalau bukan ayah, ibu la jawabnya. "Hello bu..." Haaa, kan dah kata, ibu!

"Kakak, adik masuk ICU pagi ni. Dia takleh nak bernafas."
Fikiran aku macam takleh nak digest apa yang ibu baru cakap tadi. Sebab tak synchronize kot dengan nada suara ibu yang tenang. Macam rilek gila anak dia masuk ICU. 
"Bila masuk?"
"Baru je. Tu yang ibu nak gtau kakak ni. Along dah bangun belum?"
"Kakak dah kejut tadi. Takpela. Nanti kakak kejut lagi, pastu kitorang pegi sana."

Trifle terus dimasukkan balik ke dalam peti sejuk. Kaki yang menggeletar digagahkan jugak untuk mendaki anak tangga. Pintu bilik Along diketuk. Jantung yang berdegup kencang takyah cakap la. Satu, sebab berita yang ibu baru gtau tadi. Dua, ingat tak mengah ke kalau kena daki 32 anak tangga in one shot?

Ish dia ni dah la susah gila nak bangun. Ketuk sampai rasa macam nak pecah pintu pon boleh tak dengar lagi. Sengal ayam belanda betul. "Long, adik masuk ICU!" Jalan terakhir - jerit dari luar bilik. Kedengaran keriuk katil dan derap kaki berlari membuka pintu. Tahu gelabah. "Haaa? Adik masuk ICU?" Mata yang mamai membulat. "Haah. Cepatlah siap. Jom pegi hospital."

***
Ibu dengan ayah melambai dari tingkat atas, menunjukkan bahawa aku dengan Along kena naik atas. "Adik macam mane bu?" Along terus bertanya. Ayah menghulurkan pass untuk kitorang masuk dalam ICU. Ayah kata, boleh masuk dua orang je at a time. Aku pon dengan langkah yang berat masuk dalam ICU. Airmata ditahan-tahan supaya tak mencabuli pipi ini. 

Adik katil nombor 10. Okay, dah jumpa. Hanya Allah yang tahu perasan seorang kakak yang melihat adik bongsunya terbaring kaku dan bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Bermacam-macam mesin dan wayar berselirat yang disambungkan pada badan seorang budak lelaki berusia 13 tahun adalah sangat menyedihkan. Adik, masih begitu. Lemah. Selemah-lemahnya. Allah... Hanya Allah yang dapat baca perasaan aku pada saat itu.

"Adik, kakak datang ni..." Tangannya yang sejuk kuambil dan usap lembut. Penuh hati-hati, bimbang terapa-apakan tiub yang dicucuk pada tangan. Along diam membungkam. Empangan airmata aku dah lama pecah, tanpa sempat ditahan-tahan lagi. Allah... Tolonglah selamatkan adik aku, Ya Allah. Rasa macam belum bersedia untuk menerima kehilangan orang yang disayangi. Along datang dan memelukku, cuba untuk menenangkan hati yang sedang rawan. Pertama kali dalam sejarah hidup aku dipeluk sebegitu rupa oleh abang sendiri. Awkward, but warm. Siblings' love.

"Dah... Dah lah tu... Adik okay punya nanti..." Along mengusap lembut bahu dan kepalaku.

Aku mengesat airmata dan mencium pipi adik. Menyesal pulak taknak teman malam semalam. Melimpah ruah rasa sayang pada seorang insan yang bernama adik. Dalam sedu aku berbisik, "Adik, kakak... Kakak... Kakak sayang adik..."

2 comments:

missSenget said...

kasih smpai syurga 4..


plis..

Dila azie said...

Cerpen ? Nice (: