Tuesday, December 20, 2011

Of magical words~

Salam and greetings.

Penah tak korang janji untuk jumpa dengan kawan korang, pastu kawan korang tu datang lambat atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (nama lain bagi alasan), then bila dia sampai-sampai je dia tak cakap pon sorry atau pape ayat yang membawa maksud yang sama. Penah tak? Penah tak? Ke korang adalah kawan yang dimaksudkan? Terasa? Takpe. It's never too late until it's too late. Tak paham? Aku pon. =.='

Sbnanye kan, aku ni takde la pandai nak meletak sesuka suki aku pape hadis atau pon dalil untuk menerangkan tentang sesuatu. Tapi, aku yakin even bende ni nampak kecik, tapi sbnanye sume bende yang berlaku kat dunia ni, Allah dah pon cerita dalam Al-Quran. Jadi, sebagai manusia yang telah pon dikurniakan akal dan fikiran, tak salah rasenye untuk kita berfikir. Untuk apa Allah bagi akal kalau setakat hidup ni nak ikut nafsu semata kan?

Aku paham, manusia ni memang ada egonya yang tersendiri. Manusia mana yang takde ego kan? Manusia mana yang takde perasaan kan? Kalau orang cakap kau bodoh, takdak akai, akai letak kat lutut, sape pon akan panas punggung kan. Kepala dia kate aku takdak akai, letak kat lutut kejadah, dah tu yang memberat kat tengkorak aku ni pekebendenye. Kan kan kan? Kita cepat panas hati kalau orang keji kita macam-macam, tapi kita sendiri yang membuatkan orang tu keji kita dalam keadaan yang tidak kita sedari. T________T

Jadi, dalam hidup yang sangat dasat pancarobanya, ada beberapa perkara yang walaupon nampak kecik, tapi kita takleh pandang lekeh. Antaranya adalah some magical words atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami ramai adalah perkataan keramat. Perkataan ni, bukanlah bila kau sebut kau akan sampai kat Taman Keramat nu. Tidaklah perkara tersebut akan berlaku ya kawan-kawan. Tapi, perkataan ni kalau kena cara, memang dapat menenangkan hati yang sedang panas, meredakan perasaan yang sedang membuak, menggagalkan proses pencarutan dan banyak lagi. Haa, nampak tak kesan perkataan keramat ni?

Dok bebel pasal perkataan keramat lah ape lah, apekebende perkataan keramat tu pon hang tak habaq mai lagi. Errr okay okay. Nak habaq la ni. 

Antara perkataan keramat tersebut adalah SORRY (ittew mintak maap yewww), THANKS (ime aceh udi olong ittew) & PLEASE (tolong amek kan ittew beg tu, pwishhhh). 

Erk. Macam harem pon ada jugak dok tules menggedik cenggitu.

Justeru, adalah molek kiranya kita dapat mempraktikkan these magical words in our lives. Seriously it won't harm anybody, especially ourselves. Salah ke kalau cakap terima kasih kat waiter yang tolong bawak makanan dan minuman kita? Salah ke cakap sorry bila terlanggar bahu orang masa berjalan kat shopping mall atau pasar malam? Salah ke cakap please bila mintak tolong seseorang to do us favors? Salah ke? Salah atau tak, anda sendiri jawab.


Adalah sangat cool kalau dapat senyum depan orang,
Walaupon dalam hati hancur bagai diserang ombak tsunami
Bukan untuk menjadi hipokrit tapi...
Well, you'd never know who'll fall in love with your smile.

No comments: