Thursday, December 15, 2011

Pengorbanan~

Salam and greetings.

Aku ada something untuk dikongsikan bersama. Aku taktau sejauh mana perkongsian aku ni boleh mendatangkan manfaat pada manusia sejagat. Tapi, aku akan cuba yang terbaik. Kahkahkah. Ayat skema tak tahan. =.='

Aku ni nak kate baik, memanglah...tak. Ada ke orang yang nak ngaku diri dia baik? Bende-bende macam baik, ikhlas, dan yang sekutu dengannya bukanlah diri kita sendiri yang tentukan, sebaliknya daripada penilaian orang lain. Pun begitu, penilaian manusia tak sepenting penilaian yang bagi kita hidup kat dunia ni, Allah yang Maha Esa. Jadi, eloklah kiranya aku nak share satu kata-kata hikmat; Jangalah kita lihat pada siapa yang berkata, tapi lihatlah pada apa yang dikata. Maka, aku memang ngaku yang aku ni takdelah baik mane, tapi aku just nak share something yang insyaAllah ada manfaatnya.

Hari ni aku pegi surau untuk dengar kuliah maghrib. Aku ni, bukan jenis yang alim pon. Pegi surau pon sebab ibu paksa (mula-mula), tapi lama-lama aku dah biasa. Everytime balik umah, aku mesti akan pegi surau bila masuk maghrib. Mane tak pegi kalau dah ibu dengan ayah ajak. Nak taknak, kena pegi jugak lah kan. Lagipon, naik kete, takpe. Tapi kat kampus je susah nak praktiskan lagi. Ya, aku memang akan gunakan alasan surau tu jauh, dan aku malas nak jalan. Aku yang jahat sbnanye. T______T

So, kuliah hari ni sangatlah membuatkan aku berfikir. Aku bukan setakat berfikir, tapi mendengarkan ustaz tu punya ceramah pasal pengorbanan nabi kita, nabi Muhammad (s.a.w) sampai aku tak segan untuk mengalirkan airmata. Serius. Padahal ustaz tu citer dalam mode lawak je, tapi isi cerita dia yang sedih, menusuk kalbu. Betapa sayangnya nabi kita pada umat baginda, pada kita. Ya, kitalah umat yang sangat baginda cintai. Dan betapa sayangnya Allah pada kekasih-Nya. Aku terasa sangat kerdil saat itu jugak. Taktau cemane nak gambarkan perasaan tu.

Antara apa yang ustaz tu cakap;
"Abu Lahab tu, pak sedara nabi yang sembelih 10 ekor unta masa nabi lahir. Orang pertama yang sambut maulud nabi. Orang lain tak sambut lagi, dia dah sambut. Punyalah sayang kat nabi. Tapi, dia jugalah orang pertama yang menolak ajaran nabi. Dialah orang yang menentang perjuangan nabi. Dan Allah turunkan ayat yang memaki Abu Lahab, sebab Abu Lahab memaki nabi, kekasih-Nya. Dalam Islam, ada masanya yang kita boleh maki. Tapi untuk pendekatan dakwah, digalakkan untuk memaafkan."

Part yang buat aku nanges adalah bila ustaz tu citer masa nabi kita pegi berhijrah ke Thaif dengan anak angkat baginda, Zaid bin Harithah, baginda dibaling batu dan disekat daripada masuk ke dalam negeri Thaif. Betapa dalam keadaan cedera, baginda berdoa pada Allah dan Allah turunkan malaikat untuk berjumpa dengan nabi. Masa tu, malaikat offer untuk musnahkan negeri tersebut tapi nabi kata jangan. Sebab apa? Sebab nabi kita seorang yang futuristik. Baginda boleh nampak yang maseh ada generasi muda yang boleh terima ajaran yang baginda bawak. Kalau yang tua taknak terima, takpelah. Tapi, baginda yakin maseh ada generasi akan datang yang boleh terima dan lebih bersemangat.

Punyalah mulia nabi kita. Pemaaf, tak mudah berputus asa, berfikiran jauh. Aku penah terfikir, kenapalah Allah pilih Rasulullah dalam kalangan manusia dan kenapalah Allah sayang sangat kat Rasulullah ni? Tapi, itu mungkin pemikiran yang disogok oleh syaitan. Astaghfirullahalazim... Serius nabi Muhammad (s.a.w) semaksum-maksum umat. Tapi, kita je yang buta. Bukan buta mata, tapi buta hati! Kita tak mampu untuk jadi sebaik baginda, dan kita sendiri taknak berusaha untuk jadi sebaik itu. Ya, termasuklah aku. :(

Pehh, kalau ibu aku baca ni, mahu dia tak tido sebab tak percaya aku tules macam ni. Huhu. Bukan ape. Nak jugak tunjuk something yang bermanfaat bila aku ada anak-anak nanti. Takkan nak tunjuk yang aku ni kuat melagho. :'( So, kita sesama la fikir-fikirkan. Hidup ini adalah mimpi. Mati nanti baru realiti. Aku harap bila aku melagho dengan dasatnye bebila nanti, ada yang maseh sudi menarik aku kembali ke pangkal jalan. Dan tolong ingatkan aku yang aku penah tules macam ni. Agar aku reti rase malu, kerana malu itu sebahagian daripada iman. :)


Bukan kuasa manusia untuk mengetuk pintu hati manusia.
Sebab pemegang hati hanya satu, Dia.

1 comment:

zairy said...

Alhamdulillah klu ad rse trkesan dengan pngorbanan Rasulullah. Semoga kawan2 kite yg msih x mngenali siapa beliau dan suka mmpersoalkan kredibiliti rasulullah tu, harap bertaubatlah....