Thursday, December 29, 2011

Kasih sampai syurga 2~

"Dah masak?"
"Belum lagi. Tengah tunggu nasi masak."
"Cepatlah sikit. Adik dah lapar ni."
"Iye, orang tau la. Eh, hari ni kakak nak buat nasi goreng pataya. Adik suka tak?"
"Suka, cepat sikit. Dah la tekak adik sakit ni."

Adik duduk di atas kerusi yang boleh dibaringkan. Picu ditarik dan kerusi duduk bertukar menjadi kerusi baring. Tangannya diletakkan di atas leher, cuba memicit-micit bahagian yang terasa sakit. Mata kemudiannya dipejam perlahan. Kakak sedang tekun menghadap laptop, sibuk dengan kehidupan alam mayanya. Kedengaran enjin kereta masuk ke perkarangan rumah. Eh, ibu dah balik. Kakak bergegas bangun dan membukakan pintu untuk ibu lantas terus ke dapur. Erk. Macam mana boleh terlupa nak tekan suis ni. Habislah tak masak lagi nasi aku. Kesian adik, kena tunggu sikit lagi.

"Kakak, tolong amek barang dalam kereta."
"Ibu, adik kata dia sakit tekak."

Ibu mendemah dahi adik. Panas. "Adik dah makan belum?" Adik menggeleng. "Kakak buat bubur eh?" Geleng lagi. "Dah tu, nak makan nasi goreng pataya jugak ke?" Angguk. "Dik, baring dalam bilik eh. Jom..." Ibu memapah adik ke bilik tidurnya di belakang.

***
Kakak membawa sepinggan nasi goreng pataya ke dalam bilik adik untuk menunjukkan bahawa makanan sudah siap tetapi respon adik sangat lemah, hatta untuk membuka mata dia tak terdaya. Dahi didemah, masih lagi panas. Demam panas agaknya adik ni. Dengan rekod sebagai seorang pesakit kanser memungkinkan sistem pertahanan badannya tidak mampu melawan demam yang menyerang.

Usai solat maghrib, pintu diketuk. Memang takde orang lain yang akan ketuk selain ibu. "Kakak, kita bawak adik pegi klinik la." Ibu mencadangkan. Aku terus pergi ke bilik adik untuk melihat keadaannya.

"Nape taknak bawak pegi hospital je?"
"Hurmmm... Ibu mula-mula ingat nak bawak pegi Az-Zahrah tapi ibu takut kalau adik kena tahan wad, kena bayar la pulak. Kita bawak pegi Hospital Putrajaya jela, eh?"
"Okay. Kakak pegi bersiap jap."

***
Baru je nak keluar dari Bangi menuju ke Putrajaya, Along telefon, katanya dia tak bawak kunci dan meminta ibu tunggu di stesen minyak berdekatan. Ibu suruh kakak keluarkan kunci rumah untuk diberikan kepada Along sebaik sahaja dia sampai nanti. Dalam 10 minit menunggu, ibu mula bising kerana risau keadaan adik yang semakin lemah di tempat duduk belakang.

"Haa, tu Along." Sebuah Viva berhenti di belakang kereta yang dipandu ibu. Along keluar dan bersalaman dengan kawan yang menumpangkannya dan menuju ke arah kami. Along membuka pintu driver dan menyuruh kakak duduk di belakang. Ibu yang mula berasa pelik bertanya, "Along nak pegi mana?" Along tanpa banyak soal mengatakan bahawa dia mahu ikut sekali ke hospital.

"Along kata Along balik lewat hari ni."
"Taktau kenapa tapi Along tak sedap hati, tu yang balik awal."
"Ibu ingatkan Along nak balik rumah terus, makan, rehat."
"Adik kenapa, bu?"
"Demam panas."

***
Along memberhentikan kereta di bahagian Kecemasan dan Trauma. Selepas melalui peringkat triage, adik dipanggil masuk ke kawasan semi kritikal. Tak berapa lama kemudian, waris adik (ibu) dipanggil masuk. Menurut ibu, adik dimasukkan air di kiri dan kanan tangannya. Two bottles at a time. Mungkin sebab panas sangat. Riak muka ibu yang tenang langsung tidak menggambarkan keseriusan sakit yang sedang adik tanggung.

Oleh sebab Along bergegas mengikut ke hospital, dengan baju uniform kerja dan perut yang belum berisi membuatkan ibu menyuruh kami pergi ke kedai makan berdekatan. Sebaik sahaja sampai di hospital selepas mengisi perut yang kosong, ibu memaklumkan bahawa adik akan dimasukkan ke wad.

Melihat keadaan adik yang lemah, menumpahkan seluruh rasa sayang aku padanya. Walaupon selalu je bergaduh dan berbalah, namun rasa sayang yang mengalir dalam darah yang sama tak mampu dinafikan.

7 comments:

Anonymous said...

salam...
harap blh available msg kat ur fb..
ada sumthng.. tq ya :)

bukan penggoda said...

salam. available je msg kt fb. ni sape ye?

Hush said...

hebat sixth sense along kau woi!

bukan penggoda said...

nina: tula pasal. eh, ada aku ckp ni cte aku ke? kikiki.

Anonymous said...

ur msg x available 4 public kot..?huhu
hope blh open..nti i msg u.. :)

bukan penggoda said...

anon: berdebor boleh tahan dpt komen cenggini. btw, i've made it public. :)

bukan penggoda said...

attention to the anon, i've replied ur msg. seriously i hope that u'll read this comment.