Monday, January 2, 2012

Abang Gentleman~

Salam and greetings.

Disebabkan esok aku akan pulang ke pangkuan kampus tercinta, maka hari ni aku dengan gigihnya telah pegi ke Alamanda konon-kononnya untuk membeli barang sebelum balik asrama. Kenapa aku cakap konon-konon? Sebab bila sampai Alamanda, aku pon taktau aku nak kena beli ape. Kahkahkah! Ya, aku tau aku sengal. =.=

Mula-mula aku plan nak pegi sengsorang, tak berteman, lone ranger - pathetic being alone. Bak kate sepupu aku, "Aku tak boleh jalan sengsorang. Aku rase kesian kat diri aku sebab takde teman nak keluar." Haha. Tapi, sebab konon-konon taknak roger jiran terdekat yang merupakan one of my besties sebab takot menyusahkan dia bila ajak teman, so I've decided to go by myself. Tapi, sebab ma momma won't allow me to go by myself, then I asked her (my jiran) to come with me. Ohh, lupa nak gtau yang ibu aku dah tahu blog aku. Haih. Ni mesti sebab dia guna laptop aku dan well, korang patot tahu capability dia. Ish, kang tak bagi pinjam laptop, macam kedekut sangat pulak. Dilema seorang anak. Kuikuikui.

Aku masuk-masuk Alamanda, merayau-rayau sambil memikir apa barang yang aku patot beli dan bawak balik asrama (dah macam budak skola nak masuk asrama pon ada), pastu masuk dari satu kedai ke kedai yang lain. Dalam keadaan yang maseh pikir aku patot beli ape, aku lepak-lepak dulu makan ABC kat food court, belek-belek baju kat merata kedai yang konon ada sale tapi sume harga takde yang aku mampu beli. Maksud sale dorang tu maseh bukan sale pada aku. T___T Ya, aku tak mampu nak beli barang-barang mahal centu. Pastu, aku pon decide nak masuk Carrefour. Tetiba tengah belek-belek barang toiletries, tetiba aku rase macam mahal gila kot barang kat situ. Mydin lagi murah. So, ape lagi? Keluar la dari Carrefour dan menuju ke Mydin.

Nak dijadikan cerita aku hari ni lebih dramatis dan tragis, remote kete aku buat hal. Mwahahahahah. Dah la depan kete aku parking tu, ada sebuah kete X-Trail dan seorang ayah kepada dua orang budak kecik pompuan. Mungkin tengah tunggu isteri dia bayar tiket parking sambil dok menengok aksi aku dengan kawan aku. Sebab takleh tekan remote tu, aku pon bukak la pintu kete tu secara manual. Memang tak berbunyi, aku tau. Tapi, alarm tu mesti berbunyi jugak masa aku start engine, tu pon aku tau. Dalam hati aku, "Mampos la. Ada pulak nanti dia ingat aku curik kete ni." Muka aku serius cool blog. Dah habis try dah tu - buat muka cool blog. Yang kawan aku lagi sedap. Boleh pulak kan kitorang masuk je dalam kete (alarm maseh membingit), dia siap pakai bedak. Punyalah nak menunjukkan yang that car belongs to us! Kahkahkah! Epik tak epik la.

Pastu, aku tengok muka abang tu macam kurius gila nak tau apesal kete kitorang tu berbunyi. Ya, dia turun kot. Padahal puas aku berdoa dalam hati janganlah dia turun, tolonglah dia buat-buat tak nampak dan tak dengar je. Tolonglah dia blah cepat. Malu gila kot! Hahaha. Tapi, serius dia sungguh gentleman. Dia turun dan tanya apa masalah kete aku tu. Aku pon dalam sengih-sengih macam kerang busuk cakap "Entah la. Ni bukan kete saya. Ni kete abang saya." Dia pon beria la check itu ini, siap bukak bonet depan kot. Nak tengok kat mane dia boleh bukak alarm tu. Sampai kotor jugaklah tangan dia. Dan t-shirt putih dia pon turut tercemar. Nampak tak kesungguhan dia nak tolong kitorang? Aku tengok isteri dia dah masuk dalam kete dah. Yang anak-anak dia tak abes-abes menyaksikan free show tersebut. Aku takyah cakap la. Sengih je, taktau dah nak react macam mane. Hukhuk.

Dalam keadaan dia sebok-sebok tengok apa masalah kete tu, tetiba boleh pulak the pakcik and family yang parking sebelah aku datang at the very same time! Hadoi, perlu ke? Aku rase dia memula nak buat bodoh je dan blah, tapi mungkin sebab dia tengok kitorang pompuan, mungkin tak sampai hati. Siap cakap bateri lemah, dan siap nak offer jumper lagi. Gila lah. Serius Allah jumpakan aku dengan orang-orang yang baik ni. Bak kate kawan aku, 'Seronok jumpa orang-orang baik dalam kehidupan. Membuatkan kita rasa dunia ni taklah sekejam mana.' Comel bukan?

Sambil aku tengok Abang Gentleman tu betul-betulkan, aku pon dok ketuk la remote kete tu dan try tekan banyak kali, tetiba bunyi elok je. Memang saje je tau, nak buat malu aku. =.= Mujur jumpa orang yang gentleman dan charming. Lepas dah elok je, Abang Gentleman pesan suro balik cepat-cepat. Haha. Serius gentleman kot. Haih, laki orang la pulak. Dah kurang lagi sorang laki baik kat dunia ni. *kof kof*

Menurut pemerhatian kawan aku, dia mungkin seorang yang kaya. Dari segi kete, pakaian, kasut etc. Haish, dah la kaya, gentleman pulak tu. Untung betei isteri dia. Eh, kalau-kalau Abang Gentleman terbaca entri saya ni, saya nak ucapkan terima kasih bebanyak ye. Jasa Abang Gentleman hanya Allah yang mampu balas. Kalau nak harap saya balas, silalah masuk meminang saya. Tapi, rasenye saya tak tergamak kot nak memadukan diri saya sendiri dan menghancurkan kebahagiaan seorang wanita. Uhuk uhuk.


p/s: Dalam kete, aku ada cakap kat kawan aku yang serius aku akan up entri pasal kebaikan dan ke-gentleman-an Abang Gentleman tu. Ohh, dan juga Pakcik Jumper. Hikhik.
p/s/s: Satu perkara yang dipersetujui bersama antara aku dengan kawan aku adalah, 'Looks not that important compared to actions, behaviours and gentleman-ness.'

6 comments:

Kaki Merapu said...

BP patut masa dia ngah bt2 keja tu kamu snap gambarnya...hehehehehe...

Hush said...

Yang kawan aku lagi sedap. Boleh pulak kan kitorang masuk je dalam kete (alarm maseh membingit), dia siap pakai bedak. Punyalah nak menunjukkan yang that car belongs to us! Kahkahkah! Epik tak epik la.

HAHAHAHAHAHA *guling guling*

bukan penggoda said...

kaki merapu: tak sempat la nak amek gamba. henpon pon ada entah kat mane masa tu. hahaha.

nina: epik kan? kan? kan? haha.

Lizzie Yasmin said...

Adeh, malu ya amat mcm tue. Tapi kalau malu berterus mmg tak settle lar masalah keta tue. Baik nya Abg itu, hdsome tak? Bagi borang lar. no2 bleh kot. hahaha

bukan penggoda said...

lizzie: malu gak la. tp nk wat cemane. abg tu mmg baik gila kot, sgp dtg tny ape mslh. haha.

no.2??? no no no. hahaha.

↻ fa_ said...

amboi panjang melebihi format spm.

penat baca