Saturday, November 19, 2011

Berangan nak tules novel : 1~

Angin menampar lembut pipi Milah yang kebetulan baru saje tumbuh satu jerawat. Jerawat gatal yang wajib tumbuh setiap bulan. Langit pula seakan mahu menangis hiba, sehiba hatinya di kala itu. Alam juga bagaikan mengerti perasaan Milah di saat ini. 'Tapi mana mungkin aku meluahkan pada alam yang tidak mampu aku dengar suaranya', bisik hati kecil Milah. Namun alam jugalah yang masih setia menemaninya meski tanpa suara.

Perkenalan antara dia dan Furqan yang baru saje menginjak ke bulan kedua membuatkan dia berfikir panjang. Furqan Asrul. Seorang lelaki yang punya segala-galanya dan sangat mudah untuk menggetarkan hati dan sanubari para gadis. Punya pakej lengkap. Lelaki maskulin kacak berdada bidang dengan ketinggian 186 cm merupakan orang yang berjaya menggusarkan hatinya. Perempuan mana yang takkan terpikat dengan lelaki yang cukup pakej seperti itu. Tapi, berbeza dengan kisah Milah. Pada awalnya, dia hanya terpegun dengan kekacakan Furqan namun apabila berjumpa buat kali kedua, Milah tidak lagi merasa bahawa Furqan seorang lelaki yang kacak, malah biasa-biasa saje.

"Akak teringatkan 'Jodoh' la tu kan..." Yana menepuk lembut bahu Milah. Yana, muda dua tahun daripadanya. Baik hati dan lemah lembut. Pada Yana, dia bebas meluahkan segala-galanya. Oleh sebab Yana jugalah, kini dia terperangkap dengan perasaannya sendiri. Furqan merupakan senior Yana masa sekolah menengah. Perkenalan Milah dan Furqan sememangnya satu takdir yang tidak disengajakan.

"Untunglah kak... Orang cantik, sesuai la dengan orang hensem. Hish, hensem betul kan kak 'Jodoh' tu. Untunglah kak..." sampuk Syifa. Muda setahun je. Berbeza perwatakan dengan Yana, tapi hampir serupa dengan Milah. Ala-ala agresif dan errr sombong? Syifa juga antara juniornya yang dia selesa bercerita tentang masalah perasaan dalamannya. Antara Yana dan Syifa, Milah prefer untuk berkongsi perasaan tentang 'Jodoh' pada Syifa tapi mengorek rahsia daripada Yana. Bukan ape, dia segan sbnanye untuk luah kat Yana sebab Yana kenal subjek yang dimaksudkan. Kalau Syifa, bantailah apa pon cerita, dia memang takkan cerita dekat si Furqan sebab dorang memang tak kenal each other.

Ohh, mesti korang tertanya-tanya kan sape Jodoh yang dorang maksudkan? Tak tertanya-tanya pon? Okay, merajuk! Bye. *letak tepon* 

tutt tutt tutt...

4 comments:

fdrck said...

Hai awak yg poyo

Lucifer said...

._.

Lucifer said...

gua teringat satu perkara, nama Milah ni, sinonim betul datang mengkomen kat blog sarkasis dulu.

adilah md shah said...

zuely kalau ko tulis novel ak antara yg awal nk beli hahaha~ serius!