Showing posts with label pekse. Show all posts
Showing posts with label pekse. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

Jodoh selepas exam?

Salam and greetings.

Ada banyak masa dalam hidup yang aku rasa macam 'aaaaaaa kenapa wujud masa ni' yang aku kena tempuhi. Wajib. Tiada pilihan. Dan salah satu masa tersebut adalah... *drum roll* EXAMMMMM! Yeah, I heart you very much exam! Eks o eks o sangat tau.

Sempena minggu exam ni, aku pun pulun la buat latihan (konon). Ingat senang ke nak dapat perfect score kalau tak buat latihan? Ya, aku tahu takde sape dan apa pun yang perfect kat dunia ni. Tapi, aku nak jugak tules perfect score. Wekkkk~ :P

Aku nak cerita ni. Semalam masa aku tengah pulun buat latihan tu, aku pun berborok la dengan kawan aku. Bila dah lama sangat buat latihan, ingat otak tak jadi tepu ke? Tepu tahu. Maka, kami pun berborok kosonglah. Cerita pasal masa depan. Pui. Cerita pasal kehidupan. Pui. Cerita pasal malam pertama selepas disahkan menjadi isteri. Eh? Menarik bukan. 

Maka, perbincangan bertumpu pada persoalan "Apakah perasaan kita bila pertama kali duduk bersama dengan lelaki ajnabi?" Kompomlah macam awkward gila kan. Nak-nak kalau pesen nak-bercinta-lepas-nikah macam aku ni. Hiks.

Aku cakap la aku takut nanti aku lari je. Boleh kawan aku bidas aku. Kata dia, "Tak weh. Kau memang takut. Tapi, kau takkan lari. Akan timbul satu perasaan yang macam, kau nak dekat dengan dia." Pehhh! Gaya dia cakap macam dah berpengalaman je kan? Padahal dia pun satu status je dengan aku. Kekeke.

Ah sudah. Lagha semua tu. Yang penting, kata ibu "Banyakkan berdoa. Nanti lepas habis je belajar, tup-tup terus Allah bagi jodoh." Fuuuuu. Sebab ibu yang cakap, jadi aku akan percaya. Ya, aku percaya. Pesan ibu lagi, "Dah, sekarang jangan nak membighah. PERGI BELAJAR!!!" Baik, ni pun aku percaya. Percaya ni. Percaya ni. *sambung buat latihan linear algebra*

*muka tak puas hati tapi inesen*

ALL THE BEST SUMORANG!
usaha, doa, tawakal. 

awak BUKAN Tuhan untuk tentukan takdir tapi awak ADA Tuhan. :)

Thursday, November 17, 2011

UPSR 5A~

Salam and greetings.

Hari ni result UPSR keluar. Tahu ape motif aku letak tajuk aku macam tu? Sebab bila orang search nak cari pasal UPSR dan yang seangkatan dengannya, akan keluarlah link blog aku. Kahkahkah. Okay tipu je.

Dapat 5A masa UPSR antara pengalaman berharga yang aku takleh lupakan walaupon dah errr beberapa tahun lah aku tinggalkan zaman pakai baju putih, tudung putih dan kain biru gelap. Masa tu, aku antara yang tertinggi kat skola. Yang tercantek pon...bukan aku! Hahaha. Aku takde la selekeh mane, biasa-biasa je. Cuma, kalau jumpa kawan-kawan lama skang, ramai yang dah berubah. Maken cantek-cantek, maken hensem-hensem, dan paling penting kalau yang lelaki jumpa aku je, benda pertama yang dorang akan cakap; "Maken cantek pendek eh kau skang?" And I was like, "Urgh, okay, fine, thank u."

Aku baru je habes jawab paper last untuk semester ni. Tapi aku rase sangat tak tenang. Tak seronok langsung feel habes exam kali ni. Nak tau ape sebabnya? Sebab...aku...risau... :( Tapi aku taknak gtau kenape. Haha, poyo. Bukan ape. Kawan aku cakap jangan gtau kat orang pasal kerisauan kita. Nanti orang lagi takot-takotkan kita. Erk, asal tetiba macam childish pulak aku tules kali ni? Amek feel budak baru habes UPSR gamaknyewwww. Huewhuewhuew.

Tadi masa aku tengah jawab exam, lecturer yang jaga tu, aku taktau mata dia yang ada masalah atau mata aku yang terlebih rabun (padahal tak penah rabun pon) tapi memang aku bukannya perasan sendiri. Cara dia tenung aku macam; "Kau nak kena makan?" Aku pon bingung jugak ape motif entah dia tenung aku sebegitu rupa. Tapi takde la seronok mane pon kena tenung ni. Takot lagi ada. Takot lagi. Penakot jugak aku ni rupenye. Haha.

Pastu kan, sbnanye aku pon dah taktau nak tules ape lagi. Hekhek. Nanti-nanti jela aku tules lagi. Dah hilang taring siot nak menules pangpung pangpung lagik. Hoho.


Setiap orang dilahirkan dengan 
kemampuan dan keupayaan yang berbeza. 
Andaikata bukan rezeki kita dalam satu-satu bidang, 
pasti ada satu bidang lain yang sesuai dengan keupayaan kita. :)