Wednesday, August 11, 2021

Berangan nak tules novel : 5~

Aku taktau apa masalah aku tapi rasa macam hubungan aku dengan blog ni ala2 love hate relationship gitu. Bila aku teringat, aku bukak dan teruskan menulis macam biasa. Bila aku sangat occupied dengan kehidupan aku dan tiada masa untuk fikiranku menerawang ke alam fantasi, langsung diabaikan blog ini hahahaha.

Niat asal aku nak sambung balik cerita rekaan aku yang last time aku tulis 3 tahun lepas kahkahkah. Sebelum tu, sambungan tu ditulis selepas 6 tahun. Maknanya, sambungan ni adalah selepas 9 tahun sebelum jiwa muda (dan koyak) aku pergi jauh dari hidup aku hahahahah.

********************************

"Apa yang lambat sangat tu? Bersiap beriya-iya ke macam mana?" tanya Kak Q. Suaranya masih kedengaran sopan dan lembut. Agaknya kalau akulah yang berada di tempat Kak Q, confirm aku dah memekik dah tanya asal lambat haaaaaaaaaaaaa seratus harkat.

"Errr sorry kak. Tadi ada traffic jam." Sengih kerang busuk ditayang.

Kening Kak Q hampir bertaut mendengarkan jawapan aku.

"Traffic jam?"

"Traffic jam kat bilik air. Ramai sangat nak mandi. Time orang nak mandilah time tu diorang sibuk berduyun-duyun nak buat kenduri kat situ." Selamba Milah mereka helah bela diri.

"Akak ingatkan tadi Milah ubah fikiran, taknak ikut akak balik."

"Uishhhh saya ni kak, nampak je kasar macam ni tapi seorang yang berpegang pada kata-kata dan janji tau!"

Kak Q hanya mampu menggelengkan kepala sambil tangannya laju menukar gear kereta. Boleh tahan Kak Q bawak kereta, nampak je lemah gemalai tapi sekali tangan di gear dah macam pelumba pun ada, sikit lagi Milah nak terpelanting ke seat belakang. Ehhh ke hiperbola sangat? Hahahaha.

"Kak, lupa nak tanya. Rumah akak kat mana?"

"Rumah akak dekat je, lebih kurang sejam setengah dari sini. Kat JB."

"Wooo orang jaybeeeee~" Milah cuba mengusik Kak Q. "JB apa best kak?"

"Macam-macam. Nanti akak bawak Milah jalan-jalan okay?"

"Wuuuu tazzzabarnyaaaaa!"

Geleng kepala tengok telatah Milah yang keanak-anakan.

"Akak kalau ngantuk cakaplah. Milah boleh ganti drive."

"Takpelah, Milah. Akak dah biasa. Awak kalau nak tidur, tidur jelah. Akak okay."

*tet tet*

Bunyi sms masuk dalam henpon cokia nokianya.

Assalamualaikum.

Ahhhh sudah. Siapa pulak yang nak assalamualaikum assalamualaikum aku ni. Bazir betul seposen tulis mesej pendek-pendek gini heh.

Milah baca sekali lalu dan terus masukkan semula henponnya dalam poket seluar. Malas nak ambik port. Kalau dia seseorang yang penting, mesti dah cakap siap-siap nak mende, ni setakat nak bagi salam gitu, ingat nak masuk rumah orang beraya ke apaaa.

Fikiran Milah jauh sejauh saujana mata memandang kelapa sawit dari lebuhraya. Tak mungkin Furqan yang sms aku, dia mana ada nombor telefon aku. Ke tu dia? Takkanlah tu dia? Ahhh lantakkkk malas aku nak mikior sambil dia berkroh kroh melayan mimpi.

**********************************

Sorry kalau dah tak best. Betullah orang kata nak tulis ni kena ada jiwa. Dan penulisan tu biasanya akan berkisar dengan jiwa kita waktu itu. Kalau koyak jiwanya, koyak jugalah penulisannya. Sejak dua menjak jiwa sudah menjadi tenang ni, susah dah nak mengarang ala2 seorang yang berjiwa koyak kahkahkah!

Okay till then peepssss!

No comments: