Friday, May 15, 2015

Misi pencarian botol susu Salsabeela.

Assalamualaikum.

Just like my previous entry as I mentioned about usaha ibu selama seminggu nak membotol susukan anak aku dan akhirnya hantar ke rumah pengasuh. Aku takkan hantar ke rumah pengasuh selagi Salsabeela taknak nyusu guna botol. Well, here goes the story.

Day 1
Sumorang nervous and anxious dengan apa yang akan berlaku selama setengah hari sampai aku balik kerja. Sebelum aku pegi keje, aku nyusukan dulu siap-siap, bagi dia kenyang. Sebab first day kan, so aku pun bawak Salsabeela pegi sekolah (hantar je pun :p). Mengikut report nekbu dia, balik je hantar aku sekolah, dia ngaruk nak tido. So, tidokan la dia. Aku yang kat sekolah pulak tak tenteram. Padahal dia kat rumah rilek je tido. Ahahaha! So, dalam pukul 10 macam tu, aku cakap kat suami aku kalau baby bangun nak susu, bawak dia datang sekolah. And yes, he did it. So nyusu sekejap. Balik rumah, tido. Bila aku balik je sekolah, aku dengar dia nanges dari luar rumah. Ah dah sudah. Aku dengan gelabahnya terus nak masuk rumah cecepat. Sekali belum sempat aku masuk, aku dengar suami aku cakap "Alhamdulillah, pandai pun anak ayah." Dan beliau tidak izinkan aku masuk. Sobs. Sebab anak baru je nak nyusu botol sikit. Habislah dalam 2oz setengah gitu. Kira not bad la as the start kan.

Day 2
Harini aku dah nekad untuk tidak memanggil anakku ke sekolah. Haha. So, aku set rutin baru dia. Bangun pagi - nyusu dengan aku kejap - mandi - tido - bangun nyusu botol - tido. Haaa begitulah plannya supaya dia biasa dengan botol. Tetiba masa kat sekolah, ibu aku wasap kata Salsabeela nak minum susu botol (pakej dengan amukan ya). Salsabeela ni pe'el dia, bila nak nyusu botol dia akan angkat lidah dia dan ngamuk sakan. Nak tido pun nak ngamuk dulu. Nak mandi pun nanges beria macam kena pukul. Mungkin inilah akibatnya aku dok ngamuk dalam kelas ngajor budak masa ngandungkan dia dulu. Huaaaa TT__TT

Day 3
Ibu cadangkan untuk tinggalkan Salsabeela kat rumah pengasuh kejap dan beliau akan ajar pengasuh macam mana nak bagi susu botol kat Salsabeela ni. Selepas menuntut dengan nekbu Salsabeela, akhirnya pengasuh dia (mama Eton) pun berjaya susukan Salsabeela guna botol! Habislah satu plastik bekalan dia - dalam 5oz gitu. Syukur... Well, ngamuk masa nak nyusu tu mesti ada la kan. Hmmm.

Day 4
Hantar rumah pengasuh macam biasa, berpagi-pagian. Bila wasap mama Eton, dia kata Salsabeela okay menyusu semua, now tengah tido, katanya. So, bila aku balik sekolah pegi amek dia, mama dia cakap harini nyusu okay, takde ngamuk-ngamuk. Wahhh syukur sangat-sangat. Nampaknya Salsabeela dah pandai adapt dengan situasi bila aku takde, dia terpaksa minum susu botol untuk survive. Hihi.

So, begitulah ceritanya bagaimana usaha seminggu ibu aku membuahkan hasil. Kami usaha je, Allah jua yang izinkan.

Berikut adalah antara botol-botol yang pernah dicuba pakai.

Botol pertama: (Wideneck Bottle Tollyjoy)

Masa Salsabeela belum lahir, aku dengan suami takde langsung ilmu pasal penyusuan ni. Baik penyusuan ibu mahupun penggunaan botol. So, kami main redah je beli botol Tollyjoy yang wideneck dan fast flow. Wakakaka! Tapi last-last tak guna pun sebab puting dia agak besar dan baby asek tersedak je bila minum guna botol ni.

Inilah botolnya. Sekarang, buat botol pam susu je. Haha.

Botol kedua:  (Standard Bottle NUK for newborn)

Lepas Salsabeela lahir, bila nak bagi botol susu Tollyjoy tu kat dia, tak muat pulak mulut dia nak masuk. Hahahaha. Mulut baby kan kecik je. So, suami aku dengan fast and furiousnya terus pegi kedai beli botol lain. Dia balik dengan seketul botol NUK di tangan. Kecik je botol tu. Puting dia okay la sebab dia ada bentuk macam nipple sikit. So, dia mesra masuk dalam mulut baby. Puting dia pun lembut jugak.

Botolnya dah jadi botol storage, so just boleh tunjuk puting dia je bersama botol storage sebenar. Hahaha.

Botol ketiga: (Wideneck Bottle NUK)

Masa umur dia masuk 2 bulan, Salsabeela dah mula reject botol. Bila setiap kali bagi botol susu je, dia ngamuk macam apa. T.T Padahal sebelum ni, nyusu guna botol yang sama jugak. Entah kenapa entah tetiba taknak botol. Kan orang kata latih anak nyusu botol dari dalam hari lagi-lagi kalau ftwm (full time working mother). Aku dah latih dari hari pertama tapi masa umur dia 2 bulan, dia sendiri yang taknak. Sebelum ni, elok je minum botol. So, aku pun ingatkan dia dah taknak puting kecik, dia nak mulut dia terlekap kat puting masa hisap susu. Aku pun dengan gelabahnya pegi kedai beli botol yang wideneck pulak. Pastu tak perasan puting dia jenis fast flow ke slow flow. So, bila bagi minum, susu yang keluar meleleh lagi banyak daripada susu yang masuk mulut dia. Hmmm.

Botol ni besor, 8oz punya. So, kalau masukkan susu setakat 2oz tu memang nampak kelakar weh. Wakakaka.

Botol keempat: (Momma)

Sepupu aku rekemen botol ni kat aku. Dia kata bentuk dan puting dia memang best. Aku pun rasa puting botol ni, haah memang lembut. Tapi suami aku tak kasi aku membazir. Dia tak kasi aku beli banyak-banyak botol untuk trial and error kat anak aku. Tapi aku berdegil jugak, pegi beli tanpa pengetahuan dia. Huhu sorry abang tapi I terpaksa. :(( Dah beli, Salsabeela taknak jugak! (walaupun nama dia Momma -.-) Waktu ni dah start stress sebab tak lama dah nak keje.

Aku siap beli yang sekotak 2 botol, 1 slow flow, 1 fast flow. Botol ni okay jugak la tapi taktau la apa yang Salsabeela nak ek.

Botol kelima: (Comotomo)

Botol ni aku beli lepas dapat advice dari kawan aku yang ada masalah sama macam aku. Pada awalnya aku nak beli mimijumi, pastu dia kata baik aku beli comotomo sebab puting dia super lembut berbanding mimijumi, puting dia keras. So, bila aku pegi kedai beli botol comotomo ni, aku jadi suka sebab botol dia pun lembut weh. Hahahaha. Bila balik, terus try kat Salsabeela. Memula dia nak, rilek je minum, pastu tetiba dia nanges ngamuk-ngamuk taknak. Alahai anak...

Sebotol kecik ni pun dah RM72 weh. *nanges*

Botol keenam & ketujuh: (MAM & KuKu)

Sehari sebelum aku masuk keje, aku dan suami dengan gelabahnya pegi kedai baby lagi nak beli botol lain pulak. Memula suami aku kata aku membazir kan, last-last bila dia gugel sendiri, baru dia tahu kena cuba macam-macam botol sebelum jumpa yang bebetul sesuai menepati citarasa selera anak tekak anak dia. Haaa gitu. So, haritu terus sambar dua jenis botol sekali gus. Botol KuKu (pink) ni aku rasa paling murah dalam RM20++. Paling murah pun dah 20 something kau! Kengkonon saje la beli yang murah, kot anak aku jenis low profile tak suka botol mahal kan (padanlah dia reject NUK sebab NUK pun 20 lebih jugak *nanges*), sekali result dia hampeh! Terus reject kau! Aku beli botol KuKu tu sebab tertarik dengan puting dia yang ada bijik-bijik kat atas tu.

Okay la, fine la taknak botol KuKu. Mujur beli dua botol sekali gus tadi so bolehlah terus try botol lagi satu which is botol MAM. Sebelum ni ramai jugak orang suggest botol ni and bila aku baca review, ramai orang kata okay sebab nama botol ni kan MAM, ada iras-iras MOM dan MAK. So baby mesti nak punya. Wahahahaha! Bila try kat dia, dia nak. Alhamdulillah. Bila try masa aku takde pun, guna botol MAM ni, dia nak. Mungkin sebab bentuk puting dia tu. Bentuk dia ada iras-iras puting NUK sikit. 

Harap-harap dua botol ini jadi botol terakhir dalam misi pencarian botol susu Salsabeela. Hahaha.

Botol NUK yang belikan dia mula-mula tu dalam RM26 gitu, bentuk jenis leper. Peristaltic kot orang panggil. Design yang nak elak jongang. Botol MAM ni pun design dia lebih kurang macam NUK tapi design puting NUK tak sekata depan belakang, design puting MAM ni sama je depan belakang. So, kesimpulannya, Salsabeela sukakan puting peristaltic tapi nak yang mahal sikit bila makin besor. Anyway, botol MAM ni RM50 something kot, tak ingat. Banyak sangat dah botolnya. Hahahaha!

Okay begitulah cerita perjalanan penyusuan botol Salsabeela. So, bagi yang ada anak yang sama masalah macam ni, my advice is never give up, just keep hunting for the right bottle! Bak kata Hudaluna, "Bila soal anak, tiada istilah membazir". Ingat tu je, tenanglah hati. Wakakakak!

P/s: Nanti Salsabeela dah besor, jangan tukor-tukor pakwe macam tukor botol eh. Kalau boleh, takyah ada pakwe langsung terus je kawen k. Hahahaha berangan!

Ummi dop siang ke nengok Salsabeela? *mata berkaca*


9 comments:

Huda Luna said...

hahhaha hai salsabeela
jgn tukar botol lagi k
pening ummi nanti

bukan penggoda said...

tulah, harap2 pasni setia jelah dgn botol MAM ni. kalau tak, aku yg MAMpos. kuikuikui

ayuniharis said...

Comotomo pun dia xnak ek.baru ingat nk beli.aduss.sy ada msalah sama .msa newborn til 6month ok je minum botol avent n pigeon.pastu lama xbg..dia da bijak pandai so reject botol.now 11months

Unknown said...

Mama salsabila xnak letgo botol comotomo 2 ke?

bukan penggoda said...

sorry baru perasan komen ni wujud huhu.

@ayuniharis
Mesti masalah awak pun dah selesai kan. sorryyyyy setahun lepas punya cerita baru baca harini huhu

@unknown
nak let go tp botol tu pun entah dah ke mana hala hahaha

Anonymous said...

Botol MAM tu mmg ok ke? -shafiq-

bukan penggoda said...

@shafiq

Sorry baru baca komen ni. Botol MAM tu memang okay. Mesti anak awak pun dah dapat botol yg sesuai kan by the time komen ni dibalas? huhu

Unknown said...

Saya skrg de mslh yg sama..so betul ke botol MAM ok ye

Unknown said...

anak saya mmg ada masalah puting susu.. first trial guna puting dr.baby yg warna kuning, alhamdulillah nak.. tp dia satu jnis.. try puting putih xnak.. sampai umur 5 bulan, 2hari lepas sampai botol susu comotomo.. so far nanny dia kabo dia nak lah.. risau jugak dia xnak menyusu.. btullah, dgn anak xde berkira.. kena cuba jugak