Tuesday, May 12, 2015

Berjaga malam.

Assalamualaikum.

Pada post sebelum ni, beria aku sedih dan depressed dengan plan sendiri yang nak meninggalkan anak pada jagaan kakak ipar pastu amek cuti jaga anak dua bulan.

Sehari sebelum aku pegi rumah abang aku, aku wasap ibu menyatakan hasrat aku tu. Aku masih ingat ibu berkeras supaya aku tak teruskan plan tersebut and instead dia akan datang rumah aku dan train Salsabeela minum susu botol selama seminggu.

Aku akhirnya mengalah.

Mungkin ada hikmahnya - aku tak perlu berjauhan menanggung rindu pada Salsabeela. Dan juga tak perlu menangis setiap kali terkenangkan anak. Mahu tak sedih weh kalau anak yang selalu dengan kau twenty four seven then tetiba je hilang dari pandangan mata dan kau hanya mampu menatap keletahnya dalam gambar kaku.

Semalam hari pertama aku pergi kerja. Hmmm, Salsabeela looked like she could behave herself. Okay la kot kan.

Then, malam semalam dia sudah mula buat perangai ajak-main-tengah-malam-gelak-gelak-bila-tak-layan-dia-nanges-tapi-mata-ummi-tak-mampu-bukak-seinci-pun. (~O~)zZ

Bila ajak nyusu, dia taknak pastu aku nak tido dia tak kasi, dok melalak sampailah aku angkat dia, terus gelak-gelak kegirangan. Ya Allah, syukur nikmat betul. o(╯□╰)o

P/s: Inilah antara hikmah lain - berjaga malam. π_π

Ummi kenapa tinggalkan Salsabeela...


No comments: