Thursday, September 11, 2014

Ada apa dengan tahun?

Assalamualaikum and greetings.

Dah berhabuk berdebu yg teramat sangat dah rupanya blog aku nih. Entah kenapa tetiba harini tergerak pulak nak bukak blogger.com, lantas terhasillah entri ni. That simple!

Bila aku tengok date of my last entry, it was June 17, 2013 which means sudah kurang lebih lima belas purnama aku mengabaikan blog ini. Wow! Errr boleh kira macam achievement unlocked tak?

Aku rasa mungkin sebab aku adalah seorang pekerja yg sangat berdedikasi yg sudah pun menyiapkan semua kerja yg berkaitan sehingga menyebabkan aku mempunyai sangat banyak masa untuk dibazirkan dengan menaip entri ini.

Berbalik pada tajuk entri, ya maka ada apa dengan tahun?

Tahun lepas saya bujang, tahun ini saya sudah berkahwin. Muahahahaha.

Saje la nak bagitahu kat sesape yg masih sudi baca blog ni, I am now a happy wife! Alhamdulillah. So, insyaAllah kalau masih wujud kerajinan yg bersisa dalam diri ini, akan ada la update pasal kehidupan berkeluargaku selepas ini. Jika ada sumur di ladang la... Jika tiada, maka tiadalah. Habis cerita.


The end.

1 comment:

Huda Luna said...

hehehe mesti akan muncul lagi!