Tuesday, September 23, 2014

Aku ada pilihan ke? : Part 5~

"Okay, anda boleh bersurai."

Terus ditoleh ke belakang. Bibirnya lekas menayang secarik senyuman yang sangat sukar ditafsirkan. Mungkin saja lega kerana akhirnya paper terakhir bagi sem terakhir untuk pelajar tahun akhir sudah pun berakhir. Mungkin juga sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang bukan hanya sekadar kawan, tetapi seakan rasa lebih dekat dari denyutan jantungnya sendiri.

"Laika, jom pegi Seoul Garden petang ni!" Matanya terus dikalih pada suara yang menegurnya. Ainatul Khairina atau lebih femes dengan nama Kree pamer iklan gigi depan bijik matanya. 'Ceh, mementang gigi lawo.'

"Sape lagi ikut?"

"Tinggal kau je sekarang ni. Kalau kau on, chantekkk dah!"

"Berry?"

"On."

"Dayang?"

"On."

"Madu?"

"On."

"Saiyo?"

"On."

"Satu kelas ke weh on ni?"

Tak pepasal hilai mak lampir Kree menggema dalam dewan yang sebesar padang bola tu.

"Woi! Kau ni dah kena rasuk ke? Aku tanya serius ni." Dia segera menekup mulut kawannya yang seakan-akan dirasuk itu.

"Kau ni... macam tak biasa. Geng-geng betrayer la weh. Yang lain tu selalu sembang je, kang tak jadi aku jugak yang hangen."

Dia segera mengangguk sambil matanya dihalakan pada pensyarah-pensyarah yang sedang sibuk menyusun atur kertas jawapan terakhir mereka tadi. 'Mintak-mintak YR lembut hati tanda kertas aku. Aminnn.' Sempat lagi tu hati dia berdetik menitip doa.

"Okay la, on je. So nak pegi terus ke nak balik tido dulu?"

"Pegi terus la weh. Aku ni kalau dah balik, memang alamatnya esok jelah baru kau nampak muka aku."

"Eh boleh ke keluar sekarang?"

"Ek eleh, kata senior. Sukahati la nak keluar bila pun. Ke... kau takut? Kemonnn... sejak bila Zulaikha jadi penakut ni? Laika kot..."

"Diam ah kau. Jom gerak!" Diangkatnya tiga batang pen, ic dan kad matriknya atas meja dan lantas berlalu meninggalkan dewan periksa.



No comments: